Header Ads

Nama Nama Jenis Kucing Dan Gambarnya


Menarik untuk dikongsikan nama nama jenis kucing dan gambarnya sekali. Rindu pulak kucing-kucing yang pernah kami bela dulu. Dari beli 2 ekor sampai beranak pinak.

Ada bagi kat orang, ada yang jual dan ada yang mati. Semua tu baka mixed breed dari jenis kucing Persian yang juga mixed breed. Jenis bulu panjang dan muka penyek.

Sekarang seekor kucing pun tak ada dah. Yang ada bela dulu pun dah mati sebab sakit sporo dan ada yang hilang tanpa berita. Teringin nak ada kucing macam scottish fold, british shorthair, british longhair dan persian sekali lagi. 

Encik suami pula suka kucing jenis Ragdoll. Tapi itulah terpaling mahal oii..Tunggulah ada modal banyak bolehlah membeli dan membela. Nak membela kucing peliharaan ni kena banyak modalnya.

Diet dia bukan biasa biasa. Kalau tak di bagi Royal Canin, tak mahunya dia nak makan. Tetap nak Royal Canin, blackwood kadang nak kadang tak. Itu baru bab makan je. Belum masuk bab lain lagi.

Taraf hidup dorang ni level T40. Komitmen tinggi dan banyak kena melabur. Kan? Yang pernah jaga kucing je tahu perbelanjaan dia macamana.

Jom kenali nama nama jenis kucing dan gambarnya. Awas entri panjang dan banyak gambar.

Nama Jenis Kucing Dan Gambarnya

jenis jenis kucing
 
Jenis kucing Abyssinian
Abyssinian adalah sejenis kucing berbulu pendek jenis domestik dengan corak bulu "berdetak" khas, dimana setiap bulu mempunyai warna yang berbza. Dalam istilah nomeenklatur, mereka juga dikenali sebagai Abys. Baka ini diberi nama Abyssinia, nama tempat ia dipercayai berasal.

jenis jenis kucing

Jenis kucing American Curl
American Curl adalah baka kucing yang mempunyai telinga yang agak pelik, yang melengkung dari muka ke arah belakang kepala. Berhati hati kerana Ameerican Curl sangat sensitif dan harus ditangi denegan berhati-hati kerana jika terlalu kasar boleh merosakkan tulang rawan di telinga.

jenis jenis kucing

Jenis kucing American Shorthair
American Shorthair adalah keturunan kucing domestik yang dipercayai berasal dari kucing Eropah yang dibawa ke Amerika Utara oleh peneroka awal untuk melindungi kargo berharga dari tikus. Menurut Cat Fanciers Association, pada tahun 2012, ia adalah kucing keturunan ketujuh paling popular di Amerika Syarikat.

jenis jenis kucing

Jenis kucing American Wirehair 
American Wirehair adalah sejenis kucing domestik yang berasal dari New York. Pada tahun 2017, walaupun baka ini terkenal, ia digolongkan sebagai yang paling jarang ditemui dari 41 keturunan Cat Fanciers Associaton.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Balinese
Balinese adalah jenis kucing domestik berbulu dengan pewarnaan yang sama seperti kucing Siam dan mempunyai mata berwarna biru.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Bengal
Kucing Bengal adalah baka kucing peliharaan yang dihasilkan dari kacukan kucing domestik, Asian Leopard Cat dan Egyptian Mau yang menghasilkan kilauan emas pada bulu mereka. Kucing Bengal miliki penampilan yang liar dan bulu mereka mempunyai corak bintik-bintik, roset, tanda anak panah atau marble.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Birman
Birman juga disebut "Kucing Suci Burma" adalah keturunan kucing domestik. Birman adalah kucing berbulu panjang yang berwarna dibahagian hujung, mata berwarna biru tua dan seakan memakai "sarung tangan" atau "setokin" putih. Nama ini diambil dari perkataan Birmanie, yang bermasud Burma dalam bahasa Perancis.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Bombay Cat
Kucing Bombay adalah sejenis kucing berbulu pendek yang dihasilkan dari kacukan kucing American Shorthair hitam dan kucing Burmese, untuk menghasilkan kucing yang mempunyai bulu berwarna hitam yang menawan seperti harimau kumbang. Bombay adalah nama yang diberikan kepada kucing hitam dalam kumpulan benua Asia.

jenis jenis kucing

Jenis kucing British Longhair
Longhair Bristish adalah jenis kucing domestik berukuran sederhana dari berbulu panjang, yang berasal dari Great Britain.

jenis jenis kucing

Jenis kucing British Shorthair
Kucing British Shorthair adalah versi keturunan kucing domestik tradisional Britain, dengan badan yang gebu, koot bulu yang padat, dan wajah yang lebar. Warna bulu yang paling dikenali adalah "British Blue" yang berwarna kelabu-biru, mata berwarna teeembaga, dan ekor bersaiz sederhana.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Burmese
Kucing Burma adalah keturunan kucing domestik, yang berasal dari Thailand, yang dipercayai berasal dari sempadan Thai-Burma dan membiak di Amerika Syarikat dan Britain.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Chartreux
Chartreux adalah baka kucing yang jarang ditemui dan berasal dari Perancis. Chartreux berbadan besar dan berotot dengan anggota badan yang agak pendek, bertulang halus, dan refleks yang sangat cepat.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Cornish Rex
Cornish Rex adalah baka kucing peliharaan, Cornish Rex tidak mempunyai bulu kecuali bulu dalaman. Seekor kucing mempunyai tiga lapisan bulu : lapisan luar atau "bulu pengawal". lapisan tengah yang disebut "bulu awan"; dan bulu dalaman atau lapisan bawah yang sangat halus dan panjangnya kira-kira 1cm.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Devon Rex
Devon Rex adalah jenis kucing lincah, bertelinga besar, berbulu pendek yang dijumpai di England pada akhir 1950-an. Mereka terkenal dengan badan langsing, bulu yang bergelombang, dan telinga yang besar.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Egyptian Mau
Egyptian Mau adalah keturunan kucing berbulu pendek dan bersaiz kecil-sederhana. Mereka adalah salah satu daripada beberapa baka kucing yang dijaga secara semula jadi. Bintik-bintik Mau hanya terdapat pada hujung bulunya. 

jenis jenis kucing

Jenis kucing European Shorthair 
European Shorthair yang dinamakan sebagai Europian dalam FiFe dan WCF adalah keturunan kucing yang berasal dari Sweden. Istilah ini juga telah digunakan sebagai cara untuk merujuk kepada kucing domestik yang selalu dijumpai di Eropah, menyebabkan kekeliruan kerana kucing silsilah keturunan ini juga harus menyerupai kucing domesti yang biasa di Eropah.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Exotic Shorthair
Exotic Shorthair adalah baka kucing yang dinamakan sebagai versi Parsi berambut pendek. Kucing Exotic mirip kucing Parsi dalam banyak aspek, termasuk perangai, hidung penyek dan wajah yang rata dan berbulu pendek.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Havana Brown
Havana Brown adalah hasil pembiakan terancang antara kucing hitam Siam dan kucing domestik oleh sekumpulan penggemar kucing di England pada tahun 1950-an. Penternak awal memperkenalkan Russian Blue jenis Siam ke dalam pembiakan mereka.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Himalayan
Himalayan adalah keturunan kucing berbulu panjang yang mirip dengan jenis Parsi, kecuali matanya yang berwarna biru dan bulunya yang berwarna di bahagian hujung.  Ia hasil kacukan kucing Parsi dan kucing Siam.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Japanese Bobtail
Bobtail Jepun adalah keturunan kucing domestik dengan ekor kontot menyerupai ekor arnab. Jenis ini berasal dari Jepun dan Asia Tenggara, walaupun sekarang terdapat di seluruh dunia.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Kampung Hensem
Kucing kampung Hensem dinobatkan kucing terbaik di dunia. Baka ini terkenal dengan sifat berani dan berkebolehan untuk terus hidup dalam keadaan persekitaran yang bahaya. Kucing baka ini seringkali melindungi keluarga manusia mereka dengan membunuh ular, tikus, cicak dan lipas.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Korat
Kucing Korat adalah kucing domestik berwarna biru-kelabu, berbulu pendek dan badannya mempunyai peratusan lemak yang rendah. Badannya separa sado, dan agak berat. Ia adalah kucing aktif yang cerdik dan suka bermain dan menyanyangi orang.

jenis jenis kucing

Jenis kucing La Perm
LaPerm adalah baka kucing yang berbulu kerinting dengan ikal yang paling serabut di bahagian perut, tengkuk, dan pangkal telinga. LaPerm ada pelbagai warna dan corak. LaPerm umumnya mempunyai kerperibadian yang sangat penyayang.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Lykoi
Lykoi adalah mutasi semula jadi dari kucing domestik berbulu pendek yang kelihatan seperti 'were-wolf'. Mutasi ini berlaku pada kucing domestik sejak 10 tahun yang lalu. Ujian DNA telah dilakukan oleh UC Davis untuk mengesahkan bahawa kucing ini tidak ada gen seperti Sphynx/ Devon. Baka ini dihasilkan di Vonore, Tennesseee.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Maine Coon
Maine Coon adalah baka kucing peliharaan terebesar. Ia mempunyai penampilan fizikal yang khas dan kemahiran memburu. Ia adalah salah satu baka semula jadi yang tertua di Amerika Utara, khususnya berasal dari negeri Maine, dimana ia adalah kucing rasmi negeri tersebut.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Manx
Kucing Manx adalah keturunan kucing domestik yang berasal dari Isle of Man, dengan mutasi yang berlaku secara semula jadi yang menyebabkan ekornya pendek.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Minskin
Minskin adalah keturunan kucing yang berasal dari kacukan Munchkin dengan Sphynx

jenis jenis kucing

Kucing jenis Munchkin atau Lowered
Kucing Munchkin atau kucing 'sosej' adalah baka kucing yang baru mempunyai kaki yang sangat pendke. Ini disebabkan oleeh mutasi genetik semula jadi. Munchkin di anggap sebagai keturunan kucing kerdil yang asli.

jenis jenis kucing

Kucing jenis Nebelung
Nebelung adalah keturunan kucing peliharaan yang jarang ditemui. Nebelung mempunyai badan yang panjang, mata hijau yang lebar, bulu yang panjang dan lebat.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Norwegian Forest Cat
Kucing hutan Norway adalah keturunan kucing domestik yang berasal dari Eropah Utara. Baka semula jadi ini sesuai dengan iklim yang sangat dingin, dengan lapisan bulu panjang yang berkilat di bahagian luaran manakala lapisan bulu tebal padat di sebelah dalam yang bertindak sebagai penebat cuaca sejuk.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Ocicat
Ocicat adalah sejenis kucing jenis domestik yang menyerupai kucing liar tetapi tidak mempunyai DNA liar. Baka ini agak pelik kerana ia kelihatan sepeerti kucing liar tetapi mempunyai perangai yang lembut seperti haiwan peliharaan yang lain. Ia dinamakan Ocicat kerana mirip ocelot.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Oriental Shorthair
Oriental Shorthair adalah baka kucing domestik yang dikembangkan dari dan berkait rapat dengan kucing Siam. Ia mengekalkan jenis kepala dan badan Siam moden tetapi terdapat dalam pelbagai warna dan corak mantel.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Persian
Kucing Parsi adalah kucing berbulu panjang dengan wajah bulat serta muncung pendek. Ia juga dikenali sebagai "Parsi bulu panjang" di negara-neeegara berbahasa Inggeris. Di wilayah Timur Tengah, mereka dikenali sebagai "Kucing Shirazi" dan di Iran mereka dikenali sebagai "Kucing Shiraz".

jenis jenis kucing

Jenis kucing Peterbald
Peterbald adalah baka kucing yang berasal dari Rusia. Ia dihasilkan di St. Petersburg pada tahun 1994 dari pembiakan eksperimen oleh Olga S.Mironova. Mereka menyerupai Oriental Shorthairs dengan gen bulu gugur. Keturunan ini diterima untuk pertandingan kelas Championship pada tahun 2009.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Pixie-bob
Pixie-bob adalah keturunan kucing domestik yang dikatakan sebagai keturunan hibrid yang berlaku secara semula jadi. Walau bagaimanapun, ujian DNA gagal mengesan gen penanda bobcat, dan Pixie-bo dianggap sepenuhnya domestik untuk tujuan pemilikan, pendaftaran kucing, serta import dan eksport.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Ragamuffin
Ragamuffin adalah baka kucing domestik/peliharaan. Ia adalah sejenis kucing Ragdoll dan pada tahun 1994 telah disahkan sebagai baka yang baru. Ragamuffin terkenal dengan keperibadian mereka yang ramah dan juga bulunya yang tebal seperti arnab.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Ragdoll
Ragdoll adalah baka kucing dengan bulu berwarna di bahagian hujung seperti ekor dan telinga. Ragdoll juga bermata biru dan mempunyai bulu separa panjang yang lembut seperti sutera serta badan bersaiz besar dan berotot.

Dikembang oleh penternak Amerika Ann Baker pada tahun 1960-1n, mereka terkenal dengan perangai yang jinak dan tenang serta sifat penyayang.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Russian Blue
Russian Bluee adalah keturunan kucing yang mempunyai jenis warna yang berbeza dari warna perak berkilat hingga ke kelabu gelap. Lapisan bulu mereka yang pendek serta padat menjadi ciri khas baka kucing dari Rusia ini selama lebih dari satu abad. Bulu yang padat membuatkan ia kelihatan sangat menawan.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Savannah
Savannah adalah baka kucing kacukan antara 'Srval' dan kucing domestik.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Scottish Fold
Scottish Fold adalah keturunan kucing domestik dengan mutasi gen dominan semula jadi yang mempengaruhi tulang rawan di seluruh badan menyebabkan teeelinganya berlipat ke arah depan kepala yang memberikan penampilan seakan "burung hantu".

jenis jenis kucing

Jenis kucing Selkirk Rex
Selkirk Rex adalah baka kucing dengan bulu yang sangat kerinting.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Siamese/ Siam
Kucing Siam adalah salah satu baka kucing yang pertama dikenali di Benua Asia. Berasal dari daratan Wichianmat, salah satu dari beberapa jenis kucing yang asalnya dari China dan dibawa ke Thailand. Kucing Siam asli mnjadi salah satu baka yang paling popular di Eropah dan Amerika Utara pada sekitar abad ke-19.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Siberian Cat
Kucing Siberian adalah kucing domestik Rusia sejakk berabad-abad lamanya yang mana baru-baru ini telah dijadikan sebagai baka rasmi di seluruh dunia sejak akhir 1980-an. Kucing Sibrian boleh didapati dari saiz sederhana hingga besar.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Singapura
Singapura adalah salah satu baka kucing yang terpencil, terkenal dengan mata dan telinganya yang besar, lapisan bulu berwarna coklat dan ekor pendek.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Snowshoe Cat
Snowshoe adalah keturunan kucing yang berasal dari Amerika Syarikat pada tahun 1960-an. Snowshoe pertama kali dihasilkan di Philadelphia apabila seekor kucing Siam meelahirkan tiga anak kucing dengan kaki putih.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Somali
Kucing Somalia adalah kucing Afrika yang berbulu panjang yang memepunyai gen resesif pada kucing Abyssinian, tetapi tidak diketaahui bagaimana gen tersebut diperkenalkan kepada kumpulan gen Abyssinian. Diprcayai bahawa mereka berasal dari Somalia, sepupu jauh kucing Abyssinian yang berasal dari Ethiopia.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Sphynx
Kucing Sphynx adalah baka kucing yang terkenal kerana tiada bulu. Ini merupakan mutasi genetik pada kucing yang berlaku semula jadi. Namun, baka kucing Sphynx telah dihasilkan melalui pembiakan selektif bermula pada tahun 1960-an.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Tonkinese
Tonkinese adalah baka kucing domestik yang dihasilkan oleh kacukkan antara kucing Siam dan kucing Burma. Mereka berkongsi banyak ciri keperibadian ibu bapa mereka yang aktif, suka bermain dan mempunyai corak warna dibahagian hujung badan dalam pelbagai warna.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Toyger
Toyger adalah keturunan kucing domestik, hasil pembiakan kucing domestik berbulu pendek untuk menghasilkan kucing yang menyerupai "mainan harimau", kerana garis-garis bulunya yang seakan-akan harimau.

jenis jenis kucing

Jenis kucing Turkish Angora
Kucing Angora Turki adalah baka kucing peliharaan yang merupakan salah satu keturunan kucing kuno dan semula jadi yang berasal dari Turki tengah, di Wilayah Ankara. Baka ini telah didokumentasikan seawal abad ke-17 dan dipercayai merupakan mutasi asal untuk warna putih dan bulu panjang.

sumber : OMG Meow

14 comments:

  1. Banyak betul baka² kucing.. Kalau peminat tegar kucing memang perlu ambil tahu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada banyak lagi ni. Betul, kena ambil tahu lagi lagi kalau nak membela kucing.

      Delete
  2. banyak nau jenis kucing. tak larat nak baca satu satu. saya tidak minat kucing sebab itu saya tak bela kucing kecuali masa remaja duduk di kampung dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah banyak jenis bakanya. Takpe, faham. Sekadar untuk info dan rujukan sendiri akan datang.

      Delete
  3. Kucing rumah akak tu siam mix kampung, tak keluar modal masa nak mula bela sebab dari kucing gelandangan pastu jadi kucing rumahan. Tapi sebab omaknya siam laki dia ada jenis kampung atau jenis bulu lebat kot itu anak nya mix. Ada yang muka siam biasa, ada yg siam bulu tebal, ada yang kampung tp bulu tebal... entah gasak sana tapi itulah 6 ekor tu pun 20kg makanan tak sampai sebulan dah abis, belum campur yang wet food lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mix breed dah macam² baka masuk. Tapi lebih persian lah. Fuhh 20kg tak sampai sebulan tu banyak modal jugak tu. Dulu banyak kucing sebab tu jual dan bagi orang. Selagi ada modal kita jaga kak. Kucing juga bawa rezeki :)

      Delete
  4. kucing2 akak sekarang golongan rakyat marhaen aje..hahahahah

    dulu pernah jugak la bela cross breed domestic malaysian short hair..kembang ekornya, tabby pattern macam american short hair, tapi da mati kene langgar musim raya..orang semua balik kampung..jiran bagitau ada kucing oren cantik kene langgar..Allahu, sedih sangat2 masa tu..

    then masa duduk dengan suami kat KL and Kedah, ada juga beberapa ekor kucing berbaka..tapi bila da pindah Johor, suami pun tak bela sangat diorang, hantar kat abang ipar..satu demi satu hilang dari radar..da takde da semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okaylah tu versi kucing kampung hensem. Sukanya tabby pattern. Sedihnya dia takde. Kucing saya sekor pun ada mati jugak terlanggar, tergelek tayar masa adik ipar masuk parking.

      Samalah kucing saya pun ada hilang dari radar. Entah kemana tak tahulah. Dah diambil orang, atau mati atau kemana..sabar je lah..tapi rindu..

      Nak bela kucing ni kena betul betul jaga. Tambah komitmen gitu.

      Delete
  5. Tergelak bila baca spesis kucing kampung hensem tu. Ada jugak yang saya tak pernah dengar macam Somali dan Russian Blue. Semua kucing comel dan ada keunikan sendiri. Even Sphynx. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, rasa tak logik pulak. Tapi dah dikata begitu. Sphynx tu saya tak bolehlah Sal, even tengok rasa tak terpegang nanti. Mungkin dah biasa dengan kucing yang berbulu.

      Delete
  6. rupanya terlallu banyak jenis kucing...kucing kamping still lejen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..dan mesti ada lagi jenis baka yang lain. Ye betul, kucing kampung still the legend one :)

      Delete
  7. sy peminat BSH. ya allah geramnyaaaaaa dgn makhluk tuhan warna kelabu. kalu dpt mmg habis kena gomol. nak bela, tgk laa harganya.... tggu org hadiahkan... lambertttt lg hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram tengok kan. Nak tunggu orang hadiahkan entah bilalah kan. Kena menabung nak membelinya. Modal besar juga tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.