Cendawan Enoki Murah dan Banyak Khasiat

Laku betul cendawan enoki sejak viral resipi cendawan enoki butter Anju tu. Kadang ada stok kadang licin kat rak tu. Benda viral, macam tu lah kan. Ada yang suka dah ada yang tak boleh terima rasa dia. Peminat cendawan enoki macam saya, memang sukalah.

Cendawan enoki ni agak susah nak kunyah ye. Silap-silap tak sempat kunyah terus telan masuk perut. Banyak resipi yang kita boleh olahkan dari cendawan enoki ni. 

Cendawan enoki masa apa sedap? Ini cadangan menu cendawan enoki. 
  • cendawan enoki masak tomyam
  • sup cendawan enoki
  • cendawan enoki tumis
  • nasi goreng cendawan enoki
  • cendawan enoki celup tepung
  • cendawan enoki goreng
  • cendawan enoki masak sos tiram
  • sayur campur bersama sayur lain
  • tambahan sayur dalam mi manggi
Ada lagi menu sedap cendawan enoki? Boleh tambah dalam ruangan komen. 

cendawan enoki

Dua tiga hari ni rancak pulak ramai mencuba buat popia cendawan enoki. Balut separuh cendawan enoki dengan kulit popia, lepas tu salut tepung bestari dan goreng. Tak lama lagi viral lah tu kan.

Macam nak cuba je sebab baru membeli stok cendawan enoki. Pesan kat encik suami beli 2 pek cendawan enoki. Balik-balik bawa 6 pek cendawan enoki! Rupanya ada triple pack. Biasa ada lose pack satu-satu je.

Sebelum ni tak pernah nampak jual triple pack pun. Satu pek pun harga RM1~2 lebih kot tak silap. Memang untung sangatlah ada triple pack ni. Murah pun murah. RM2.99 untuk 3 pek. Murah lah tu kan..

Beli juga white crab mushroom. Sedap juga ni kalau buat masak butter garlic, tumis atau campurkan dalam masakan berkuah seperti tomyam, sup atau mi maggi. White crab mushroom ni hampir macam tak ada rasa dan bau tapi sedap. Mudah dikunyah. 

cendawan enoki murah

Saya nampak sesetengah orang masak cendawan ni terus masuk je dalam kuali tanpa basuh terutamanya orang Korea atau Jepun. Cuma mereka potong akar lah dulu. Kita ni dah biasa sayur sayur ni potong dan basuh. Kan...

6 Khasiat cendawan enoki

1. Kaya dengan nutrisi penting

Cendawan enoki mengandungi vitamin B kompleks, vitamin D, vitamin E dan juga vitamin K.

2. Boleh melawan kanser atau tumor

Ekstrak cendawan enoki dikatakan mampu membantu menghalang pertumbuhan sel kanser payu dara. Juga turut boleh mematikan sel-sel kanser payudara dan seterusnya menghalang pembentukan koloni sel kanser.

3. Menguatkan sistem imun

Cendawan enoki mempunyai khasiat terbaik untuk memperkuatkan sistem imun dalam tubuh badan. Setiap orang memerlukan bekalan nutrien yang mencukupi untuk menghasilkan pertahanan terhadap bakteria dan penyakit.

Butang putih cendawan meningkatkan kematangan sel-sel sistem imun yang dipanggil ‘sel dendritik’, dari sumsum tulang.

4. Mencegah anemia

Cendawan enoki sebagai sumber besi yang baik yang dapat diserap oleh tubuh dalam pembentukan sel darah merah terutamanya kepada pesakit anemik yang dicirikan mempunyai tahap rendah besi dalam badan yang boleh menyebabkan pelbagai masalah.

5. Tinggi kalsium dan fosforus

Kandungan kalsium dan fosforus dalam cendawan enoki sangat tinggi dan baik untuk memperkuatkan tulang dan gigi.

6. Kalori rendah

Kandungan kalori dalam cendawan enoki hanya 20 kal dan sangat sesuai bagi mereka yang sedang dalam proses diet, juga boleh dibuat sebagai ‘snacking’ ketika lapar bagi mereka yang diet. 

Tapi cara masakan juga kena betul ye untuk kekalkan nutrisinya.

Sumber : https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=107140

14 comments:

  1. sedap enoki! sy suka.. sllu ltk dlm tomyam.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan cendawan enoki. Letak dalam tomyam syok makan meratah cendawan. hehe...

      Delete
  2. Anak dara Sha yang kecik, cukup suka enoki ini.. Buat goreng dengan tepung bestari.. memang layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? budak budak suka cendawan comel ni kot KakSha. Kalau cendawan tiram goreng tepung bestari pun dah sedap, inikan cendawan enoki. Confirm sedap!

      Delete
  3. Pernah nampak cendawan enoki balut kulit popia, celup tepung Bestari. Mesti sedap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu Kak Amie, tengok nampak macam sedap je. Nanti bolehlah cuba kan.

      Delete
  4. masak apa pun best enoki ni, paling akak suka masuk dalam tomyam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Masak apa pun sedap. Sedap kan kalau masuk dalam tomyam tu. Nak ratah je cendawan enoki tu. Hehe...

      Delete
  5. favourite ni.. Sedap.. Kalau buat sup sayur ke, tomyam ke, memang letak banyak2.. sedap ratah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..suka letak banyak sebab sedap meratah tu lah :)

      Delete
  6. suka cendawan ni, kalo buat tteokbokki mesti nak letak dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak dalam kimchi jjigae banyak banyak pun sedap ni kan. Enoki kegemaran ramai :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.