Filem Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit

Azhafizah MN
By -
2
Tonton Filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit, juga dikenali sebagai Hantu Kak Limah 2 bersiaran pada hari Ahad, 2 Oktober 2022 pukul 5:00 petang di saluran 108 Astro Citra HD.

Filem Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit, sebuah filem komedi seram Malaysia (2013) yang diarahkan oleh Mamat Khalid terbitan Tayangan Unggul. Filem ini merupakan kesinambungan dari Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan siri kedua dalam trilogi Hantu Kak Limah.

Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit dibintangi pelakon Awie, Ezlynn, Rashidi Ishak, Usop Wilcha, Zami Ismail dan ramai lagi. Filem ini merupakan filem terakhir lakonan Allahyarham Zami Ismail yang ditayangkan di pawagam.

Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit tidak mengulangi lawak yang pernah digunakan dalam Filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Akan tetapi, Kampung Pisang masih dikekalkan sebagai latar utama. 

Watak jin pakai toncit telah diambil sempena filem Pendekar Bujang Lapok (1959) sebagai penghargaan kepada seniman agung, Tan Sri P. Ramlee. Kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM1.65 juta dan sebanyak 20 peratus teknik imej janaan komputer (CGI) telah digunakan.

Semasa penggambaran dijalankan, seramai 13 krew penerbitan telah dimasukkan ke hospital akibat suatu penyakit yang tidak dapat dikenalpasti. 

filem husin mon dan jin pakai toncit full movie

FILEM HANTU KAK LIMAH 2 : HUSIN, MON DAN JIN PAKAI TONCIT

Waktu siaran : Ahad, 2 Oktober 2022, pukul 5:00 petang
Siaran TV : Astro Citra HD (CH108)
Penulis skrip : Mamat Khalid
Pengarah : Mamat Khalid

PELAKON DAN WATAK

  • Awie sebagai Husin
  • Ezlynn sebagai Mon
  • Rashidi Ishak sebagai Dr. Shamsudin
  • Usop Wilcha sebagai Usop
  • Zami Ismail sebagai Pak Abu
  • Avaa Vanja sebagai Ayu
  • Man Kadir sebagai Pak Jabit
  • Delimawati sebagai Kak Limah
  • Rab Khalid sebagai Yeh Sekupang
  • Dewa Sapri sebagai Cik Purnama
  • Azwan Annuar sebagai Wan Kaswi
  • Zafira Aqilla sebagai Kak Ro
  • Shahrul Izuan sebagai anak ikan Usop
  • Adam Khalid sebagai Adam
  • Abdul Manaf sebagai Manap
  • Zainuri Misfar sebagai Zulfekar
  • Adi Shamsul sebagai Adi TT
  • Nazari Ibrahim sebagai Nazari GMK
  • Afdlin Shauki sebagai Wahab B. (penampilan khas)

SINOPSIS FILEM HANTU KAK LIMAH 2 : HUSIN, MON DAN JIN PAKAI TONCIT

Tiga tahun selepas kejadian dalam filem pertama, Husin telah diisytihar muflis akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang.

Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon, wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang dilanda Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM.

Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui.

Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya.

Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.

sumber :https://ms.wikipedia.org/wiki/Husin,_Mon_dan_Jin_Pakai_Toncit

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Teringat arwah Mamat Khalid. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
Post a Comment