Header Ads

Semangkuk Mi Maggi Untuk Pencinta Sayur


Asal petang je hujan, asal hujan je petang. Cuaca tak menentu sekarang ni. Bila hujan turun, perut mulalah meminta minta. Terasa nak makan mi maggi lah pulak. Masak mi maggi jenis berkuah sedap hirup panas panas semasa hujan ni.

Apa tunggu lagi. Ke dapurlah kita. Didihkan air, rebuskan mi maggi dan toskan. Panaskan minyak masak sesudu, tumiskan cili api dan bawang putih. Masukkan air dan udang seketul dua. Kemudian masukkan cendawan tiram, white crab mushroom dan sawi bunga.

Masukkan mi maggi yang dah direbus tadi. Akhir sekali baru masukkan perencah mi maggi dan kacau rata. Baru terasa rasa kari tu. Kalau letak awal nanti rasa kari tu kurang sebab rasa cendawan tu take over. Begitulah masak maggi ikut selera saya. Lain mulut, lain selera.

resepi mee maggi kari sedap gila

Sedap ditambah cendawan banyak. Mulanya nak letak cendawan tiram je tapi ada stok white crab mushroom tu, nak habiskan campur je dalam mi maggi. Sedap pun sedap! Inilah dia semangkuk mi maggi untuk pencinta sayur. 

Ikutkan nak tambah taugeh, tauhu dan kobis. Ehhh..dah macam kimchi jjigae lah pulak. Kalau ada kimchi ni lagi sedap campur dalam mi maggi. Dengan rasa masam masam dia tu kan. 

Telur bukan lupa letak, saja biarkan mi maggi tanpa telur. Rupa tak berapa nak menawan tapi selera itu tertawan sudah.

22 comments:

  1. perghhh rajin nya dia letak sayur2 heheh... kita slalu buat kosong je.. paling pun just letak telur je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sayur baru sedap makan. Suka sayur lagi daripada telur. Kadang kosong pun layan juga kalau dah takde stok rencah lain :)

      Delete
  2. Sedapnya maggi ada tambah sayur macam-macam. Mrs. A kalu maggi bodo jer hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kalau ada stok kak. Kalau takde, kosong bodo gitu pun berselera makan :)

      Delete
  3. Rupa dah cukup menawan tu Fiza, macam2 ada.

    Samalah kat utara ni, hampir tiap petang hujan. Ni tadi hujan juga, tapi dah panas balik. Bolehlah sambung jemur baju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..letak apa yang kita suka :)

      Itulah tu, hujan setiap petang. Kadang kejap kadang lama hujan dengan mendung gelap. Lambat sikit baju kering.

      Delete
  4. Replies
    1. Kann...dia macam makanan terpaling sedap masa hujan :)

      Delete
  5. Wah, mi maggi kayangan ni Fizah. Macam-macam ada, udang, cendawan, sawi bunga...memang sedap tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kayangan bawah sikit kak Amie, nak lagi kayangan kena ada telur sebiji tu. hehehe...

      Delete
  6. Bagi saya habis menawan dah ni. Lapar pulak baca ni dalam bas on the way balik keje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..menawan selera. Memang lapar kalau balik kerja nampak makanan. Harap dapat menjamu selera sedap sedap balik kerja :)

      Delete
  7. Musim hujan ini kalau makan maggi malam-malam memang best. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Nikmat betul kalau dapat makan maggi masa hujan sejuk kan.

      Delete
  8. Ni megi cerdik ni..mungkin dah ada stpm..biasanya saya letak telur tu pun dah terrajin haha..
    barulah macam dekat gambar paket gambar sekadar hiasan...ah kecur liur sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..level up sikit. Dasyat tu! Baru betul masak macam dalam gambar kan.
      Pasni masuk dapurlah masak mi maggi :p

      Delete
  9. Saya baca ini saat Jakarta tengah diguyur hujan lebat. Jadi teringin sangat mie rebus macam tuh 😄😄🤤. Saya pun kalo bikin mie instan, selalu pakai sayur kak. Lagi sedap memang. Telur saya tak suka, tapi sayur wajib lah . Daaan irisan cabe rawit pastinyaa biar pedas mantap 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sama selera kita suka sayur lagi berbanding telur. Rasa pedas tu wajib ada, saya suka tumis daripada hirisan. Hujan hujan memang sedap menikmati maggi berkuah.

      Delete
  10. Replies
    1. Nanti boleh beli dan masak tambah extra sayur cendawan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.