Header Ads

Resipi Sardin Masak Lemak Cili Api


Gara-gara tertengok TikTok Farin Hashim, Luaran New York Dalaman Pilah tu tergoda dengan dia masak Sardin masak lomak cili api. Jadinya, menu tengahari semalam sardin masak lemak cili api atau dipanggil gulai lemak.

Suka dengan lenggok loghat Nismilan dia. Menarik halwa telinga mendengar. Berbalik kepada menu sardin masak lemak cili api. Saya tak ikutlah cara dan resipi dia masak. Masak ikut cara sendiri, cuma ambil idea menu je.

Bila tengok menu sardin masak lemak cili api ni rasa macam dah lama juga tak masak sardin gulai bersantan. Asyik sambal sardin je kan. Sedap juga dibuat gulai atau masak lemak cili api.

resepi sardin masak lemak cili api

baca juga : 

Resipi gulai lemak sardin

Bahan-bahan
1 tin sardin
3 biji bawang merah rose *
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
Cili api*
2 sudu cili kering kisar
santan
1 keping asam keping
1 batang serai *diketuk
garam secukup rasa
air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara masak gulai lemak sardin

  1. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda*. 
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk dan serai sampai naik bau dan agak garing.
  3. Masukkan cili kering kisar dan kacau rata. Biarkan sampai pecah minyak.
  4. Masukkan sardin dan juga sosnya. Masukkan santan dan air secukupnya. Perasakan dengan garam, masukkan asam keping sekali. Biarkan sampai mendidih guna api perlahan. Sesekali kacau. Siap!
Nak lagi sedap, asingkan sardin dengan sosnya. Goreng sekejap sardin. Tapi cara ni leceh dan berkecah dapur sebab minyak terpercik-percik. 

Selain masak gulai sardin tin macam ni, boleh juga masak gulai sardin campur pucuk ubi atau gulai sardin tanpa santan. Gulai sardin segar pun sedap juga. 

Tak nak guna asam keping, boleh gantikan belimbing buluh. Jadikan gulai sardin belimbing buluh. Ikut selera masing-masing. 

Sardin masak lemak cili api saya nampak macam kemerahan pulak. Terlebih warna merah sebab tambah cili kering kisar agaknya kot. Ditambah pulak dengan sos sardin tu. Mahunya tak warna merah gitu. 

Kalau tengok rupa macam tu orang akan cakap gulai. Sekali imbas macam sambal sardin. Saja letak kuah sikit biar nampak ada sardin. Kang letak kuah penuh, tenggelam pula sardinnya. Dah ambil gambar baru kita tambah kuahnya untuk dihidangkan.

Jangan pandang pada rupa. Asalkan sedap sudahlah...

4 comments:

  1. Replies
    1. Sedap masak tambah santan. Kuah pekat memikat :) Nanti boleh buat KakSha.

      Delete
  2. Inilah meriahnya dunia masakan. Bak kata Cik Mat Gebu, Dapur Tanpa Sempadan! Kreativiti masak-memasak tiada hadnya. Sardin tin memang sedap. Apabila dipelbagaikan cara memasaknya, bertambah-tambahlah sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu Kak Amie. Dari se tin sardin tu macam macam resipi kita boleh olahkan ikut cara dan selera kita :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.