Hari Sukan Negara 2022 Malaysia : Tarikh, Masa Dan Senarai Lokasi Sambutan HSN2022

Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022) Malaysia diadakan pada hari Sabtu, 8 Oktober 2022 secara serentak di seluruh negara. Hari Sukan Negara diadakan pada bulan Oktober (bulan Sukan Negara) iaitu pada minggu kedua.

Pada tahun 2022, tarikh Hari Sukan Negara Malaysia 2022 berlansung bermula 7 Oktober 2022 sehingga 9 Oktober 2022.

Edisi pertama HSN pada 2015 yang menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai Penganjuran Aktiviti Sukan Terbanyak Secara Serentak dalam Satu Hari dengan jumlah 17,648 aktiviti sukan, berjaya menarik penyertaan keseluruhan seramai lebih lima juta orang.

Hari Sukan Negara 2022 Malaysia

Tujuan Hari Sukan Negara Malaysia

Hari Sukan Negara 2022 dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dimana tujuan Hari Sukan Negara adalah agenda nasional yang merangkumi penglibatan dalam kalangan masyarakat serta penyertaan daripada sektor awam dan swasta.

Sehubungan dengan tujuan Hari Sukan Negara 2022, Jabatan Perdana Menteri (JPM) menganjurkan sambutan Hari Sukan Negara peringkat JPM@MAKSAK 2022 dan menjemput orang ramai untuk hadir bersama bagi memeriahkan lagi sambutan HSN2022.

Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan akan berlansung pada 8 Oktober 2022 di Putrajaya.

Perasmian Hari Sukan Negara 2022 Putrajaya Peringkat Kebangsaan

Tarikh : 08 Oktober 2022
Masa : 7:00 pagi
Tempat : Dataran Istana Kehakiman Putrajaya

Selain di Putrajaya, sambutan Hari Sukan Negara akan berlansung serentak di seluruh negeri dan wilayah persekutuan. 

Senarai Lokasi Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Malaysia

Senarai Lokasi Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Malaysia

Perlis
Tarikh & Masa : 8 Oktober 2022, pukul 8:00 Pagi
Lokasi : Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar

Kedah
Tarikh & Masa : 8 Oktober 2022, pukul 8:30 Pagi
Lokasi : Darulaman Park (Tasik Darulaman), Jitra

Pulau Pinang
Tarikh & Masa : 8 Oktober 2022, pukul 8:00 Pagi
Lokasi : Vision Park, Bertam, Kepala Batas

Perak
Tarikh & Masa : 8 Oktober 2022, pukul 8:15 Pagi
Lokasi : Padang Polo, Ipoh

Kuala Lumpur
Tarikh & Masa : 8 Oktober 2022, pukul 10:00 Pagi
Lokasi : Lebuh Setia, Presint 4, Putrajaya

Selangor
Tarikh & Masa : 8 Oktober 2022, pukul 7:15 Pagi
Lokasi : Dataran Kemerdekaan, Shah Alam

Negeri Sembilan
Tarikh & Masa : 8 Oktober 2022, pukul 8:00 Pagi
Lokasi : Dataran Seri Jempol, Jempol

Melaka
Tarikh & Masa : 8 Oktober 2022, pukul 8:30 Pagi
Lokasi : Kompleks Sukan Masjid Tanah

Johor
Tarikh & Masa : 8 Oktober 2022, pukul 8:30 Pagi
Lokasi : Dataran Bandaraya Johor Bahru

Pahang
Tarikh & Masa : 8 Oktober 2022, pukul 3:00 Petang
Lokasi : Megamall Kuantan

Terengganu
Tarikh & Masa : 8 Oktober 2022, pukul 7:30 Pagi
Lokasi : Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Kelantan
Tarikh & Masa : 8 Oktober 2022, pukul 9:00 Pagi
Lokasi : Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu

Sarawak
Tarikh & Masa : 10 Oktober 2022, pukul 7:30 Pagi
Lokasi : Dewan Suaran Bintulu

Sabah
Tarikh & Masa : 8 Oktober 2022, pukul 7:30 Pagi
Lokasi : Kompleks Sukan Keningau

Labuan
Tarikh & Masa : 8 Oktober 2022, pukul 6:30 Pagi
Lokasi : Kompleks Sukan Laut Antarabangsa

Pelbagai program dan acara diadakan bagi mengisi aktiviti Hari Sukan Negara antaranya
  • Putrajaya Night Marathon HSN2022
  • Karnival Sukan Air
  • Karnival Sukan Mendaki Kebangsaan
  • Kejohanan e-sukan
  • Let’s Get Fit
  • M-Games
  • Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur
  • Kejohanan “Powerboat” ASEAN

Selain aktiviti sukan, ada juga acara cabutan bertuah untuk pengunjung yang datang. Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti Hari Sukan Negara 2022 Malaysia, rujuk di lawan HSN2022 : www.harisukannegara.my

Majulah sukan untuk negara!

Yang rajin kumpul baju fun walk, boleh tambah koleksi baju hari sukan negara 2022 dengan tema hari sukan negara 2022.

6 comments:

  1. Jika ada karnival pastinya akan meriah sekali ya. Sukses untuk HSN nya

    ReplyDelete
  2. Di jabatan saya, kalau berkaitan sukan, memang saya le yang biasa kena arahkan itu ini.. Sekarang dah kurang sikit, saya pun menolak jika keberatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang penting ni. Kalau keberatan, baiklah kita tolak kan :)

      Delete
  3. Oh.. Ni agaknya Run yang kawan saya join. Terlepas pulak acara pagi tadi. Mengantuk sangat semalam kerja habis lewat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun dah banyak program fun run fun walk. Boleh join next event Sal kalau kesihatan mengizinkan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.