Order Lagi Nasi Ayam Geprek AR (Ayu Raudhah), Restock Sambal Geprek!

Tuesday, February 23, 2021

Dua hari lepas nampak Ayu Raudhah dan Zaquan Adha ada up ig story open order untuk Ayam Geprek hari ni. Tapi semalam baru buat order via whatsapp. Nak tahu dorang ada open order ke tidak, kena tengok ig dorang lah. Bukan hari-hari open order macam tu.

Apa yang saya perasan, kadang-kadang seminggu sekali. Kadang-kadang seminggu dua kali. Harini open order lunch dan dinner pulak. 2 kali sehari.

Harini husband pergi self pickup. Ada Ayu Raudhah dan Zaquan sekali. Bila tanya nama, Husband cakap 'Aidil' terus Zaquan tanya. Ini yang ambil gambar cantik tu kan. Husband pun blur sekejap. Eh, tu wife saya punya kerja tu.

Haha..dengar cerita husband rasa nak tergelak pun ada. Memang blur lah dia sebab bukan dia yang ambil gambar. Lepas tu dapat pulak diskaun sebab tak ada balance duit kecil. Alhamdulillah. rezeki untuk hari ni.

Tengok sambal geprek AR dah ada sealer. Eh, ni macam tahu tahu je haritu beli termeleleh. Bagus bagus sebab upgrade packaging taknak bagi meleleh keluar sambal tu.

Sambal Geprek Ayu Raudhah

Harini beli 3 pax sebab adik ipar nak datang rumah singgah. Saya blur tak tahu nak masak apa sebenarnya. Biasa berdua makan je ikut selera. Kebetulan ada open order, kita order terus je lah senang kerja. 


Nasi Ayam Geprek AR (Ayu Raudhah)

Sambal macam biasa pedas berdesing. Beli sekali stok sambal sebab yang haritu dah habis. Ada sambal pedas ni, makan dengan tempe pun sedap ni. Baru lah berselera nak makan.

Kita repeat order sebab sedap!


42 comments

  1. cam sedap je kan. belum pergi tgk gik org promote sambal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap. Dia xjual hari hari. xde cawangan. bisnes kecil kecilan katanya :)

      Delete
  2. sedap ke sis.. kite memang suka pak gembus.. nanti boleh try yang ni :)

    ReplyDelete
  3. saya punya nasi ayam geprek otw kan? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..lambatt lagi nak sampai tu anies. dia seremban je baru :)

      Delete
  4. Wah. Sekarang ramai artis niaga makan, buka order, cod. Mahal tak nasi ayam geprek dia, Fizah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak Nur. baguslah ada bisnes tambah pendapatan. RM10 per pax kak Nur :)

      Delete
  5. makanan sedap boleh repeat...tak tahan kalau pedas berdesing..

    ReplyDelete
  6. Hehe mesti ketagih makan sambal
    pedas sampai cepat habis.

    ReplyDelete
  7. wahh photoblogger termahsyur seantero dunyah nih.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berapa nak termahsyur wak. dia teringat tiba tiba tu.

      Delete
  8. Replies
    1. Ala, dia dah stay sini lak. kena tunggu dia mai balik utagha lah lagu tu CCL

      Delete
  9. Replies
    1. Tak boleh selalu sangat. Boleh repeat tapi berkala tak selalu :)

      Delete
  10. wahh sedapnya. teringin nak cuba sambal geprek. klau la ada postage ke sabah msti best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal geprek dia sedap. Trylah tanya kot ada postage sambal tu ke sana.

      Delete
  11. Kalau dah suka sambal geprek ni, kenalah ada stok di dapur ye Fiza.

    ReplyDelete
  12. kalau dia 2nd order ! confirm mmg sedap kan

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Hopefully ada rezeki kak farrah mencuba nasi ayam geprek AR ni :)

      Delete
  14. sambal pedas berdesing tu haha.. selera org kedah betul dlm menu ayu ni

    ReplyDelete
  15. Lama betul tak dengar cerita Ayu Raudhah..
    Macam sedap je Ayam Geprek ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Lama tak muncul dalam TV. Memang sedap ayam geprek ni.

      Delete
  16. Replies
    1. bukan mengancam dipandang, mengancam juga rasanya kak sha :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.