Header Ads

Cantiknya Liptint Velvet SACE LADY


Ini bukan nak racun tau tapi memang liptint velvet SACE LADY ni cantik sangat-sangat! Into the scene racun TikTok lah ni. Sebenarnya dah lama membeli, awal bulan Ogos haritu dah sampai, tapi itulah bila dah writer's block memang tak boleh buat apa.

Dah elok ambil gambar, edit letak watermark letak dalam compose. Sudahnya terperap dalam draft je lah dia. Baru sekarang ada kekuatan nak menaip. 

Warna lipstick/liptit velvet SACE LADY ni semua cantik-cantik. Rambang mata nak memilih yang mana satu. Macam nak semua! Jangan tamak Fiza oii...

Saya belilah satu untuk mencuba. 

liptint velvet SACE LADY didatangkan dalam kotak comel berwarna pelbagai tona warna. Bukan seperti lipstick dalam botol yang biasa tu. 

sace lady lip tint velvet review

Bekas liptint yang comel macam bekas loose powder. Didatangkan juga bersama berus comel untuk memudahkan apply pada bibir.

sace lady lip tint velvet review

Bila bukak penutupnya..wow! Cantik betullah warnanya. Saya pilih code Terracotta rose.

sace lady lip tint velvet review

Cubalah sapu pada tangan sikit. Love teruk wehhhh...Dia macam warna coral pink gitu. Nice sangat lah mata memandang. Tekstur pun soft macam velvet dan tak melekit.

sace lady lip tint velvet review

Yang penting dia waterproof ye. Taklah waterproof sangat. Lap lap hilang juga dia. Mudah juga lah nak tanggalkan. 

sace lady lip tint velvet review

Suka tu memang suka dengan warna dan tekstur dia. Cuma yang leceh nak pakai dengan bekas macam tu dengan berus separated kat luar. Tak tahu mana nak letak berus comel tu. Kalau guna jari dah kena bersihkan jari pulak lepas tu. Kalau jenis stick mungkin lagi memudahkan kot kan.

Harga RM12.99 saya beli di Shopee. 

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.