Header Ads

Pertama Kali Guna Little Joya 3D Cherry Car Air Freshener Little Joe


Kesian pulak kereta dibiarkan tanpa pewangi sejak hilang baunya. Sengaja dibiarkan kosong sebab guna car vent diffuser Young Living. Tapi kadang lupa nak titiskan pati minyak sebab asyik lupa nak bawa dalam hand bag atau letak dalam kereta. Dah siap nak jalan, pastu kena masuk rumah balik memang malas.

Teringat nak beli car air freshener Little Joe. Pernah nampak Zaquan Adha dan Pekin promote jenama Little Joe di Instagram. Kita pulak jenis cepat terpengaruh. Maka, belilah Car Air Freshener  Little Joe. Beli di kedai Mesra Petronas. 

Car air freshener Little Joe ni boleh dibeli dimana-mana premis yang terpilih. Boleh semak di website. Selain kedai Mesra Petronas, Select Shell, Treats Petron dan banyak lagi.

Tertarik nak membeli sebab comel dan unik dengan bentuk 3D. Encik suami yang turun beli, lepas tu whatsapp nak bau cherry atau pacific splash. Tanpa banyak fikir saya pilih cherry. Rupanya cherry tu girl version, Little Joya namanya. 

little joya air freshener girl

Sekarang tengah ada promosi, setiap pembelian akan dapat little joe cherry. Eh, ada pulak cherry boy version.

Little Joya ni comel dengan rambut pendek dan berskirt. Eh lawa pulak letak kat dalam kereta. Mulanya saya pelik sebab tak ada liquid. Habis tu baunya dari mana? Kalau dah habis bau, dia kering kecut ke camna? 

Baunya datang dari little joya ni sendiri yang diperbuat daripada thermoplastic. Baunya wangi semerbak. Sedap bau manis manis buah cherry. Terus letak holder dia dan cucuk dekat lubang air cond kereta. 

Masa buka pembungkus dia pun dah wangi, apatah lagi dah letak kat air cond tu. Wangi ya amat! menusuk ke dalam lubang hidung. Tapi taklah sampai sakit hidung. Boleh bawa bincang lagi baunya.

little joya air freshener girl

LITTLE JOE ® is produced in Italy, home to the world’s best fragrance producers.
  • Long-lasting freshness up to more than 45 Days.
  • No Spills, No liquid spill issue and easy to use.
  • Safe to use, No harmful chemicals.
  • Eco Friendly, Little Joe® is made of EVA, a thermoplastic and non-toxic polymer.
  • Alcohol Free
  • Use alcohol-free fragrance oil to minimize unpleasant odors in your vehicle.
sumber : littlejoemalaysia.com

Okay nanti kita tengok jauh mana wangi dia boleh pergi. Kalau okay kita repeat beli. 

12 comments:

  1. Dah lama usha little joe ni hahaha..selain siap berbau boleh dijadikan hiasan..
    takdelah retorik bentuk pewangi kereta biasa...botol dan gambar pokok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..dah beli ke belum tu? betul betul, unik sikit lain dari yang lain. Wangi tu yang best.

      Delete
  2. saiz dia cinonet betul hahaha... adik kak ret ada beli.. mula igtkan mainan sape la dia letak kat aircon tu hahaha... sekali rupnya air freshner joe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cenonet comel je kan tapi bau wangi takpe. Style jugak kan pakai little joe ni nampak mainan perhiasan gitu. Hehehe...

      Delete
  3. Selalu nampak orang up tapi tak pernah terjumpa di mana-mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jual kat kedai mesra petronas. haritu saya beli kat petronas jalan jelebu tu. Tengok kat website ada banyak tempat jualan dia.

      Delete
  4. Pernah nampak sekali dulu, tapi tak ingatdi mana.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di media sosial mungkin. Saya pun perasan kat ig je kak Amie.

      Delete
  5. Menarik. Boleh cuba nanti. Harap tahan lama lah

    ReplyDelete
  6. mcm menarik. klau jumpa dkt sini, nk beli la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari kat Kedai mesra Petronas mudah. Kalau ada boleh beli dan cuba pakai.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.