Header Ads

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api Tumis


Entah kenapa teringin makan ayam masak lemak cili api. Kebetulan nak masak sayur nangka masak lemak cili api. Jadi, kita pun masak sekali ayam masak lemak cili api tumis. Terlebih rajin lah ni nak menumis bagai.

Kalau ikut resipi ayam masak lemak cili api Negeri Sembilan atau resipi ayam masak lemak cili api Johor main lebur je. Bahan kisar pun cili api dan kunyit hidup je. 

Bila dah rajin menumis tu, kita layankan je kerajinan tu.

resepi ayam masak lemak cili api tumis

Resepi ayam masak lemak cili api tumis

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam dah dipotong
Segenggam cili api*
1 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 batang serai (diketuk)
1 bungkus santan segar
air secukupnya
1 keping asam keping
garam secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Cara memasak ayam masak lemak cili api

1. Kisar bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan juga serai sampai naik bau dan sedikit garing. 
3. Masukkan potongan ayam, kacau rata dan biarkan lebihan ayam kering dan ayam kecut.
4. Masukkan santan, air, garam secukup rasa dan asam keping.
5. Gunakan api sederhana, biarkan ayam masak. Sambil sambil tu kacau kacau supaya santan pecah minyak. Guna santan segar ni memang jenuh sikit nak mengacau. 
6. Renehlah sampai mencapai kepekatan yang diinginkan. 

Masakan bersantan ni kalau lepas masak terus makan kurang enaknya. Dia kena tunggu beberapa jam baru makan, kepekatan tu lagi sedaplah cerita dia. 

Saja masak versi tumis dan banyak rencah. Masa menumis tu sedap gila bau serai. Perut yang tak lapar terus rasa tak sabar nak makan. 

Kalau masak ayam sikit, nak banyakkan lagi boleh buat ayam masak lemak cili api kentang. Tambah kentang boleh jadi lauk 2 in 1. Tak payah masak sayur dah. 

8 comments:

  1. Baru buat last week...tp tgok entry ni terus rasa nak masak lagi...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...Nampaknya, menu ayam masak lemak cili api bakal muncul lagi kat dapur akak :)

      Delete
  2. Pekat dan pedas memang bertambah makan.

    ReplyDelete
  3. Sedap ni ayam masak lemak cili api tumis. Kuahnya tu kena tuang banyak-banyak atas nasi biar banjir. Puas makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak lemak cili api kena makan kuah banjir baru sedap menyuap. Selera pun bertambah tambah :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.