Telefilem Selirat (TV9)

Tonton Telefilem Selirat bersiaran pada hari Jumaat 28 Oktober 2022 pukul 8:30 malam di Slot Skrin di 9 TV9. Telefilem Selirat dibintangi pelakon Shukri Yahaya, Izzue Islam, Aman Graseka, Aman Graseka, Tiz Zaqyah dan ramai lagi.

telefilem selirat tv9

TELEFILEM SELIRAT

Waktu siaran : Jumaat, 28 Oktober 2022, pukul 8:30 malam
Siaran TV : Slot Skrin di 9 TV9
Penulis skrip : Mahizan Husain & Eenaz Mohtar
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : EJ Pictures Sdn. Bhd.

PELAKON TELEFILEM SELIRAT

  • Shukri Yahaya
  • Izzue Islam
  • Aman Graseka
  • Tiz Zaqyah
  • Rania
  • Mimi Lana
  • Meor Mohd
  • Adam Corrie

SINOPSIS TELEFILEM SELIRAT

Azrul dan Madi menjadi bahan permainan seorang ketua gangster bernama Dharma. Dharma sengaja mengatur pertarungan antara Azrul dan Madi semata-mata untuk membalas dendam terhadap Azrul.

Bapa Madi telah dibunuh oleh Dharma kerana gagal membayar hutang. Azrul pula telah bercerai dengan Intan anak saudara Dharma.

Kali orang kanannya ditugaskan untuk merancang dan menjalankan pertarungan ini. Azrul dan Madi akhirnya terpedaya dan bertaruh demi menuntut hak masing-masing. Setelah mereka tersedar yang mereka ditipu akibat perancangan Dharma, mereka akhirnya bergabung untuk memburu Dharma.

4 comments:

  1. laaa mlm td rupanya... sy lyn siaran lain😁

    ReplyDelete
  2. ada tengok sikit-sikit sebelum ayah tukar tengok badminton. menyampah tengok watak Kali tu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok sikit je lah dapat ye. Kalau dah watak jahat, orang tengok pun menyampah kan...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.