Header Ads

Drama Wanita Milik Tuan Putra (TV3)


Tonton Drama Wanita Milik Tuan Putra pada hari Isnin hingga Jumaat bermula pada pukul 7:00 malam di Slot Akasia TV3. Wanita Milik Tuan Putra, drama melayu bersiri 28 episod merupakan drama adaptasi novel Wanita Milik Tuan Putra karya Aunie Ayunie menampilkan pelakon Hisyam Hamid, Intan Najuwa, Sherry Ibrahim, Syazuwan Hassan, Khaty Azian, Aznah Hamid dan ramai lagi.

Boleh tonton Drama Wanita Milik Tuan Putra live streaming online menerusi portal tonton (www.tonton.com.my).
 
wanita milik tuan putra tv3

DRAMA WANITA MILIK TUAN PUTRA

Jumlah episod : 28
Mula siaran : 21 Oktober 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, pukul 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Produksi : Orangetree Production Sdn Bhd

PELAKON DRAMA WANITA MILIK TUAN PUTRA

Hisyam Hamid sebagai Tuan Putra Anaqi
Intan Najuwa sebagai Bunga Zinnirah
Sherry Ibrahim sebagai Tengku Tania
Syazuwan Hassan
Khaty Azian
Aznah Hamid

SINOPSIS DRAMA WANITA MILIK TUAN PUTRA

Cinta, benarkah membawa bahagia? Benar, tapi harus ada derita dan air mata. Hot and spicy, gelaran yang tepat untuk Tuan Putra Anaqi. Pendek kata, dia adalah guy yang sempurna. Pertemuan demi pertemuan dengan Bunga Zinnirah, meyakinkan Putra bahawa itu bukanlah satu kebetulan, tapi satu suratan yang indah.

"Cinta bukan tentang apa yang kita lihat, tapi cinta adalah tentang apa yang kita rasa." - PUTRA

Bunga Zinnirah tidak menolak ikatan suci dengan Putra. baginya, Putra bagaikan malaikat pelindung yang menyelamatkannya. Dia hilang segala-galanya kerana menjunjung sebuah kejujuran. Putra hadir di saat dia hampir tersungkur melawan luka.

"You adalah pemandangan yang indah dan I harus menikmatinya." - BUNGA

Di sebalik sebaris nama Tuan Putra Anaqi, tersimpan seribu rahsia. Bila rahsia terbongkar, Bunga merasakan dia sudah tersesat jauh dalam kehidupan lelaki itu. Sangkanya, dia akan menjadi Wanita Milik Tuan Putra selama-lamanya.

Namun, dendam kelmarin meretakkan mahligai yang dibina. Takdir yang menemukan mereka dan takdir juga yang memisahkan mereka. Masihkah ada peluang untuk Putra dan Bunga membetulkan segala-galanya? Sedangkan masih banyak yang belum terluah.

"You are really a beast, Tuan Putra." - BUNGA

"I am a beast. I tak layak untuk you." - PUTRA

Ada cinta, ada benci. Ada suka, ada duka. Hati mula keliru dan cinta mereka jadi taruhan. Memperjuangkan sedih dan indah pada waktu yang sama amat melelahkan. Bila tersedar, cinta itu sudah pun sirna ditelan waktu. Pulanglah cinta, Kerana rindu akan sentiasa menjemputmu.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.