Nasi Ayam Bowling dan Mee Bandung Selera Johor

Thursday, February 04, 2021

Tergendala sikit kerja design, kerja blogging sebab pasang dual monitor stand two arms untuk workspace. Kebetulan parcel monitor stand tu sampai dan husband pun ada kat rumah. Alang-alang dah sampai tu teruslah pasang. 

Dah sibuk pasang dan kena mengemas sekali, penat lah jadinya. Konon  nak order ayam geprek AR (Ayu Raudhah) tapi tak open order pulak hari ni. Menghala tuju ke foodpanda je lah kita. Teringin nak makan nasi ayam.

Terbekenan dengan menu-menu kedai Selera Johor. Sebab nampak menyelerakan, delivery charge murah dan cepat. Ada 4 je menu dia.
  • Laksa Johor
  • Mee rebus Johor
  • Mee bandung Muar
  • Nasi Ayam Bowling

Saya order Nasi ayam bowling dua bungkus dan mee bandung muar sebungkus. Delivery charge RM2.11, incl.tax RM0.12. Delivery 15 minit.

Nasi ayam bowling

Bowling? Apakah? Tak tahu kenapa nama dia nasi ayam bowling. Mungkin merujuk kepada mangkuk? Nasi ayam bowling sama je macam nasi ayam yang lain. Lengkap dengan sup, sambal sos manis, kicap pekat dan juga timun tanpa salad. Tapi ada carrot.

Pek sambal sos manis dengan kicap pekat tu elok pek dalam plastik siap seal. Tak tumpah. Dari segi pek boleh diberi pujian.

Dari segi rasa, sedap biasa-biasa. Nasi ayam style kampung. Sedap kena dengan selera. Macam masak sendiri kat rumah. Nasi dia pun sedap. Cuma portion nasi dan ayam tu kurang sikit.

Harga nasi ayam bowling : RM7.00

Nasi Ayam Bowling Selera Johor

Mee Bandung Muar

Oleh sebab dah lama tak makan mee bandung. Makanya, kita order mee bandung sekali. Mee bandung Muar tu! Jarang tak sedap, kan?

Mee Bandung Muar Selera Johor

Ada 2 ekor udang, hirisan daging, telur sebiji, daun sup, bawang goreng dan mee kuning of course! Rasa mee bandung Muar selera Johor boleh tahan sedap.

At least mee bandung Muar dia betul betul terasa Mee bandung Muar tak macam kedai kedai yang jual mee bandung macam mee bandung apa entah.

Kuah dia manis sikit. Kalau pedas sikit lagi sedap. Udang fresh dan daging pun alahaii sedap betul lembut dia potong nipis. Tak liat lansung.

Okaylah, kalau teringin makan mee bandung Muar tu. Dah tahu dah nak beli kat mana. Beli kat Selera Johor ni lah. Menepati juga selera, at least!

Harga mee bandung Muar : RM8.00

Mee Bandung Muar Selera Johor

Alhamdulillah, syukur. Maka nikmat Tuhanmu mana lagi yang ingin kamu dustakan.

13 comments

  1. Hati gembira dapat makan dua jenis makanan yang sedap.

    ReplyDelete
  2. aduhhh nasib dah kenyang , kalau tak mmg terliur dah ni

    ReplyDelete
  3. Cantik tersusun nasi ayam bowling tu. Kak Amie hantu mee bandung, tapi kalau makan memang habis kuah dan aksesorinya dulu, tinggalkan mee kuning kat mangkuk.

    ReplyDelete
  4. sedapppp nya mee bandung! terbayang bau dia >.<

    ReplyDelete
  5. Saya sangat cerewet kalau makan mi bandung Muar beli kat kedai. Sebab dah biasa makan yang sedap. Kat kedai banyak rasa sos je. Kira Selera Johor ni menepati nama dia la since Fizah kata sedap

    ReplyDelete
  6. Uniknya nama ­čśétapi tula mee bandung dia menggoda betul la

    ReplyDelete
  7. Jarang makan mee bandung.. walaupun duduk Johor.. Alhamdulillah dengan segala rezeki yang ada... Kan...

    ReplyDelete
  8. Mungkin ada cerita di sebalik nama nasi ayam bowling tu.. teringin pulak tgk mee bandung tu

    ReplyDelete
  9. Sedapnya, Fizah, kedua hidangan tu. Akak suka mee bandung. Mee bandung apa pun boleh, memandangkan nak dapat mee bandung muar, kat perak bukan senang. Hehe.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.