Header Ads

Subway Bulgogi Chicken with Mozzarella Cheese Dan Chicken Teriyaki


Sejak bila ada Subway Bulgogi Chicken with Mozzarella Cheese dan Subway Chicken Teriyaki ni? Nampak sangat lama tak membeli Subway kan. Minggu lepas teringin nak makan Subway. Tak ada idea nak makan apa untuk makan malam.

Jadinya kirim encik suami beli Subway je lah. Kalau dah beli Subway akan membeli juga white chocolate macadamia nut cookies. Beli yang set ada 6 cookies. Suka betul dengan cookies Subway yang chewy tu. Bukan lemau ye. Memang begitu tekstur cookiesnya.

subway bulgogi chicken malaysia

Maaflah ye, gambar tak berapa nak proper sangat. Patut buat keratan rentas rupa paras Subway bulgogi chicken ni tapi dah tak sabar nak makan. Kita gambarkan mana yang sempat. Jadilah begini rupa dia.

subway bulgogi chicken malaysia

Bulgogi chicken subway sedap ke? Ikut kata lidah saya, so so je lah. Mungkin penggemar bulgogi sukalah kot. Kedua-duanya campur semua sos, jadi mungkin tenggelam sikit rasa asli sos bulgogi dan teriyaki tu agaknya. 

Tapi kedua-duanya banyak potongan ayam dia. Berkeping keping ada! Kenyang makan sandwich Subway ni. Kaya isi dan sosnya. Roti Italian and Parmesan Oregano pun rangup!

Subway teriyaki chicken saya tak sempat nak ambil gambar. Nak cepat makan cerita dia. 

baca juga : cara order subway

12 comments:

  1. Ada menu baru ya? Sama juga lama tidak beli. Dahulu suka sub of day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti baru ke lama sebab lama juga tak berSubway. A'ah kan..dulu ada sub of the day ke, hari rabu eh tak silap.

      Delete
  2. me too...suka ngan cookies subway..dapppp

    ReplyDelete
  3. Teriyaki chicken saya pernah makan. Memang sedap. Bulgogi tak cuba lagi. suka Subway breakfast

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..bukan menu baru lah kan. Subway breakfast dengan kopi eh. Sedap tu!

      Delete
  4. Eh.. ada menu baru ye.. Nak kena terjah juga nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti baru lagi ke atau dah lama. Saya pun dah lama tak berSubway.Hehe...

      Delete
  5. kite geng!!! penggemar cookies subway!!!

    ReplyDelete
  6. Beda menu dengan subway Indonesia. Tak ada rasa bulgogi nih.

    Tapi sbnrnya saya pun tak terlalu suka rasa seperti itu, apalagi yg sauce nya melimpah sangat 😅. Terkadang rasa dari lain2nya jadi tertutup.

    Tiap kali ke subway, saya biasa pesan rasa yang sama saja, Italian BMT atau tuna, dengan jenis roti honey oat 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin berbeza. Saya tak pasti menu subway disana. Kadang nak order yang baru dari biasa risau rasanya kurang sedap. Faham sangat tu. Lebih baik pilih yang biasa order dan fav :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.