Telefilem Dania (TV3)

Azhafizah MN
By -
12

Tonton Telefilem Dania bersiaran pada hari Ahad, 23 Oktober 2022, pukul 9:00 malam di slot Cereka Ahad TV3. Telefilem Dania dibintangi pelakon Puteri Balqis, Aedy Ashraf, Fezrul Khan, Aida Aris dan ramai lagi. Juga boleh tonton Telefilem Dania online streaming menerusi portal tonton.

telefilem dania tv3

TELEFILEM DANIA

Waktu siaran : Ahad, 23 Oktober 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Cereka Ahad TV3
Penulis skrip : Eenaz Mokhtar
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

  • Puteri Balqis sebagai Dania
  • Aedy Ashraf sebagai Luqman
  • Fezrul Khan sebagai Cikgu Bahar
  • Aida Aris sebagai Aida (ibu Dania & Luqman)
  • Nafiez Zaidi sebagai Akif (Wartawan)
  • Wafariena Roslan sebagai Peguam Dania
  • Qistina Khalid sebagai Sarimah
  • Gambit Saifullah sebagai Cikgu Adnan
  • Rashidah Jaafar sebagai Pengetua
  • Raff Roslie sebagai kawan Akif (wartawan)
  • Ena Pakwan sebagai Anisah
  • Muhammad Harminder sebagai peguam Cikgu Bahar

SINOPSIS TELEFILEM DANIA

Dania ketika remaja, seorang yang suka menyendiri dan rakan sekelasnya nampaknya sentiasa mengelak daripada rapat dengannya di sekolah. Abangnya Luqman, bimbang dia bersikap antisosial. Sehinggalah dia berkawan dengan seniornya, Sarimah.

Sarimah menjaga Dania dengan baik dan menjamunya dengan makanan, dan Dania berasa yakin dengannya. Sarimah memperkenalkan Dania kepada Cikgu Bahar untuk tuisyen percuma. Semuanya baik-baik saja sehingga keadaan menjadi kacau apabila Cikgu Bahar mengambil kesempatan ke atas Dania dan merogolnya.

Berang dan malu, Dania mengalami kemurungan berikutan kejadian ini. Luqman hanya mengetahui selepas banyak menyoal apabila menyedari sesuatu yang tidak kena pada Dania. 

Guru itu kemudiannya ditangkap, tetapi kesnya ditolak apabila mahkamah tidak dapat membuktikan Dania adalah seorang remaja di bawah umur yang menyedihkan kerana kad pengenalannya tidak dapat digunakan sebagai bukti.

Ikuti kempen dan perjuangan panjang Dania dan Luqman ketika mereka berjuang untuk membuktikan kesnya dan tidak bersalah.

TELEFILEM DANIA

Dania tinggal bersama ibunya dan abangnya yang baru pulang ke rumah dan menetap bersama mereka. Mereka hidup serba kekurangan dimana ibunya bekerja sebegai pengawal dan pembantu kedai untuk menampung kehidupan mereka.

Ayah Dania telah tinggalkan mereka sekeluarga bersama perempuan lain dengan hutang keliling pinggang. Ibunya terpaksa menanggung beban hutang suaminya itu. Jiran jiran pula asyik sibuk mengata tentang Dania sehinggakan ibunya rasa tertekan dan marah marah pada Dania.

Di sekolah Dania seringkali tidur dalam kelas. Semasa dia mencuci muka di tandas, dia telah berkenalan dengan Sarimah. Dari situ mereka bertambah rapat. Sarimah selalu berikan Dania gula getah dan belanja makan.

Satu hari lepas waktu sekolah, Sarimah ajak Dania pergi ke bandar. Di situ mereka berjumpa dengan Cikgu Bahar, Cikgu Tuisyen Sarimah yang sedang mengajar murid lain di sebuah kedai makan. Cikgu Bahar belanja Dania dan Sarimah makan.

Cikgu Bahar mula mendekati mereka dan memberikan hadiah. Dania akhirnya mengambil tuisyen dengan Cikgu Bahar yang mengajar Sains & Matematik tanpa bayaran. Cikgu Bahar juga seringkali berikan Dania hadiah.

Semakin bersemangat Dania untuk belajar yang selama ni dia tak faham dan malas belajar. Satu hari Cikgu Bahar mengajak mereka untuk ke rumah nya makan-makan beramai-ramai. Sarimah kebetulan ada temujanji dengan kawannya. Dia menyuruh Dania pergi ke rumah Cikgu Bahar seorang diri. 

Sarimah meminta Dania jangan pulang dulu sebelum dia sampai. Dania akur dan terus pergi ke rumah Cikgu Bahar. Memandangkan masih awal, Dania minta izin Cikgu Bahar untuk pulang dahulu tapi Cikgu Bahar beria suruh Dania masuk dulu.

Sambil bersembang, Cikgu Bahar memuji kecantikan Dania. Dania mula rasa tidak senang mendengar dan ingin pulang ke rumah. Malangnya, Cikgu Bahar telah mengunci semua pintu rumahnya. Berlakulah episod hitam dalam hidup Dania.

Dania pulang ke rumah dan mengurungkan diri dalam bilik. Abangnya Luqman syak ada berlaku sesuatu pada Dania. Mujur ada kunci pendua dan mereka dapat buka pintu bilik. Dania mengamuk teruk dan menyuruh abang dan ibunya keluar.

Luqman ke sekolah mencari kawan Dania, Sarimah untuk bertanyakan tentang Dania. Luqman ternampak Cikgu Bahar memberikan duit pada Sarimah. Maknanya selama ni Sarimah dan Cikgu Bahar merancang semuanya. 

Luqman mengikuti kereta Cikgu Bahar sampai kerumahnya. Dia syak ada sesuatu yang tak kena dengan Cikgu Bahar. Lalu dia balik ke rumah bertanyakan pada Dania tentang Cikgu Bahar. Dania beritahu Luqman hal sebenar. 

Luqman terus kerumah Cikgu Bahar dan tanpa banyak soal dia memukul Cikgu Bahar. Cikgu Bahar ni terpaling penunggang agama. Depan orang dia baik bagai Malaikat. Sebenarnya dia bertopengkan syaitan!

Dania ingin membunuh diri, kebetulan Luqman sampai dirumah. Mereka berdua ke balai polis untuk buat aduan. Tapi mereka pulang dengan hampa kerana pihak polis seperti menyalahkan Dania keluar sorang diri dan berpakaian tidak sopan.

Luqman menyalahkan ibunya yang tidak memberikan perhatian kepada Dania kerana asyik memikirkan hal dengan ayahnya. Ibunya tersentak.

Cikgu Bahar ditahan pihak polis dan disoal siasat. Cikgu Bahar menafikan tuduhan tersebut. Dia memberikan keterangan bahawa Dania berbohong. Penduduk kampung dan jiran jiran Cikgu Bahar percaya bahawa Cikgu Bahar tidak melakukannya. Bertambah seronoklah Cikgu Bahar bila orang ramai lebih percaya pada dia.

Kes Dania sampai masuk ke mahkamah. Cikgu Bahar dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun. Cikgu Bahar sudah mendapat hukumannya. Tetapi sejak kejadian tersebut, Dania kemurungan dan memukul rakan yang mengejeknya.

Pengetua memanggil ibu Dania dan memaksa untuk Dania berhenti sekolah tetapi Dania enggan.

Tiba-tiba berita keluar Cikgu Bahar dibebaskan kerana tidak cukup bukti. Wartawan Akif ingin membantu Dania. Dia berasa Dania terperangkap. 

Ibu dan Luqman membuat rayuan ke mahkamah dengan bantuan seorang peguam. Dania mahu lawan habis-habisan. Dia pun taknak perkara ini berlaku kepada orang lain.

Luqman pergi ke rumah Cikgu Bahar dan nampak ada seorang pelajar bersama dengan Cikgu Bahar. Semasa itu, wartawan Akif datang ke rumah untuk bantu Dania tegakkan keadilan.  Luqman sampai dan menghalang wartawan untuk menemubual Dania.

Luqman nekad untuk membunuh Cikgu Bahar tetapi dihalang oleh Dania. Mereka akhirnya bersetuju untuk mendapat bantuan wartawan untuk menegakkan keadilan. Itulah usaha terakhir mereka.

Walaupun sudah terlambat, sekurang kurangnya dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai dan ibu bapa supaya lebih berhati hati dan melindungi anak-anak mereka.

TAMAT

LAGU SISIPAN TELEFILEM DANIA

Lagu : Esok
Penyanyi : Amir Masdi

Lagu : Nelangsa
Penyanyi : Suki Low

Lagu : Misteri
Penyanyi : Ernie Zakri

Post a Comment

12Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Teringat pada Scha Al-Yahya pula saya membaca tajuknya :)

    ReplyDelete
  2. Tengok jugak. Menyampah sgt tengok cikgu jelatang tu.

    ReplyDelete
  3. ari tu nk tgk tp terlupa... huhuhu... byk org x puas hati ending ceta ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok cerita Korea pun banyak kes sebegini yang endingnya memang tak puas hati dengan hukumannya.

      Delete
  4. kesiannya Dania..
    tengok poster tu nampak nau gatalnya muka Cikgu Bahar tu...lepok kang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kesian dia jadi mangsa. Kawan pulak jahat. Ish ish..Fezrul Khan ni kalau berlakon watak macam ni memang kena betul.

      Delete
  5. Replies
    1. Betul. Dapat membuka mata dan fikiran orang ramai supaya lebih aware.

      Delete
Post a Comment