Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang

Hari ahad, hari untuk bersantai. Tak santai sangat lah sebab hari untuk mengemas lebih sikit dari hari biasa.

Hari untuk membeli barang dapur seminggu juga. Topup barang dapur mana yang dah habis. Kalau beli barang basah, lagi lama lah duduk kat dapur tu.

Cerita malam tadi, teringin nak makan nasi lemak bungkus daun pisang. Teringat pernah beli nasi lemak daun pisang dekat dekat area rumah.

Terus order sekali dengan roti canai. Nasi lemak daun pisang dia sedap. Nasi cukup rasa lemaknya, tambah pulak dibungkus dengan daun pisang. Aroma daun pisang membuka selera sungguh!

Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang

Nasi lemak bungkus daun pisang sedap!

Tambah lagi sedap bila sambal dia sedap. Pedas dan betul betul nasi lemak asli tradisional style mak mak kita masak. Saya syak ni mesti orang orang lama punya air tangan ni.

Kali kedua order. Repeat order sebab sedap dan pedas tu kena dengan selera. Harga pun murah dengan portion dan kesedapan sebungkus nasi lemak daun pisang.

Nasi lemak dan roti canai murah

Harga nasi lemak sebungkus RM 2.00. Roti canai tak ada dalam gambar. Nampak sipi sipi kertas minyak pembungkus roti canai je. Mood malas nak styling ambil gambar. Gambar candid makanan je terus. 

Beli roti canai kosong RM 1.00 sekeping, Roti telur 2 RM 2.50 sekeping. Charge delivery RM 2.00. Roti canai memang beli extra untuk dibuat sarapan esok. Tinggal panaskan je senang.

Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang

Alhamdulillah masih ada lagi orang yang menjual makanan murah tak mencengkik darah dengan harga yang masih relevan sekarang ni. 

Bagus ni berniaga untuk kepuasan pelanggan. Semoga bisnes mereka dilimpahi rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaminn

A.S.Corner Roti Canai Homemade

Waktu Perniagaan

Pagi (Jumaat-Ahad)
7:30 pagi sehingga habis (waktu terhad)

Petang-Malam
Isnin- Ahad
5:30 petang - 9:30 malam

Menu A.S Corner

Nasi lemak - RM 2.00
Roti kosong - RM 1.00
Roti relur - RM 2.50
Roti tampal - RM 2.50
Roti planta - RM 2.00
Roti cheese - RM 3.00
Roti bom - RM 2.00
Roti sardin - RM 3.50
Roti frozen - RM 8.00

Menu Special A.S Corner

Roti Sarang Burung - RM 4.00

Mereka  berniaga depan rumah je dan delivery sekitar Sikamat Seremban sahaja

Post a Comment

16 Comments

  1. Sedap dan memenuhi selera itu penting.
    Harga pun berpatutan. Can penghantaran pun murah.

    ReplyDelete
  2. sedapnya nasi lemak daun pisang. dkt sabah susah nk cari nasi lemak sedap mcm dkt semenanjung.

    ReplyDelete
  3. Nasi lemak bungkus daun pisang memang sedap..

    ReplyDelete
  4. Nasi lemak daun pisang ni memang sedapp

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap, nasi lemaknya, Fizah. Akak pun suka juga makan. :)

    ReplyDelete
  6. sedap nasi lemak.. hari ahad plan nk beli brg tp mengenangkan mesti ramai org esok pg baru keluar

    ReplyDelete
  7. sedapnya lahai..nostalgia nasi lmak dalm daun pisang ni..:)

    ReplyDelete
  8. hahah kesian roti canai tu.. dia pun nak bergambar

    ReplyDelete
  9. kadang2 dapat nasi lembiktu yg wak x suke jugak.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. Saya pun sama suka nasi lemak daun pisang. Balik jogging je singgah beli kat sorang makcik ni sebab sedap.

    ReplyDelete
  11. kl ni susah nk cari. ada pun nasi lemak daun pisang tapi nasi dia x berlemak pun hehhehehe rasa mcm nasi putih biasa

    ReplyDelete
  12. Syukurlah masih ada nasi lemak harga murah, sedap pula tu.
    Rindu nasi lemak bungkus daun pisang zaman kecik2 dulu. Sekarang dah tak jumpa nasi lemak daun pisang!

    ReplyDelete
  13. Sedapnyaaaa... alamak, malam malam baca ni, teringin pulak.... Macam kena carik jugak ni.. hoho

    ReplyDelete
  14. Nasi lemak daun pisang it gives me classic vibes ,betul betul nak tau nasi lemak tu sedap tgok sambal

    ReplyDelete
  15. paling suka nasi lemak balut daun pisang, dia punya aroma tu lagi sedap :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.