Ketam Masak Lemak Cili Api Lagi Sedap Letak Daun Kunyit

Sunday, February 07, 2021

Ketam masak lemak cili api lagi sedap bila letak daun kunyit. Bila kau ada daun kunyit terlebih, semua masakan nak letak daun kunyit. Daun kunyit beli bukan tanam.

Bila tanam pokok kunyit ada je kucing kencing lah, berak lah. Malas dah nak tanam. Padahal pasu pokok kunyit dalam pagar rumah tu. Aduhaiii..kucing oh kucing. Buat hal betul lah. 

Tak nak membazir dan tak nak biar kering, gunakan letak dalam mana-mana lauk yang boleh campur daun kunyit. Sodap pun sodap.

Bila beli ketam, ketam masak lemak cili api lah paling sedap. Suka masak lemak ketam pekat. Baru best makan kuah pekat. 

Beli 2 ekor pun dah cukup dah. Sorang seekor buat lepas teringin makan ketam. 

Ketam Masak Lemak Cili Api Lagi Sedap Letak Daun Kunyit


Bahan-bahan Ketam Masak Lemak Cili Api

2 ekor ketam
1/2 kotak santan
1/2 cawan air
2 inci kunyit hidup *ditumbuk
segenggam cili padi * ditumbuk
1/2 sudu camca garam bukit
1 batang serai * diketuk
Daun kunyit

Cara Penyediaan

Bersihkan ketam dan potong dua. Masukkan dalam kuali. 
Tumbuk cili padi dan kunyit hidup dan masukkan bahan tumbuk dalam kuali bersama air, santan, garam, daun kunyit dan serai. 

Buka api dan tutup kuali. Biarkan ketam masak kejap lepas tu baru kacau kuah. Kalau pekat sangat, tambah air.

Mudah dan cepat. Tak suka kuah banyak sangat tapi cair. Sebab nanti kalau cair, membazir je. Bila pekat, kuah sedap dan habis kuahnya sebab pekat sedap gaul dengan nasi kuah banjir.

Ketam masak lemak cili api negeri sembilan dan johor. Tak payah nak letak bawang bagai. Letak cili api dan kunyit hidup je. lepas tu kalau bahan-bahan tu ditumbuk guna lesung batu lagi sedap. Kena rajin lah sikit. Nak makan sedap, kan? Kenalah gigih.


21 comments

  1. Sedapp! Kita masak pun memang suka letak daun kunyit.Terasa lebih nikmat gitew!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni saya tak pernah letak. rasa sedap pulak bau aroma daun kunyit tu. memang nikmat kak :)

      Delete
  2. Sedapnya.... dah lama tak makan ketam.
    Tak reti sebenarnya. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mudah makan, ketuk ketuk dulu dengan lesung bagi mudah nak mengopek isi bila masak nanti. Saya doakan awak ada rezeki dapat makan ketam nanti. Aaminn

      Delete
  3. Aroma daun kunyit menimbulkan selera untuk menikmati hidangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak amie. saya suka pulak letak daun kunyit :)

      Delete
  4. Boleh tahan besor saiz ketam dalam gambar. Sedapnya ketam masak lemak cili api. Akak pun dah lama tak masak lauk ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan juga saiz dia, makan sebelah pun okay dah. Sebelah lagi buat ratah sebab dah habis nasi. hihi..nanti ada rezeki lebih boleh masak ketam pulak kak nur. saya dah jemu ayam, itu yang tukar selera pulak.

      Delete
  5. adoiii terliur sungguh ar tgk ketam dia...
    nak masak sendiri x reti, kena tgu adik tlg masakkan la nmpk gaya nya ni haahha

    ReplyDelete
  6. Aduhai..kalau tak jaga pemakanan memang dah beli ketam besar2 kat Family Store...menduga la entry Fiza...

    ReplyDelete
  7. Sedap! Tapi takleh makan banyak, gatal 😭

    ReplyDelete
  8. Wak kalau beli ketam akan pilih yang betina
    Suka kalau ada telur dia

    ReplyDelete
  9. dekat rumah, mama selalu masak pedas ala2 indian :)

    ReplyDelete
  10. eh eh setuju sangat bab kuah tu biar pekat, nanti habis licin..memang selalu rasa sayang kalo kuah dalam periuk tak habis..sebab kuah tu sedap kot!

    ReplyDelete
  11. Kalau saya, tak cukup satuuuuu! Hik hikkk~

    ReplyDelete
  12. Satu hari boleh letak daun kunyit.
    Alahai kesiannya pokok kunyit diganggu kucing.

    ReplyDelete
  13. Boleh la try letak daun kunyit kat masakan lain nanti. Hehehe...

    ReplyDelete
  14. mmg betol fiza! lain mcm aroma dia beri haaa ^_^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.