Header Ads

Jacob's Baked Crisps Cheddar Memang Crispy Dan Sedap!


Kita ni jarang membeli barang dapur. Biasanya encik suami yang akan beli barang dapur. Saya tukang senaraikan je. Benda ni jadi sejak PKP lah. Kan ketua keluarga je yang dibenarkan keluar rumah membeli barang keperluan.

Lepas tu sejak pakai face mask dan kena scan MySejahtera, bertambah malas nak membeli barang. Sekarang ni bila dah banyak kelonggaran dan bebas sikit, barulah ada feel nak keluar beli barang dapur. Cuma face mask masih pakai lagi lah.

Sekali dapat keluar beli barang, dapatlah jelajah sikit. Terpandang Jacob’s Baked Crisps di rak. Teringat blogger Nina ada beli dan review. 

Kita pun belilah satu nak cuba. Beli Jacob’s Baked Crisps cheddar. Tapi Nina kata Sour Cream & Onion sedap lagi. Takpelah, kita cuba lain kali.

Sampai rumah, saya terus buka bungkusan. Lahhh…buka buka dalam dia terus nampak isi. Macam keropok! Saya expect ada pek kecil kecil dalam tu. Dah buka macam tu, terus masukkan dalam tupperware je lah kaedahnya. Lagi senang nak makan.

jacob's baked crisps review

Pek pun dah ranap dibuka dengan rakusnya. Mujur ada ambil gambar masa nak membeli tu. Ini harga Jacob’s Baked Crisps di Mydin. Lain kedai, lain harganya. 

Jacob’s Baked Crisps bukan biskut biasa-biasa. Rasa biskut yang dibakar lebih sedap dan rangup. Macam makan keropok pun ye. Ralit makan, tahu tahu dah menyusut setengah tupperware.

jacob's baked crisps review

Nak kata muak tu tak sangat lah yang cheddar ni. Yang tak bestnya kalau makan biskut cheese ni macam makan keropok super ring, cheese melekat kat gigi. Rasa tak syok nak makan berlebihan. Kena makan sikit sikit.

Walaupun cheese dia tak setebal cheese super ring tapi masih juga rasa tebal bila makan. Mujurlah Jacob’s Baked Crisps cheddar ni biskut sedap dikunyah. Boleh buat kudapan sambil tengok movie. Kalau nak cicah air kopi panas atau teh panas, rasanya sesuai lagi yang Jacob’s Baked Crisps original.

Jacob’s Baked Crisps ada 3 jenis perisa iaitu :
  • Original
  • Cheddar
  • Sour cream & onion
Nanti boleh cuba original dan sour cream & onion tu pulak.

6 comments:

  1. Dua orang dah kata sedap maka kena cuba. Menarik biskut jadi keropok.

    ReplyDelete
  2. Aduhh....kena cari ni esok...
    terasa2 kat anak tekak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap ketemu nanti mama cella. Boleh buat stok kudapan :)

      Delete
  3. jacobs ada menu baru..tkpoernh jmpa lg..nanti bole try

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.