Rendang Kupang Sedap dan Mudah

Wednesday, February 10, 2021

Ada stok kupang tapi tak tahu kupang masak apa sedap selain kupang sambal tumis cili api dan kupang masak tumis kunyit pedas berlada. Jemu pulak nak sama menu yang sama. Saja nak tukar selera.

Tanya juga husband kupang nak masak apa? Dia pun blur jugak! Dah dua dua blur, mari kita google. Ternampak rendang kupang. Okay, masak rendang kupang lah! Macam sedap je kupang dibuat rendang. Lagipun tak pernah makan rendang kupang.

Disebabkan pertama kali nak masak rendang  kupang, saya gunakan cara buat rendang kupang guna kaedah yang sama masak rendang ayam. Cuma rendang kupang mudah lah sikit tak ambil masa lama pun macam masak rendang ayam kena berjam jam.

Rendang Kupang

Sekali rasa, pergghh sedap betul rasa kejadian rendang kupang. Masuk bakul angkat sendiri. Eh tak jugak, husband pun cakap sedap. Maksudnya sedap lah tu, kan.

Peribahasa masuk bakul angkat sendiri
Maksud : Memuji diri sendiri
Dia sama sedap macam rendang kerang. Ada orang suka masak rendang kerang tanpa santan. Pun sedap juga. Kalau dah penggemar kerang-kerangan ni, sedap aje masak apa pun.

Resepi Rendang Kupang

Bahan-bahan
Kupang
1 batang serai*
2-3 inci lengkuas*
2 inci kunyit hidup*
Segenggam cili api*
1 ulang bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 helai daun kunyit*
1/2 kotak santan
1/2 cawan air
2-3 sudu besar cili kisar
1 sudu kerisik
1/2 sudu camca garam bukit
1/2 sudu gula 
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan
Bersihkan kupang dan masukkan dalam kuali dan tutup sampai kupang masak. Tak perlu tambah air. Bila kulit dah terbuka tu tandanya dah masak. Keluarkan, tos dan ketepikan. Saya guna kaedah ni untuk masakkan kupang terlebih dahulu dan kurangkan bau hanyir kupang.

Sambil menunggu masak, kisar bahan-bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau dan garing. Masukkan cili kisar, kacau dan biarkan pecah minyak.

Masukkan kupang, air, santan, daun kunyit, kerisik, gula dan garam. Kacau rata dan biarkan kuah kering sikit. 

Mudah lah nak masak rendang kupang ni. Okay, next time kita merendang kupang je lah ye.


17 comments

  1. Cantik kejadian rendang kupang Fizah. Akak pun tak pernah masak rendang kupang. :)

    ReplyDelete
  2. wowww first time gak ni tengok rendang kupang...belum pernah cuba lagi menu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time masak dan rasa. Sedap! Cubalah nanti :)

      Delete
  3. Kat mana Fiza beli kupang..fresh plak tu..akak pun biasa makan rendang kupang tapi susah nak dapatkupang yang fresh sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kipmart kak. pernah beli kat Zemart tapi tak fresh. Kat KipMart so far okay je kalau beli.

      Delete
  4. Tiba-tiba rasa nak makan kupang :)
    Beli kupang nanti boleh akk cuba buat rendang.

    ReplyDelete
  5. first time dgr rendang kupang ni, menarikkk

    ReplyDelete
  6. Haah kupang cepat masak.
    Suami puji lagi bersemangat hendak masak lagi.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya rendang kupang. Kak Amie pernah buat rendang kupang tanpa kulit. Makan dengan nasi himpit.

    ReplyDelete
  8. Sama-sama enak kedua masakan Kupangnya, taoi rendang Kupang lebih menggoda tampilannya ..
    Sepertinya sedap betul.

    ReplyDelete
  9. rendang sedap.. kupang sedap.. rendang kupang.. lagi la sedap.. aduh gambar fiza betul2 mengancam naa

    ReplyDelete
  10. sedapnya..tak pernah lg shida cuba mkn or msk kupang ni fiza..

    ReplyDelete
  11. fiza ni mmg hantu rendang laaa... hahaha.. semua nk direndang.. rendang kerang pn sedap mkn dgn nasik lemak

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.