Nasi Beriani Warisan Hj Ayob

Monday, February 22, 2021

Rezeki hari ni dapat makan nasi beriani ayam. Pagi tadi, mak datang singgah rumah kejap lepas pergi Pusat Kesihatan. Mak bagi Nasi beriani Warisan Hj Ayob. Salah satu nasi beriani yang popular di Seremban. 

Selalu juga beli nasi beriani warisan Hj Ayob ni kalau rasa teringin. Sedap dan murah. Itu yang jadi pilihan orang ramai kot. RM6.00 je untuk set beriani ayam. Murah kan?

Portion nasi banyak dan saiz ayam pun besar. Puas makan sorang. Tapi untuk saya, kena berkongsi berdua. Banyak sangat nak habiskan seorang. Atau boleh 2 kali makan.

Nasi dia memang sedap, kuah lauk pekat dengan rempah ratusnya terasa sampai ke dalam isi ayamnya. Tak pernah makan nasi beriani daging sebab kurang makan daging. Kambing lagilah tak pernah makan sebab tak makan. huhu... So far makan nasi beriani ayam je lah.

Nasi Beriani Warisan Hj Ayob

Menu Nasi Beriani Warisan Hj Ayob

Set Beriani Ayam  RM6.00
Set Beriani Daging  RM8.00
Set Beriani Kambing RM8.00
Lauk Beriani Ayam  RM4.00
Lauk Beriani Daging  RM6.00
Lauk Beriani Kambing  RM6.00
Nasi sahaja  RM2.00

Untuk Pembelian dan Tempahan Delivery/Self  pick up

http://www.wasap.my/60136870995Hanim
http://www.wasap.my/0134428913Fadzil

Sejak PKP ni mereka ada buat servis penghantaran bermula jam 9:00 pagi sehingga 2.00 petang. Atau boleh ambil sendiri di lokasi kedai  bermula jam 7:00 pagi sehingga 2.00 petang . Yang penting kena order dulu dan bagitahu nama semasa ambil order.

Lokasi Nasi Beriani Warisan Hj. Ayob

Sebelah Petronas Jalan Jelebu
Jalan Seremban-Jelebu 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

17 comments

  1. Bole minta adik kak ret gi belikan la nnati nasi ni.. Nampak menarik gila.. Dah try kedai makan Hayyan Huda Opah Kitchen? Dgrnya skrg tgh up kat sban

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah Kat Reta, simple yet sedap. First time dengar Hayyan huda Opah Kitchen tu. Nanti cari dan cuba kalau ada rezeki :)

      Delete
  2. Hari ini kami buat beriani daging.
    Apabila tiada kenduri, kenalah beli atau buat untuk lepaskan rasa teringin.
    Murah juga harga nasi beriani ayam itu. Rezeki emak beri.

    ReplyDelete
  3. nasi beriani 6 hinggit....? murah sangat... harusla dua pinggan jadinya. kat JB nasi beriani mahal. kalau kambing tu...ada yg sampai rm18 per set

    ReplyDelete
  4. sedapnya..kalau kt sini, yang banyak nasi beriani kedai mamak & nasi kandaq..

    ReplyDelete
  5. nasi beriyani ayam rm6 je? murah sgt., kat masai beriyani tu pon dh sepoh hinggit., huhuhu

    ps. gmbr chuantek mcm biasa ye ;p

    ReplyDelete
  6. Murah sangat tu. Berbaloi dengan portion.

    ReplyDelete
  7. tak lebih dari rm10 dalam satu set, berbaloi nya beli ni

    ReplyDelete
  8. Betul tu. harga RM6 untuknasi beriani dikira sangat murah. Moga perniagaan warisan haji ayob mendapat rezeki berlipat ganda.

    ReplyDelete
  9. Murah tu, Fizah. Kat sini nasi beriani ayam RM8. Yang daging RM10. Yang kambing RM12. Hambik... hehe. baik masak sendiri. Dapat banyak.

    ReplyDelete
  10. Murahnya.. Kat tempat naniey rm8 ayam. Kambing rm10. Ada tempat tu kambing rm12. Tapi kalau sedap ok je.

    ReplyDelete
  11. Harga dia murahlah.. selalunya RM10 ke atas tu kalau kambing..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.