Gadgets

JDT vs Ulsan Hyundai Live Streaming ACL 2023

JDT vs Ulsan Hyundai

Saingan Liga Juara-Juara AFC, ACL 2023/2024 (AFC Champions League 2023/24) kembali berlangsung dimana Pasukan Ulsan Hyundai pula akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi aksi keempat dalam kumpulan I.

JDT vs ULSAN HYUNDAI

Perlawanan keempat kumpulan I ACL 2023 diantara pasukan kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT melawan pasukan dari Korea, Ulsan Hyundai dijadualkan berlangsung pada 7 November 2023, hari Selasa jam 8:00 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah, Johor.

Ini merupakan aksi timbal balik perlawanan antara kedua-dua pasukan dalam kumpulan I. Mengikut kedudukan terkini, pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim berada di tempat ketiga selepas gagal membawa 3 mata berharga ketika menentang Ulsan Hyundai di Stadium Ulsan Munsu (Ulsan Munsu Football Stadium), Korea Selatan pada 24 Oktober yang lalu.

Setakat 3 perlawanan yang telah berlangsung, JDT hanya menang sekali melawan BG Pathum United. Bermain di halaman sendiri satu kelebihan buat pasukan JDT untuk menebus kekalahan lalu menentang Ulsan Hyundai. 

Ia juga sebagai tonik semangat buat JDT mendapat keputusan positif dan memperbaiki kedudukan tersebut.

JDT vs Ulsan Hyundai merupakan perlawanan tumpuan dimana pertembungan dua pasukan gergasi dari negeri Selatan Johor (Harimau Selatan) dan Korea Selatan dan akan bertemu buat kali keempat. 

Sudah pasti penyokong mengharapkan kemenangan buat JDT. Ayuh Johor, Luaskan kuasamu Johor!

Siaran Langsung JDT vs Ulsan Hyundai Live Streaming ACL 2023

Penyokong dan penonton di rumah boleh menonton Siaran Lansung JDT vs Ulsan Hyundai Live Streaming ACL 2023 dari Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803), Astro Go dan Sooka. 

Pra rancangan bermula pada jam 7:30 malam. Langgan satu perlawanan di platform Sooka dengan harga RM12.90.

Waktu siaran : Selasa, 7 November 2023, jam 8:00 malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Gelang Patah, Johor
Siaran TV : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Info Tiket perlawanan JDT vs Ulsan Hyundai

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Ulsan Hyundai pada 7 November 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim boleh didapati menerusi tickethotline.com.my.

Setiap penyokong hanya boleh membeli empat tiket (4) sahaja manakala para pemegang pas bermusim hanya perlu menunjukkan pas di pintu-pintu masuk untuk kemasukan ke stadium.

Tiket diperlukan untuk penyokong yang berusia 3 tahun ke atas, namun kanak-kanak dibawah usia 3 tahun yang menggunakan tempat duduk sendiri perlu memiliki tiket untuk tempat duduk tersebut.

Keputusan masa penuh perlawanan

Keputusan perlawanan antara JDT vs Ulsan Hyundai dalam saingan ACL 2023 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT (2) - (1) ULSAN HYUNDAI FC/ ULS
 Heberty Fernandes 44'
 Ataru Esaka 69'
 Akhyar Rashid 87'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.