Pernikahan Hannah Delisha dan Imam Shah

Thursday, February 18, 2021

Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, pelakon singapura kacukan Melayu-Inggeris menggemparkan industri hiburan dengan memuat naik gambar pernikahannya di instagram dengan Imam Shah. Imam shah juga adalah seorang pelakon yang berasal dari Singapura.

Pernikahan Hannah Delisha dan Imam Shah
"Akhirnya, selepas lima tahun. Alhamdulillah, saya cintakan awak @imamemy disertai dengan tanda pagar #imampadahannah,"-caption Hannah Delisha.
Majlis pernikahan Imam Shah dan Hannah Delisha mengadakan majlis pernikahan di Singapura dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Dikatakan mereka telah bercinta selama 5 tahun. Bagus ni diam-diam sorok perhubungan dan bernikah.

Imam pula memuat naik gambar ketika sesi sarung cincin pada Hannah Delisha.
It’s always you. In the name of the Most Gracious, Most Merciful.
Ingatkan teaser untuk drama ke apa. Rupanya betul-betul. Tahniah untuk kedua-dua pasangan pengantin baru. Lain betul rupa Hannah Delisha sampai tak cam dah. Cantik semestinya!

sumber : Bharian

20 comments

  1. Haah senyap sahaja. Mungkin sebab di Singapura. Kalau tidak mesti dengar gosip nikah kalau nampak tempah baju pengantin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga tu kak. berita sana lambat sampai sini :)

      Delete
  2. maka...patahlah hati jejaka2 yg mengharapkan Hannah masih single hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. behtul... comfirmmm... Idaman jejaka kannn niiii...

      Delete
    2. kannn katanya sik baik Lizzy single lg������

      Delete
  3. Tahniahh hannah delisha cantik sgt . Semoga bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
  4. betul la kan, muka hannah lain sikit ...
    x pasti sebab mekap ke sebab dia pakai tudung ke
    or sebab dia gmbr sebelah laki dia hahaha

    ReplyDelete
  5. mom : mudanya dia kwen
    me : kwen muda la senang, 30 like me susah cari jodoh
    mom : .... awkward silent.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa.. fahammm.. walaupun sy belum ke usia 30 tu... Hahha.. dapat rasakannyaaa

      Delete
    2. Hilang idea I tengok your komen. haha

      Delete
  6. Dia cantik selalu.. tak sangka dia kenal ngn husband masa drama dia yang sweet dgn Syafiq Kyle tu... dulu ingatkan dia bercinta ngn Syafiq Kyle..hihi

    ReplyDelete
  7. ohh sudah kawin ya.. alhdmulillah
    nampak muda pulak suami dia hehehe

    ReplyDelete
  8. Terkejut tengok dia dha kawen.. But alhamdulillah. Suami dia ni jugak pelakon kan?

    ReplyDelete
  9. Selamat pengantin baru. Moga jodoh berpanjangan hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  10. Husdband dia nampak muda..
    Tahniah buat keduanya..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.