Telefilem Sadaqallahul’azim (TV AlHijrah)

Azhafizah MN
By -
6
Tonton Telefilem Sadaqallahul’azim bersiaran pada hari Ahad 9 Oktober 2022, pukul 9.00 malam di TV AlHijrah. Telefilem Sadaqallahul’azim, telefilem khas sempena Maulidur Rasul dibintangi pelakon Ungku Hariz, Husna Mustaffa dan ramai lagi.

Juga boleh tonton Telefilem Sadaqallahul’azim secara streaming di Alhijrah Plus.

sadaqallahul azim

TELEFILEM SADAQALLAHUL' AZIM

Waktu Siaran : Ahad, 9 Oktober 2022, 9:00 malam
Siaran TV : TV AlHijrah
Pengarah : Dato Jurey Latiff Rosli
Produksi : World Evolution Brain

PELAKON TELEFILEM SADAQALLAHUL' AZIM

  • Ungku Hariz
  • Husna Mustaffa
  • Anna Dahlia
  • Zaidi Omar
  • Razak Ahmad
  • Ezlynn Arifin

SINOPSIS TELEFILEM SADAQALLAHUL' AZIM

Mengisahkan tentang Solihin, seorang peguam yang dikenali ramai kerana banyak terlibat dengan pembelaan kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan tokoh-tokoh kenamaan. Namun jauh di sudut hati, Solihin sedar bahawa kemasyhuran dunia tidak memberikan apa- apa jaminan.

Hatinya kosong serta berasa kerdil kerana dia tidak tahu membaca Al- Quran. Solihin berbelah bahagi antara populariti dan tuntutan agama. Dia malu untuk belajar mengaji kerana takut popularitinya terjejas.

Perkenalan dengan Iffah membuatkan Solihin berazam untuk memperbaiki kelemahan diri yang tidak tahu mengaji. 

Adakah dia benar-benar ikhlas untuk berubah ataupun semata-mata hanya untuk memenangi hati Iffah?

Post a Comment

6Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment