Header Ads

Telefilem Capa Rengat Gulai Rawo (TV1)


Tonton Telefilem Capa Rengat Gulai Rawo bersiaran pada hari Sabtu 29 Oktober 2022 pukul 9:00 malam di slot Panggung RTM TV1. Telefilem Capa Rengat Gulai Rawo sebuah telefilem adaptasi dari dua buah cerpen karya Baharuddin Kahar iaitu 'Capa Rengat' dan 'Gulai Rawo' arahan Wan Afzan Wan Daud.

Telefilem Capa Rengat Gulai Rawo TV1

TELEFILEM CAPA RENGAT GULAI RAWO

Waktu siaran : Sabtu, 29 Oktober 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Panggung RTM TV1
Penulis skrip : Amin Masyhur
Pengarah : Wan Afzam Wan Daud
Produksi : Unit Drama TV RTM, Dewan Bahasa dan Pustaka

PELAKON TELEFILEM CAPA RENGAT GULAI RAWO

  • Mior Hashim Manap
  • Dewa Sapri
  • Farah Ahmad
  • Nadiya Nisaa
  • Fikhree Bakar
  • Harith Haziq
  • Adawiyah

SINOPSIS TELEFILEM CAPA RENGAT GULAI RAWO

Seorang remaja dibawa pulang ke kampung oleh ibunya untuk urusan pusaka dan telah mengenali Su yang memberikan suatu pengalaman baharu dan manis untuknya. Berita kepulangan anak dan menantunya disambut gembira oleh seorang bapa tua menyebabkan si bapa berusaha menyediakan hidangan untuk anak dan menantunya, namun..


4 comments:

  1. Saya dah baca kedua-dua buah cerpen karya Baharuddin Kahar ni. Saya sangat menghayati Gulai Rawo.... banyak kali baca! Aduhai.... pedih menusuk hati kisahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sempat tengok part anak dah tak makan ikan sungai dan menantu lansung tak ambil. Tak makan takpe, tapi cakap depan depan tu..Alahaiii...

      Delete
  2. Saya baca cerpen Gulai Rawo ni masa saya 10/11 tahun rasanya, buku teks sastera kakak saya. Hehe... Sedih, geram cerita tu. Bila tertonton Capa Rengat Gulai Rawo ni dah agak ni mesti gabungan kisah lain. Nampak saja tajuk "Gulai Rawo" tu ehh terus stick depan TV1, ngam-ngam tertonton scene anak, menantu, ayah tua & adik perempuan makan semeja, menantunya makan nasi dan timun, anak tu konon tak lalu tekak makan ikan sungai pasal dah terbiasa burger, beef steak hidup dibandar konon. Cehhh tagune punya anak kampungan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tengok scene tu. Rasa sedih je ayah dan Nadya Nisa tu kan. Anak pun cepat lupa asal usulnya. Boleh jadikan pengajaran.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.