Jalan Jalan IKEA Lalu Terbeli...

Azhafizah MN
By -
12
Lama juga ye tak jalan jalan IKEA. Ehhh tak lah lama mana pun. Rasanya bulan Ogos haritu ada pergi IKEA juga. Buat buat lupa pulak ye. Tapi haritu tu pergi IKEA Damansara sebab di IKEA Cheras tak ada stok barang yang kami nak beli tu. 

Sejak ada IKEA Cheras memang tak jejak dah IKEA Damansara tu. Kalau tidak dulu kemain rajin pergi sana dengan The Curve. Tapi itulah barang yang kami nak beli ada stok kat IKEA Damansara je. Terpaksalah ke sana. Tunggu notification barang ada stok pun tak kunjung tiba.

Semalam kembali ke IKEA Cheras. Jalan Jalan IKEA lalu terrrbeli. Hehehe… itu biasa. Ada je yang nak mengikut balik.

Meriah dekorasi IKEA dengan tema perayaan Christmas bulan Disember nanti. Awal betul siapkan dekorasi segala. Barang barang IKEA musim perayaan Christmas pun dah ada.
 
Jalan Jalan IKEA Cheras

Kalau Jalan Jalan IKEA ni rajin juga jalan jalan di showroom. Tengok tengok idea dekorasi IKEA. Bila tak cukup masa nak cepat, terus pergi warehouse bawah cari barang terus balik. Sebelum tu kena check stok dulu di website. Naya datang jauh jauh kalau tak ada stok!

Berkenan dengan set bed linen ni. Baharu! Sebelum ni ada warna dusty green tapi macam tak berkenan hijau sangat kan. Bila ada warna navy blue tak jadi beli pula. Beli warna biru juga tapi corak lain.

Jalan Jalan IKEA Cheras

Sambil cari barang kita ambillah gambar di hotspot IKEA ni. Mandatory IKEA photo spot! Tak ada orang, taklah segan nak bergambar. Saya ni pemalu orangnya. Gambar candid asal boleh namanya.

Jalan Jalan IKEA Cheras

Nak juga ambil gambar disini nampak macam menarik. Gambar gegau encik suami ambil. Merasmikan tudung baru dusty grape Alhumaira

Jalan Jalan IKEA Cheras

Barang barang yang nak ikut balik. Bukan terbeli..alasan! 

Jalan Jalan IKEA Cheras

Macam biasa sebelum balik tapau karipap IKEA. Teringin nak cuba rasa aiskrim arang karamel IKEA yang berwarna hitam seperti arang dan namanya pun arang. Encik suami tak suka sangat. Beli satu je. Pada saya okaylah rasa aiskrim yang kurang manis dan masin sikit serta berlemak soya.

Jalan Jalan IKEA Cheras

Dah masuk IKEA ni tak sah kalau tak membeli. Ada je terbeli satu dua kan...Seronok juga jalan jalan IKEA petang jumaat. Orang tak ramai. Kalau datang weekdays kadang ramai orang juga. Agaknya petang Jumaat masing masing sibuk nak bercuti kot kan.

Tapi IKEA Cafe tak sah tak ramai orang, penuh macam biasa. Tapi itulah tak pernah lagi makan makan di IKEA Cafe. Beli barang dan balik. Kadang kalau rajin jalan jalan Shopping di MyTown sebelah tu. Lepas beli barang di IKEA letak barang dalam kereta baru shopping di MyTown.

IKEA cheras parking rate kalau kita ada beli barang, masa bayar tu bagi sekali tiket parkir dan member kad IKEA. Nanti dapatlah parkir percuma. Itu dulu guna tiket. Sekarang guna kad Touch 'n Go. So bagi kad Touch 'n Go dan member kad. 

Waktu operasi IKEA Cheras
10 pagi- 10 malam

Post a Comment

12Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Macam besar je saiz barangan yang ngikut balik tu Fiza..hehe
    Akak kena fikir dua kali untuk cuba eskrim arang tu kot.
    Biasanya kalau ke IKEA akak suka beli froyo dan karipap.
    Selalu jugak akak makan di Cafe IKEA Batu Kawan masa zaman PKP, sebab lengang. Sekarang dah sesak, malas nak makan situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar biasa biasa je tu kak Ujie.
      Makan aiskrim tu terus hitam mulut. hehe..tapi okaylah tak manis sangat.
      Froyo tak pernah beli lagi. Nanti boleh cuba. Kalau lengang tu okay lagilah nak makan kat cafe. Kalau ramai tu memang taklah nak bersesak.

      Delete
  2. Saya juga kalo cari untuk interior rumah seringnya ke IKEA

    ReplyDelete
  3. berhantu ye IKEA ni, ada je yang nak mengikut balik. Eh saya tak pernah berambar dekat hot photospot tu. kena buat gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangattt..tahu tahu ada je dalam bakul..eh terbeli..eh terbayar. Nanti datang IKEA sila bergambar satu kali Sal. Hehe...

      Delete
  4. best kan jln2 di Ikea, bleh cari inspirasi..

    ReplyDelete
  5. lamanya tak masuk ikea.. alaaa sedapnya aiskrim arang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina pernah rasa ye. Saya baru merasa ni haa..sedap jugaklah. Masuk IKEA ni sesekali je boleh. Risau banyak menabung kat sana..rabak poket kalau pergi selalu. hehehe...

      Delete
  6. haha sy pn baru pegi aritu beli brang2 utk topup yg rumah masa banjir aritu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..terpaksa jugalah topup mana yang perlu kan. IKEA banyak pilihan lagi.

      Delete
Post a Comment