Sambal Tempe Kentang

Sunday, February 14, 2021

Masak apa harini? Bab masak ni, kalau tak pening tak sah! Pening nak masak apa setiap hari. Penyakit yang tak pernah akan hilang. Baru je boleh makan ayam, lepas tu gasak beli dan masak ayam geprek sampai jemu balik.

Bila beli KFC malam tadi, terus rasa dah tak boleh nak makan ayam semula. So harini kita masak lauk simple je untuk tengahari. Satu lauk untuk makan berdua pun dah mencukupi. Masak Sambal Tempe Kentang.

Sambal Tempe Kentang

Resepi

Lauk ni mengingatkan zaman study degree kat UiTM Shah Alam. Lauk paling favourite pilihan saya. Lauk sedap dan murah. Biasalah zaman study, semua nak jimat makan. Ini lauk dikatakan paling murah lah pada saya. Pada orang lain mungkin lauk telur dan lain-lain.

Kurang suka beli ayam atau ikan bila beli nasi campur ni. Sejenis yang suka menilik kebersihan penyediaan makanan. Sebab sesetengah kedai tak bersihkan ayam dan ikan betul-betul. 

Ada yang tak buang isi perut atau buang bulu ayam. Jadi putus selera terus. Dulu banyak memilih makan sayur dan yang simple simple je janji kenyang. 

Tak silap dulu sekali nasi baru RM2:++ lebih kot. Biasa membeli makanan tengahari kat dataran Cendikia je sebab nak balik ke bilik kat Kolej Mawar dari menara Engine (Ye, saya budak Electrical Engineer) akan melalui DC (Dataran Cendekia @Cendikiawan). 

Siapa budak UiTM SA (Shah Alam) tahu lah tempat-tempat tu. Sekarang ni UiTM Shah Alam dah dipanggil USA. Kemain level oversea gayanya. UiTM Segamat dipanggil US. Hahaha..Tahu pun sebab anak-anak buah pernah belajar kat USA dan US juga.

Lari dari tajuk pula. Okay, berhenti sini dulu. Selamat berehat santai hujung minggu.

11 comments

  1. Walau kita x makan tempe tp yg simple itu slalu nya sedap dan menyelerakan 😁😋

    ReplyDelete
  2. Sambal tempe kentang tu ratah-ratah pun boleh kenyang. Zaman di kampus memang penuh nostalgia. Di situlah belajar hidup jimat cermat.

    ReplyDelete
  3. sedapnya sambal tempe kentang tu. syu jarang mkn tempe.kecuali kalau mkn nasi ayam penyet.

    ReplyDelete
  4. Suka tempe.
    kesian pengusaha tempe sebab sekarang harga kacang soya naik melambung2.

    ReplyDelete
  5. zmn kite study dedulu kalau mknn cecah RM5 tu, rs mcm taubat je nak beli lg kat situ hahahaha...mmh kalau boleh nk sehabis jimat. yalah, dah laa x boleh memasak dlm blk. sbb tu kena jimat bagai...

    ReplyDelete
  6. fiza mcm hubby nina tak boleh makan benda yg masak tak fresh, bersih mesti balik terus tak sihat. bagus kalau masak sendiri. puas hati dpt makan

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan sambal tempe kentang. Teringin pula lepas baca ni

    ReplyDelete
  8. Samalah lauk ini pilihan masa di ini. Murah dan sedap.
    Sama bosan makan ayam dan ikan. Emak dan abah makan lauk ini. Hehe.

    ReplyDelete
  9. wohh ada branch us dan usa rupanya hihi.. sambal tempe kentang fav en hubby

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.