Header Ads

Sarapan Nasi Kerabu Ayam Bakar


Dah masuk waktu minum petang baru nak cerita hal sarapan. Pagi ni kita bersarapan nasi kerabu ayam bakar. Pesan pada encik suami tak nak sebarang kuah atau sambal. Nak nasi kering je sebab nak makan dengan sambal gesek yang ada kat rumah.

nasi kerabu ayam bakar

Cerita pasal nasi kerabu, ingat dulu masa belajar di Penang dulu rasa pelik bila banyak gerai jual nasi kerabu pagi-pagi. Yang jual kebanyakkannya orang Kelantan lah. Itu kan makanan orang Kelantan. Rupanya sarapan nasi kerabu tu biasa. 

Tradisi rakyat Kelantan membawa ke Penang ke macamana? Sama juga lah kat sini, ada kedai orang Kelantan jual nasi kerabu pagi-pagi. Dulu masa di Penang tak pernah menjamu selera pagi pagi bernasi kerabu.

Duduk seremban, kerap juga sarapan nasi kerabu. Nasi kerabunya pulak menepati selera kita. Memang selalulah akan ulang membeli. Sebungkus RM6 tak silap ke RM7 macam tu lah. Kali ni dapat ayam saiz kecil sikit tapi sebungkus lagi dapat 2 ketul ayam. Kira cover yang saiz kecil ni lah. 

Alhamdulillah...

Maliki Tomyam - Sikamat (HQ)
1, Persiaran Desa Rhu 1, Taman Desa Rhu, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

16 comments:

  1. Peniaga Kelantan ada di mana-mana. Cuma nak cari yang betul-betul sedap tu yang susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Merata pelusuk negeri ada kedai kelantan. Pernah cuba kedai lain tapi kurang. Kedai ni jugak jadi pilihan.

      Delete
  2. Swlalu nampak pepagi kat situ ada org jual sarapan...nanti boleh cuba la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba nanti kak, ada nasi kerabu dan nasi dagang. Ayam bakar dia sedap!

      Delete
  3. Saya boleh makan, tapi kureng sikit nasi kerabu ni. Tak kena dengan tekak rasanya

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa.. Favourite saya.. wow.. mkn ngn sambal gesek ehhh.. niceee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sma favourite kita! Makan dengan sambal gesek pun sodap nona.

      Delete
  5. Ish...nampak nasi kerabu...rasa nak mengidam pulak la

    ReplyDelete
  6. Teringat beberapa tahun lepas pergi Kota Bharu, Kelantan. Awal pagi kami dibawa untuk sarapan. Memang menu utamanya nasi kerabu. Apalagi kami pun makan sajalah, sebab lepas itu nak ukur jalan dan boleh bakar kalori.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang dah bawa kita makan je lah kan. Dapat merasai pengalaman cara hidup masyarakat sana pagi pagi sarapan nasi kerabu. Dapat pulak nasi kerabu original Kelantan.

      Delete
  7. Saya pun tahu nasi kerabu saat masih study di Penang kak 😁. Karena di USM ada banyak students dari Kelantan. Waktu itu ada semacam bazar juga di kampus, dan salah satunya menjual nasi kerabu nih. Saya sukaaa rasanya. Tapi ntahlah kalo rasa Asli di Kelantan memang seperti itukah, atau yang di Penang sudah disesuaikan dengan lidah Penang?

    Tahun depan planning ke Malaysia lagi, saya nak main ke kelantan juga. Pengen rasa nasi kerabu asli di sana 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..patutlah pun. Sedap kan! Saya pun kurang pasti sebab tak pernah lagi makan yang asli di Kelantan. Mungkin lagi sedap agaknya.

      Nanti bolehlah Fanny cuba rasa yang asli di Kelantan. Selamat datang ke Malaysia dan cuti di Kelantan :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.