Gadgets

Siaran Langsung Sabah vs Hai Phong Live Streaming Piala AFC 2023

Sabah vs Hai Phong

Giliran pasukan Hai Phong FC pula berkunjung ke Sabah menentang pasukan tuan rumah Sabah FC dalam aksi timbal balik kempen AFC 2023 pusingan keempat yang masih berbaki 2 perlawanan sahaja lagi.

SABAH FC vs HAI PHONG FC

Perlawanan antara pasukan Sabah FC melawan Sabah FC dijadualkan berlangsung pada 9 November 2023, hari Khamis jam 8:00 malam bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Pertembungan ini merupakan pertemuan kedua aksi timbal balik dalam kumpulan H. Mengikut kedudukan terkini, Sabah FC berada di kedudukan kedua di belakang Hai Phong dengan 6 mata yang sama.

Perlawanan ini bakal berlangsung sengit dimana kedua-dua pasukan ini akan berusaha mencetak seberapa banyak gol bagi merebut 3 mata berharga.

Pasukan Hai Phong dikenali dengan pasukan yang bermain dengan tempo laju (high intensity). Kelebihan buat pasukan Sabah FC bermain di halaman sendiri. Semoga pasukan Sabah berjaya merebut 3 mata penting ni bagi mengatasi kedudukan pasukan Hai Phong.

Dalam 2 perlawanan sebelum ini menentang Haougang United dan PSM Makassar, pasukan Sabah telah memenangi kedua-dua perlawanan tersebut. Diharapkan pasukan Sabah FC terus beraksi dengan cemerlang mencipta kemenangan membawa 3 mata penting.

Siaran Langsung Sabah vs Hai Phong Live Streaming Piala AFC 2023 9 November 2023

Penyokong dan penonton di rumah boleh menonton perlawanan antara Sabah vs Hai Phong secara langsung menerusi saluran 803, Astro Arena Bola dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka. 

Pra-rancangan perlawanan akan bermula pada jam 7:30 malam. Langgan satu perlawanan dengan harga RM12.90 di platform Sooka.

Tempat : Stadium Likas
Waktu siaran : Khamis, 9 November 2023, jam 8:00 malam
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go, Sooka

Info Tiket Perlawanan

Tiket untuk perlawanan Sabah vs Hai Phong pada 9 November 2023 yang berlangsung di Stadium Stadium Likas boleh didapati di dalam talian menerusi laman rasmi : tickethotline.com.my.

Live results score/ keputusan masa penuh 

Keputusan perlawanan antara Sabah FC  vs Hai Phong FC dalam saingan Piala AFC 2023 secara langsung/ live results score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : SABAH FC/ SAB (4) - (1) HAI PHONG FC/ HFC
 Daniel Ting 20'
 Darren Lok 34'
 Gabriel Peres 70'
 Yuri Mamute 85'
 Jafri Firdaus Chew 90'+5

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.