Kepentingan Pengambilan Ubat Cacing

Friday, December 11, 2015

Ramai yang kongsikan di facebook tentang kepentingan pengambilan ubat cacing untuk orang dewasa, bukan hanya budak kecil je perlu makan. Orang dewasa pun makan ubat cacing sebenarnya. Kenapa ubat cacing ni penting untuk kita ambil? Boleh baca artikel di bawah.
http://www.azhafizah.com/
Sumber dari facebook

Kepentingan Pengambilan Ubat Cacing

Artikel: Seringkali saya bertanya kepada orang yang meminta consultation saya. Terutama bila mereka bertanya kepada saya :
  1. Kenapa saya mengambil apa-apa supplement /vitamin atau jamu tidak nampak kesan kepada saya?
  1. Kenapa saya sering rasa gatal-gatal di kawasan tertentu, penyakit di hadapi payah sembuh? Kemaluan saya berbau busuk , walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor mendapatkan perawatan dan hilang sekejap tetapi berulang lagi.
  1. Kenapa saya mudah selalu gastrik / masuk angin dan perut jadi sensitif .Badan tidak bertenaga. Kadang-kadang saya makan sudah terlalu banyak tetapi masih lagi lapar di waktu tengah malam?
  1. Perut saya buncit berbunyi sesuatu dalamnya.
Dan banyak lagi simpton cacing banyak didalam tubuh badan manusia. Dari sudut perbidanan kampung , dari ilmu yang saya perolehi di percayai setiap 15hb -21hb bulan Melayu biasanya cacing akan bertelur dan membiak-biak dalam usus manusia.
Walau pun tidak terbukti secara perubatan moden, saya percaya akan maklumat ini berdasarkan pelbagai pengalaman.
Ini juga salah satu cara bagi menjadikan badan sentiasa sihat dan bertenaga dengan memastikan pengambilan ubat cacing setiap enam bulan sekali.
Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu.
Ramai kebanyakan orang bila saya bertanya bila kali terakhir mengambil ubat cacing? Rata-rata memberitahu di ketika usia budak zaman sekolah dahulu.
Bayangkan ..jika anda sudah berusia 40 tahun..pelbagai jenis cacing beranak pinak dalam badan anda!!!!.
Sekarang ini , bila kita mengambil ubat cacing , cacing takkan keluar seekor demi seekor seperti zaman dahulu. Cacing-cacing akan hancur melalui najis. Jangan takut mengambil ubat cacing.
Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan - mata, hati, paru-paru, salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.

Tanda-tanda kecacingan

  1. Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  2. Alahan kulit yang teruk - bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
  3. Gatal sekitar lubang najis (dubur)
  4. Alahan terhadap makanan
  5. Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit
  6. Anemia - kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
  7. Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
  8. Tiada selera makan, pucat,
  9. Kurang berat badan walaupun selera makan ada
  10. Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
  11. Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
  12. Hiperaktif
  13. Sakit kepala
  14. Sensitif terhadap cahaya
  15. Gusi & hidung berdarah
  16. Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkandemi kesihatan & kualiti hidup.

Sumber dari fanpage Ustaz

With Love,
image

12 comments

  1. memang elok diambil oleh orang dewasa tapi ciktie tak kan ambil la.. takut sangat nak tengok

    ReplyDelete
  2. Baru dua hari lepas sy mengambil ubat ni. Disebabkan masa sem 2 dulu belajar pasal cacing2 ni, drpd tk berani nak amik, finally 2 hari lepas sy makan jugak ubat nii :D

    ReplyDelete
  3. Ngeri pulak.. Mmg dah lama x makan ubat cacing 😱

    ReplyDelete
  4. kalau ada gastrik boleh makan jugak ke ubat cacing ni?

    ReplyDelete
  5. Sgt penting ni.. kita makan ubat cacing pun ms kecik dulu kan. Punya lama ni

    ReplyDelete
  6. Anak saya pun baru makan ubat cacing yg sekolah bagi. Risau juga sebab dia suka makan junk food daripada nasi. Alhamdulillah lps mkn ubat cacing dia ok je. Haritu saje usik dia, l0s mkn ubat cacing nanti buang air kuar cacing. Dia stop kejap makan junk food! Hehe.. Tq for info. X tau plak dewasa pun kena makan ubat cacing. :)

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. itu saya tak pasti, sy cuma share artikel sahaja :)

      Delete
  8. Kena makan brapa kali ni? sekali saja ka? Atau kena berterusan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk dos pengambilan tu boleh rujuk pada farmasi ketika membeli :)

      Delete
  9. utk permulaan ni bole ke ambil 3bln skali sbb dah puluhan thn x mkn ubt cacing ni...

    ReplyDelete

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu