Header Ads

Crystal Bracelet Hadiah Dari Seseorang


Lebih kurang pukul 9 pagi macam tu dapat whatsapp dari Shopee Express. Macam biasalah courier akan ambil gambar bungkusan kalau dah dihantar dan dikirim gambar tersebut kepada penerima melalui whatsapp.

Eh, bila kala pulak kita beli barang. Tapi dah boleh agak dah siapa yang bagi sebab katanya nak bagi hadiah pada saya. Saya dah pesan tak perlu hadiah, saya tolong mana yang saya tahu je. Tahu-tahu hadiah sampai.

Segan nak terima sebenarnya. Ye, betul sangkaan saya. Tak syak lagi!

Saya tengok alamat pengirim, eh macam kenal. Bungkusan pun macam pernah dapat sebelum ni. Entah-entah hadiah yang sama kot. Haa..dua kali sangkaan saya mengena!

Inilah isi dalam bungkusan tu, saya dapat hadiah crystal bracelet lagi. Hadiah dari blogger Kak Dana hasil kerja tangan Cik Sun kita.

Warna stone bracelet gabungan dream amethyst dan rose quartz crystal seperti di Shopee Sunah Sakura

Crystal Bracelet

Cantik tau crystal bracelet beads campuran ni. Boleh matchy matchy dengan warna OOTD (Oufit Of The Day) jika padan dengan warna crystal bracelet ni. Selain dipandang cantik, crystal bracelet benefits ada macam-macam.

Nak tahu, boleh lah google crystal bracelet benefits. Saya tak pakar, jadi serahkan pada yang pakar untuk explain. Yang saya tahu, menggayakan je.

amethyst crystal bracelet

Terima kasih Kak Dana kirimkan hadiah cantik ni. Boleh buat tambah lagi cantik berseri memakainya. 
Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat kak Dana dan keluarga. Aamiin Allahumma Aamiin...
Sebelum ni dapat Natural Pink Lace Jasper Crystal Bracelet hadiah dari Kak Ret, buatan tangan CikSun juga. Alhamdulillah...

20 comments:

  1. Wah...bertambah seri la lengan dengan kristal tu...Tahniah Fiza

    ReplyDelete
  2. Kali ini warna ungu mendominasi warna. Tahniah Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul! Tetap menawan hati. Alhamdulillah..terima kasih Kak Wina.

      Delete
  3. Saya sukaaaa warnanya, purple. Warna favorit 😄👍. Perhiasan dari aneka stone macam nih, saya memang suka. Apalagi banyak manfaatnya. Tak heran terkadang harga juga mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..sedap blog Fanny pun purple. Betul, accesories yang sebegitu kadang harganya mahal dari perhiasan biasa.

      Delete
  4. Memang cantik betul crystal bracelet tu.
    Tahniah Fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat!
      Alhamdulillah..Terima kasih Kak Amie :)

      Delete
  5. Alhamdulillah. Wah dah ada dua bolehlah gilir-gilir pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tu lah, tapi kena tengok sesuai dengan baju tudung ke tidak :)

      Delete
  6. alhamdulillah, sampai pun..yang ni dream amethyst dengan rose quartz ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih CikSun. Okay baik, nanti saya betulkan infonya.

      Delete
  7. gembira hati bila dah sampai hadiahnya

    ReplyDelete
  8. Cantek warna dia.. Sesuai la untuk orang yg lembut...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan warna campur purple dan soft pink. Ohh begitu ye. hehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.