Drama Roti Cicah Susu (Astro Ria)

Azhafizah MN
By -
2
Tonton Drama Roti Cicah Susu, drama terbaru Astro Ria mula bersiaran pada 10 Oktober 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 11:00 malam di saluran Astro Ria. Juga boleh tonton strim secara lansung online di Astro Go.

Drama Roti Cicah Susu merupakan drama adaptasi novel karya Liza Nur (2011) dengan tajuk yang sama ' Roti Cicah Susu' dibintangi pelakon Haneesya Hanee, Syazuwan Hassan, Fad Anuar, Farahdhiya, Dato' Fizz Fairuz dan ramai lagi.

roti cicah susu

DRAMA ROTI CICAH SUSU

Mula siaran : 10 Oktober 2022
Waktu siaran : Isnin - Khamis, pukul 11:00 malam
Siaran TV : Slot Megadrama Astro Ria atau strim di Astro GO
Penulis skrip : Ayuni Zamani
Penulis novel : Liza Nur
Pengarah : Azman Hj Yahya & Sheila Rusly
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

  • Haneesya Hanee sebagai Qaseh Umaira
  • Farahdhiya sebagai Arissa
  • Aida Aris sebagai Ratna
  • Sharifah Shahora sebagai Puan Markissa
  • Safwan Nazri sebagai Lutfi
  • Afifah Nasir sebagai Hernani
  • Fad Anuar sebagai Dr. Emran Mikhail
  • Dato' Fizz Fairuz
  • Syazuwan Hassan
  • Riezman Khuzaimi
  • Hazeeq Dean

SINOPSIS DRAMA ROTI CICAH SUSU

Kisah empat orang anak yatim piatu yang dibesarkan di sebuah rumah kebajikan yang diberi nama Teratak Markissa iaitu Qaseh Umaira @Mai (Haneesya Hanee), Elmiyya @Elmy, Arissa @ Aris (Farahdhiya) dan Aiman @Ayim. 

Sebelum mereka dewasa, keempat-empat mereka terpisah apabila sesuatu berlaku di Teratak Markissa angkara Geng Tengkorak. Teratak Markissa musnah dan Rumah tersebut terpaksa ditutup.

Qaseh Umaira terpaksa tinggal bersama si kaki dera. Ayim pula diserahkan kepada Haidar, konco kanan Geng Terkorak. Walaupun bergelar penjenayah, Ayim benci pada keganasan dan sikap kejam Haidar. Hobinya adalah membaca novel-novel cinta hasil karya Widad Qameela.

Bagaimana pula dengan rakan-rakan lama mereka yang lain?

Selepas 15 tahun berlalu, mereka semua bertemu semula dan cuba untuk mencari jawapan tentang apa yang berlaku dulu sehingga membuka banyak rahsia yang tak sepatutnya diketahui.

Qaseh Umaira, seorang wartawan yang obses dengan isu berat khususnya Kes Kumpulan Tengkorak. Umaira turun ke tapak kes untuk mencari cerita namun setiap penulisannya tentang isu ini sering ditolak oleh editornya.

Umaira tidak dapat melupakan pertemuan tidak sengajanya dengan Ayim. Hal ini menyebabkan dia mula terkenang dan rindu pada keluarga Teratak Markissa.

Arissa dan Emran bergaduh mulut setelah terlibat dalam kemalangan. Umaira kini perlu menghadiri sebuah majlis elit dan akhirnya bertemu dengan Emil.

Arissa hairan bagaimana gambar Ibu Markissa ada di dalam simpanan Datuk Ratna. Umaira memesan hidangan roti cicah susu di kedai makan menyebabkan Arissa yang berada di meja sebelah terkejut.

Ibu Markissa memarahi Datuk Ratna yang tiba-tiba muncul setelah 15 tahun menghilang. Datuk Ratna ingin berjumpa dengan anaknya namun dihalang oleh Ibu Markissa.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Tengok iklan hari tu macam best. Tajuk macam cerita kelakar or tema kemasyarakatan, tapi sinopsis macam thriller pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. confused juga tajuk dan sinopsisnya. Macam misteri tapi tajuk macam komedi gitu. Kena tengoklah nak tahu isinya :)

      Delete
Post a Comment