Header Ads

Filem Talbis Iblis Di Pawagam 20 Oktober 2022


Filem Talbis Iblis ditayangkan pada 20 Oktober 2022 di seluruh pawagam Malaysia. Talbis Iblis sebuah filem seram lakonan Sherie Merlis, Jay Iswazir, Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Daniella Sya, Amir Nafis, Izzy Reef dan ramai lagi. 

Apa maksud Talbis Iblis?

Talbis iblis maksudnya tipu daya serta perangkap yang dibuat oleh iblis untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah.
Filem Talbis Iblis diarahkan oleh Kabir Bhatia, Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 kembali dengan sentuhan terbaru menerusi filem bergenre seram. Menggabungkan penerbit hebat Malaysia iaitu Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment.

Pada bulan April 2022 yang lalu, Filem Talbis Iblis menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek di Far East Film Festival Ke-24 di Udine, Itali.

Karya ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21.

Tengok Talbis Iblis trailer nampak macam seram betul!

filem talbis iblis

FILEM TALBIS IBLIS

Mula tayangan : Khamis, 20 Oktober 2022
Cerita asal : Ajami Hashim
Penulis skrip : Ajami Hashim, Ashraf Modee Zain
Pengarah : Kabir Bhatia
Penerbit : Infinitus Gold Sdn. Bhd.
Genre : Seram

PELAKON TALBIS IBLIS

Zul Ariffin sebagai Nasir
Azira Shafinaz sebagai Hajar
Nasha Aziz sebagai Junaidah (Mak Ju)
Amir Nafis sebagai Arshad
Zaftfarrel Mikhael Felton sebagai Hazim
Sherie Merlis sebagai Bomoh
Jay Iswazir sebagai Zaini
Izzy Reef sebagai Nasir Muda
Daniella Sya sebagai Junaidah Muda
Putri Syahadah Nurjannah sebagai Hajar Muda

SINOPSIS TALBIS IBLIS

Kisah seorang gadis, Hajar (Azira Shafinaz) yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju (Nasha Aziz)  telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya di mempunyai agenda tersendiri.

LAGU TEMA (OST) FILEM TALBIS IBLIS

Lagu : Harapan Penyambung Mimpi
Penyanyi : Indah Ruhaila
Lirik : Habsah Hassan
Komposer : Heidi Moru & Lo Shi Seng

12 comments:

  1. Lama tak tengok Nasya Aziz berlakon..

    ReplyDelete
  2. Dahsyat Azira Shafinaz sekarang. Sana-sini berlakon. Dengan ZA pun dah banyak kali digandingkan. Nak pi tengok la esok, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..banyak juga filem dia berlakon lately. Sebelum ni digandingkan dalam drama kot. Tapi kali ni bukan berpasangan sebab tengok watak ZA lain macam dari biasa. huhu...selamat menonton :)

      Delete
  3. genre seram...Kak Chah penulis lirik ost...menarik..

    ReplyDelete
  4. Nak tengok tapi takut. Kabir Bhatia selalu sinematografi dia cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengok tayangan perdana dia nampak menyeramkan cerita dia. Kalau kat wayang bergelap tu mungkin lagi terasa seramnya lah.

      Delete
  5. filem ni kan yg brunei tak bagi tayangan tu?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.