Header Ads

Hari Halloween : Maksud, Sejarah Dan Hukum Menyambut Halloween


Tarikh Halloween 2022 pada 31 Oktober mula diraikan oleh mereka yang bukan Islam sejak dari malam tadi. Perayaan Hari Halloween bukan budaya orang Islam dan orang Islam tidak menyambut Hari Halloween. Jangan kita terikut ikut dengan budaya barat walaupun sekadar suka-suka.

Berita malam tadi, sekurang-kurangnya 149 orang terbunuh dalam insiden rempuhan ketika sambutan hari Halloween di kawasan hiburan dan kelab malam di Seoul malam tadi. Sambutan bertukar tragedi selepas kawasan sempit itu menerima jumlah pengunjung luar biasa menyebabkan orang ramai cedera akibat terjatuh, ditolak dan dipijak.

Hari Halloween Maksud, Sejarah Dan Hukum Menyambut Halloween

Perayaan Hari Halloween

Hari yang tepat di mana Halloween disambut ialah 31 Oktober. Hari Halloween adalah perayaan yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun. Itu adalah hari yang tepat kerana ia adalah hari terakhir kalendar Celtic. Secara tradisinya, Halloween di seluruh dunia pada malam 31 Oktober hingga 1 November. Maka, Hari Halloween 2022 akan disambut pada malam Isnin hingga Selasa.

Hari Halloween disambut bagi memperingati orang yang telah mati. Halloween juga disebut dengan Hallowe’en dan perayaan ini juga disebut sebagai All Hallow Eve atau All Saints’ Eve.

Pada Hari Halloween, Penduduk kota muda di Eropah dan Amerika akan memakai kostum dan topeng, melukis muka mereka, mengukir wajah menyeramkan menjadi labu, dan menakutkan satu sama lain. 

Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan.

Asal Usul Sejarah Halloween

Halloween berasal dari festival bangsa Celtic kuno, iaitu festival Samhain. Bangsa Celtic yang hidup sekitar 2.000 tahun yang lalu tersebut merayakan tahun baru mereka pada 1 November. Mereka masih percaya bahawa pada malam sebelum tahun baru 31 Oktober, pintu ke dunia lain terbuka dan semua jenis entiti jahat keluar.

Pada abad ke-7 Masehi, Gereja Katolik Roma mengubah All Saints Day atau All Hallows, hari perayaan orang-orang kudus gereja, menjadi 1 November. Ini bermakna malam All Hallows jatuh pada 31 Oktober. 

Dua abad kemudian, pengaruh Kekristenan telah menyebar ke tanah Celtic, yang masih memertahankan Festival Samhain. Perayaan malam All Hallows pun mirip dengan Festival Samhain, iaitu dengan api unggun besar, parade, dan memakai kostum sebagai malaikat atau iblis. 

Perayaan yang sebelumnya disebut sebagai All Hallows Eve, kemudian dikenal sebagai Halloween. Perkataan Halloween/Hallowe’en muncul sekitar tahun 1745M dan agama kristian dikatakan memulakan penggunaannya. Perkataan halloween bermaksud “hallowed evening” atau “holy evening” (petang yang mulia) dan dikatakan juga berasal dari bahasa Scotland (Scottish).

Orang Celt di Scotland dikatakan merayakan perayaan ini dengan tradisi paganisme sempena musim menuai mereka.

Jack O Lantern sebagai simbol dan tradisi Halloween

Umumnya, Buah labu adalah simbolik Hari Perayaan Halloween. Buah labu yang dibentuk menyerupai wajah menyeramkan. Karakter buah labu dengan wajah yang menyeramkan digelar Jack O'Lantern. 

Jack O'Lantern merupakan roh yang berkeliaran sambil membawa lentera karena dirinya berhasil menipu iblis agar tak dimasukkan ke dalam neraka. Akan tetapi, tidak diizinkan masuk ke surga karena dosa-dosanya. Legenda tersebut direpresentasikan menjadi labu seram yang diletakkan di depan rumah.

Kostum kucing hitam Hari Halloween

Selain buah labu, kostum kucing hitam juga popular semasa perayaan Halloween. Kucing hitam digambarkan sebagai keluarga penyihir, di mana para penyihir ini berubah menjadi kucing hitam untuk menyembunyikan diri.

Tradisi lain dalam perayaaan Halloween adalah trick or treat. Trick or treat dirayakan dengan kostum yang menyeramkan, di mana dilakukan sambil berkeliling membawa labu menuju rumah tetangga untuk meminta gula-gula dengan berkata "Trick or Treat".

Ucapan “Trick or treat!” merupakan semacam “ugutan” yang membawa maksud “Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau.”

Hukum Menyambut Halloween Menurut Islam

Menyambut perayaan Hari Halloween adalah haram di sisi Islam. Berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya untuk memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia. 

Sudah terang lagi bersuluh, sambutan Hari Halloween bukanlah budaya orang Islam.

Rasulullah SAW telah melarang kita dari menyerupai orang kafir. Sabda Baginda SAW dari hadis Ibn Umar R.Anhuma:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya : Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”. - Riwayat Abu Daud (4031)

Berdasarkan hadis di atas maka seorang Muslim itu dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai perkara-perkara tersebut.

Al-Imam al-San’ani Rahimahullah berkata bahawa hadis di atas menunjukkan barang siapa yang menyerupai orang-orang fasiq ataupun kafir ataupun orang yang melakukan bid’ah dalam apa jua perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka. [Subul al-Salam. Dar al-Hadis, 2/647]

Disebutkan juga pendapat lain yang mengatakan bahawa tasyabbuh itu juga berlaku dalam perkara-perkara dalaman bersifat i'tiqad, iradat (kemahuan dan kehendak) dan perkara-perkara luar dari segi perkataan, perbuatan yang boleh menjadi ibadat dan adat. [Faydh al-Qadir. Al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 6/104]

Jelas di sini bahawa perayaan Halloween merupakan tasyabbuh kepada golongan kafir dari segi i’tiqad, perbuatan dan juga pemakaian yang mana sedia maklum selalunya bagi mereka yang menyambut perayaan ini akan mengenakan kostum-kostum tertentu bersesuaian dengan hari Halloween.

Sebagai umat Islam, hukumnya HARAM kita meraikan Hari Halloween kerana terdapat unsur-unsur tasyabbuh yang tidak dibenarkan di dalam Islam. 

Akan tetapi masih ada warga Riyadh di Arab Saudi turut meraikan Halloween tanpa segan silu mengenakan topeng hantu, iblis dan syaitan dengan rasa terujanya. Semakin menakutkan dunia zaman sekarang.

sumber : 
1. https://www.kompas.com/tren/read/2021/10/31/082900965/sejarah-dan-asal-mula-perayaan-halloween-31-oktober
2. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1532-irsyad-al-fatwa-siri-ke-91-hukum-menyambut-perayaan-halloween

20 comments:

  1. Semoga kita dan keturunan kita
    juga seluruh umat Islam dijauhkan ...🤲🤲

    ReplyDelete
  2. Kat Malaysia pun dah ramai yang raikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasan jugak tu kakYan. Mungkin mereka juga terikut ikut...

      Delete
  3. Memang bukan amalan kita, moga dijauhkan Aamin...

    ReplyDelete
  4. Tragedi Halloween yang tak disangka, kan? Hmmm... kat Arab Saudi pun bukan main meriah lagi raikan Halloween.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 tragedi yang yang tak disangkakan. Semoga ada pengajarannya.

      Delete
  5. Rasa macam dapat idea nak buat entry bila baca entry Fizah ni. ok lepas kerja kang nak taip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat note siap siap Sal. Takut hilang idea nanti. Selamat menaip :)

      Delete
  6. sah2 la bkn perayaan utk orang islam. manusia akhir zaman bila di arab saudi pun meraikan

    ReplyDelete
  7. Terkejut tgk berita mlm tadi... Mcm x caya je tp tu laa bila 2 thn terkurung.. Sekali ada perayaan, semua pun terlalu excited... Terjadi jgk kes yg sama kat indon hari dan waktu yg sama... Mita dijauhkan la terjadi kt msia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka boleh jadi macam tu kan. Sesak lain macam. Kun fayakun...
      Mintak dijauhkan dari hal sebegini. Aamiin...

      Delete
  8. Baru faham sejarah dan asal-usul.
    Memang tahu orang tertentu raikan tapi tidak tahu sebab.
    Itulah kuat juga pengaruh holloween.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga tak ada umat Islam yang akan terpengaruh dengan sambutan ni.

      Delete
  9. akhir zaman... semua benda nak dikut ditiru... benar kata nama, hingga ke lubang cacing pun mereka sanggup.. nauzubillah. semoga kita semua terpelihara drpd fitnah akhir zaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin menakutkan dunia zaman sekarang. Semakin berani mereka buat perkara yang bertentangan dengan agama.

      Delete
  10. Terima kasih Fiza berkongsi pasal ini.. Memang kena diulang-ulang pasal ini.. Walaupun dah banyak kali dimaklumkan haram, tetaplah ada Juga yang sambut..
    Tragedi di Korea tu memang menyedihkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Dah banyak tragedi berlaku tak ada yang ambil pengajaran.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.