Telefilem Capa Rengat Gulai Rawo (TV1)

Telefilem Capa Rengat Gulai Rawo bersiaran pada hari Sabtu 29 Oktober 2022, jam 9:00 malam di slot Panggung RTM TV1 dan RTMKlik. 

Telefilem ini adalah sebuah telefilem adaptasi dari dua buah cerpen karya Baharuddin Kahar iaitu 'Capa Rengat' dan 'Gulai Rawo' arahan Wan Afzan Wan Daud.

Telefilem Capa Rengat Gulai Rawo TV1

Nukilan skrip telemovie ini ditulis oleh Amin Masyhur dan diterbitkan oleh syarikat produksi Unit Drama TV RTM, Dewan Bahasa dan Pustaka.

PELAKON 

  • Mior Hashim Manap
  • Dewa Sapri
  • Farah Ahmad
  • Nadiya Nisaa
  • Fikhree Bakar
  • Harith Haziq
  • Adawiyah

SINOPSIS TELEFILEM CAPA RENGAT GULAI RAWO

Telefilem ini mengisahkan tentang seorang remaja dibawa pulang ke kampung oleh ibunya untuk urusan pusaka dan telah mengenali Su yang memberikan suatu pengalaman baharu dan manis untuknya. 

Berita kepulangan anak dan menantunya disambut gembira oleh seorang bapa tua menyebabkan si bapa berusaha menyediakan hidangan untuk anak dan menantunya, namun...

Apakah yang berlaku? Saksikan Telefilem Capa Rengat Gulai Rawo pada 29 Oktober 2022, jam 9:00 malam di TV1.


4 comments:

  1. Saya dah baca kedua-dua buah cerpen karya Baharuddin Kahar ni. Saya sangat menghayati Gulai Rawo.... banyak kali baca! Aduhai.... pedih menusuk hati kisahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sempat tengok part anak dah tak makan ikan sungai dan menantu lansung tak ambil. Tak makan takpe, tapi cakap depan depan tu..Alahaiii...

      Delete
  2. Saya baca cerpen Gulai Rawo ni masa saya 10/11 tahun rasanya, buku teks sastera kakak saya. Hehe... Sedih, geram cerita tu. Bila tertonton Capa Rengat Gulai Rawo ni dah agak ni mesti gabungan kisah lain. Nampak saja tajuk "Gulai Rawo" tu ehh terus stick depan TV1, ngam-ngam tertonton scene anak, menantu, ayah tua & adik perempuan makan semeja, menantunya makan nasi dan timun, anak tu konon tak lalu tekak makan ikan sungai pasal dah terbiasa burger, beef steak hidup dibandar konon. Cehhh tagune punya anak kampungan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tengok scene tu. Rasa sedih je ayah dan Nadya Nisa tu kan. Anak pun cepat lupa asal usulnya. Boleh jadikan pengajaran.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.