Ucapan, Pantun dan Poster Salam Maulidur Rasul 2022 (1444H)

Azhafizah MN
By -
4
Salam Maulidur Rasul 1444H/2022M. Tarikh Maulidur Rasul dalam Islam adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.

Hari Maulidur Rasul 2022 cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia. Sambutan Maulidur Rasul 1444H tahun 2022 bertemakan “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.

ucapan pantun dan poster salam maulidur rasul 2022 1444H

Di Malaysia, lazimnya pada hari sambutan Maulidur Rasul akan ada acara perarakan yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW, program majlis ilmu, forum perdana dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.

Tak ketinggalan juga memberi ucapan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. 

Koleksi Ucapan, Pantun dan Poster Salam Maulidur Rasul 1444H/2022M

Ucapan Salam Maulidur Rasul 1444H/2022M

Ucapan 1
Salam Maulidur Rasul 1444H/2022M buat seluruh Umat Islam di Malaysia.
Pada hari yang mulia ini marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Sabda nabi;
«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”

(An-Nasa’i no. 1297, Ahmad, Sahih)

Ucapan 2
Salam Maulidur Rasul, 12 Rabiulawal 1444H

Firman Allah SWT;

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” (Al-Ahzab: 56)

Ucapan 3
Salam Maulidur Rasul
12 Rabiulawal 1444H | 9 Oktober 2022

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita beroleh syafaat daripada Baginda di Padang Mahsyar kelak.
“Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”

Ucapan 4
Salam Maulidur Rasul 1444H
Semoga cinta dan kasih sayang kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW akan terus mekar dalam diri.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

“Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”

Ucapan 5
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1444H /2022M

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim!!

Dengan keberkatan dan kemuliaan Baginda Rasulullah s.a.w, kami memohon agar lenyapkanlah wabak covid-19 ini di negara kami dan seluruh dunia.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Ucapan 6
Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat.
Semoga segala kebaikan yang dilakukan mampu meraih cinta Allah dan syafaat baginda di akhirat kelak.

Sollu alan nabi. Allahumma solli ala sayyidina Muhammad.

Pantun Salam Maulidur Rasul 1444H/2022M

Sayang senduduk berbunga pagi,
Ambil daunnya dibuat ubat;
Apa tanda kasihkan nabi,
Jika tidak banyakkan selawat.

Nabi Muhammad junjungan Ummat,
Membawa rahmat membawa berkat;
Marilah kita banyakkan selawat,
Untuk syafaat di hari akhirat.

Rabiul awal menjelma lagi,
Bulan kelahiran nabi kita;
Banyakkan selawat ke atas nabi,
Tanda bukti sayang dan cinta.

Anak helang di kayu tinggi,
Patah ranting terbanglah ia;
Pengorbanan nabi kita sanjungi,
Membawa Ummat menuju Syurga.

Pohon selasih di tepi perigi,
Hujung dahan ada bunganya;
Pengorbanan nabi begitu tinggi,
Untuk Ummatnya hidup sejahtera

Hiasan meja si kain renda,
Sulaman tangan ibu saudara;
Contohi sifat akhlak Baginda,
Agar hidup kita sejahtera.

Pokok keladi di tepi paya,
Bunga teratai kembang bertaut;
Apa guna kita berjaya,
Jika nabi tidak diikut.

Pelangi petang selepas hujan,
Cuaca sejuk diwaktu malam;
Nabi Muhammad diutuskan Tuhan,
Membawa Rahmat seluruh Alam.

Pokok senduduk di tanah seberang,
Berselang rapat si pokok jati;
Baginda hebat di medan perang,
Sehingga musuh sangat hormati.

sumber : theinspirasi

Poster Salam Maulidur Rasul 1444H/2022M

poster maulidur rasul 2022


poster maulidur rasul 2022

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Sollu Alan Nabi... Salam Maulidur Rasul.

    ReplyDelete
  2. Salam Maulidur Rasul Fizah. Semoga kita istiqamah dalam berselawat dan mengamalkan sunnah Baginda Rasulullah s.a.w

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul.
      InshaAllah dan mudah mudahan kita mendapat syafaat.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!