Buah Rock Melon Lah Pula

Azhafizah MN
By -
10

Dah lama tak membeli buah rock melon. Asyik mangga, mangga dan mangga. Sesekali ubah selera sikitlah kan. Buah rock melon ni kadang payah nak jumpa. Pantang nampak mesti nak beli. Beli separuh biji dengan berat 1.188kilogram berharga RM9.49 di Mydin.

Buah rock melon atau dipanggil cantaloupe, tembikai wangi sejenis buah premium. Rupa dia seakan akan buah tembikai susu tapi saya kurang gemar tembikai susu. Lebih suka buah rock melon.

Di Jepun, buah rock melon yang dikenali sebagai 'Yubari King' dijual pada harga yang sangat mahal. Boleh dikatakan buah rock melon ni adalah spesis buah kayangan yang mewah. 

rockmelon

Kalau pandai berkebun dan kena dengan cara tanam rock melon yang betul, lepas tu jual buah rock melon boleh untung banyak. Khasiat buah rock melon pun banyak selain menyejukkan badan. Makan sejuk sejuk pun sedap. Potong-potong letak dalam kulkas. Lepas tu makan masa cuaca panas, nikmat ya amat!

Dengan kerangupan dan kemanisan tu, memang sedap menikmati buah rock melon. Tapi sayang yang saya beli ni kurang manis sikit tapi masih sedap dinikmati.

Selain sedap dimakan begitu saja, sedap juga dibuat minuman seperti coolblog Yubari Melon Geisha Garden sempena Sukan Olimpik 2020 dulu. Sedap juga!

Tags:

Post a Comment

10Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Akak pulak lebih suka tembikai susu. Kenapa tah, kurang gemar rasa rock melon yang rangup tu.

    ReplyDelete
  2. antara buah yang menjadi kegemaran saya tu...

    ReplyDelete
  3. Rock melon manis memang sedap, tapi kalau dapat yang kurang manis, cuma dapat rasa rangupnya sajalah kan Fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah Kak Amie. Dapat rangupnya saja tanpa rasa rock melon manis.

      Delete
  4. Saya lebih suka honeydew. Citarasa masing-masing kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honeydrew sedap juga cuma kalau ada dua dua saya pilih rock melon. Betul betul, selera masing masing :)

      Delete
  5. Kesukaan Sha ini.. Kalau dapat yang manis, memang puas hati..

    ReplyDelete
Post a Comment