Header Ads

Si Bunga Telang


Sebelum balik Seremban, singgah Kuala Pilah kampung encik suami sebentar. Nak tanam pokok calathea lutea ambil anak pokok dari kampung Segamat. Pernahlah tanam dulu tapi mati pula. Mungkin masa tu musim panas agaknya, itu sebabnya pokok Calathea tu tak hidup.

Harapnya kali ni hidup suburlah dan merimbun macam di Segamat. Sedang encik suami tanam pokok, saya ambillah gambar sekitar rumah. Dah jadi habit suka ambil gambar bunga bunga dan pokok. Terperasan ada bunga telang tepi rumah. 

Cantik bunganya kembang dengan titisan ari hujan membasahi kelopak bunga. 

bunga telang

Yang kudup pun ada. Ehhh cantik pula titisan air hujan bergayut di hujung kudup bunga telang. Jangan lepaskan peluang, sila ambil gambar sebelum titisan air hujan jatuh ke tanah.

bunga telang

Bunga telang in english butterfly pea flower. Selain itu dipanggil juga bunga kacang telang. Pokok bunga telang jenis menjalar.

Bunga telang bukan sekadar bunga berwarna biru ungu yang cantik, malah bunga telang manfaatnya banyak. Khasiat bunga telang untuk mata, rambut dan juga untuk kesihatan. Bab tu kena kajilah ye.

Bunga telang juga ada berjenis bunga telang. Warnanya juga pelbagai selain warna biru ungu, ada warna putih, biru dan juga merah. 

Selain digunakan untuk tujuan perubatan, bunga telang kini dah banyak digunakan dalam industri pemakanan. Warna bunga telang digunakan sebagai pewarna asli untuk nasi kerabu, kek dan juga air bunga telang atau teh bunga telang.

Yang saya tahu Secret Recipe ada Butterfly Pea Lemon Cheesecake. The Coffee Bean & The Leaf ada bebeberapa jenis kek dan pastri berasaskan bunga telang sempena 25th Anniversary Special. Cantik menarik warnanya.

Berhajat juga nak tanam pokok bunga telang. Kononnya nak buat air bunga telang. Tengok orang buat, kita pun rasa nak buat juga. 

Untuk tanam bunga telang boleh gunakan kaedah keratan atau biji benih. Saya belek belek pokok telang cari benihnya. Jumpalah beberapa kacang bunga telang yang dah kering. Sedang eloklah tu nak ambil buat benih. 

Biji benih bunga telang yang saya dapat. Tak banyak, tapi untuk cuba cuba tanam tu boleh lah. Dari tak ada kan.

Biji Benih Bunga Telang

Tanaman bunga telang menggunakan biji benih ni lebih mudah dan peratusan hidup yang lebih tinggi. Baiklah, nanti cuba tanam. Harap menjadi lah tanaman pokok telang saya nanti.

Kena rendam dulu untuk aktifkan benih, lepas tu semai. Kalau tumbuh tu kira menjadilah kan. Dah menjadi baru pindah pasu. 

31 comments:

  1. Bunga ni lefak kat food bole makan terus eh? Hehe slalu nmpk tp x konfiden nak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pastilah KakRet. Ada yang kata boleh makan dibuat ulam gitu. saya pun tak confident nak makan. Setakat guna pewarna buat air dan makanan tu biasa.

      Delete
  2. Suka tengok pokok ini bila dia berbunga.. Warna biru diatu cantik amat..

    ReplyDelete
  3. Bunga ni kalau dah mula berbunga tak terpetik...Fiza rajin membelek,seronok menanam..
    Saya pernah guna bunga telang buat
    " Pulut Tetal" dimakan dengan homemade serikaya...nostagic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Kalau petik semua dan keringkan lepas tu jadikan teh pun okay jugak kan mama cella. Rajin membelek sebab nak ambil gambar. Hihi...Pertama kali dengar pulut tetal tu, terus google tengok. Menarik jugak tu cantik kejadian pulut tetalnya pun.

      Delete
  4. spt embun di hujung rumput.. btw, gmbr2 semua chantek2 mcm biasa 👌👌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Embun di hujung daun lebih bulat lagi kot tak silap saya. hehe...
      terima kasih wak :)

      Delete
  5. Oooo... cam ni ke bunga nya? Selalu dengar nama je...

    ReplyDelete
  6. Semoga pokok bunga telang Fizah menjadi cantik. Boleh buat air telang selalu. Buat hiasan semata pun cantik mata memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...harap begitulah Sal. Hihi..ikut kerajinan jugak tu.

      Delete
  7. Kak Amie suka bunga telang. Cantik warnanya.
    Kadang-kadang minum air bunga telang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna dia memang cantik. Itu yang nak tanam nak buat air minuman :)

      Delete
    2. Ooooh... pokok telang cepat berbunga, lebat pula tu. Kak Amie selalu petik, keringkan dan simpan. Mana tahu ada gunanya nanti.

      Delete
  8. Replies
    1. Ye wak. Banyak khasiat bunga telang ni rupanya kan...

      Delete
  9. semoga menjadi bunga telang fiza nnt... br syok ambik gamba boleh jadikan props

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..semoga hidup subur berbunga lebat..
      Hehehe..betul betul :)

      Delete
  10. Warna ungunya yang terang memang dari jauh sudah menggamit untuk kita membelek.
    Semoga Fiza berjaya tanam. Nanti tunjuk hasilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daya penarik dia warna yang cantik. Harap begitulah kak. Aamiin...
      Baiklah. Kalau menjadi saya kongsikan.

      Delete
  11. tiba2 sy terbayangkan nasi kerabu yg betul2 guna bunga telang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang itulah warna nya yang cantik..biru biru ungu tu kan...Ada juga nasi kerabu warna kuning atau warna nasi putih biasa.

      Delete
  12. Replies
    1. Yang ni saya tak petik Nina. Nanti kalau balik lagi ada bunganya boleh petik. Tak tahulah kenapa saya tak petik haritu..huhu...

      Delete
  13. tak apa lah nanti tanam, biar menjalar di tali. memang lawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan bila tumbuh menjalar tu. Harap begitulah hasilnya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.