Drama Sentuhan Najwa (TV3)

Azhafizah MN
By -
10
Tonton Drama Sentuhan Najwa mula bersiaran pada 26 Oktober 2022, pukul 9:00 malam di Slot Lestary TV3. Drama Sentuhan Najwa dibintangi pelakon Afifah Nasir, Alif Muhaimin, Ryun Ryry, Ady Mohamad dan ramai lagi.

Juga boleh tonton Drama sentuhan Najwa secara online menerusi portal tonton atau platform penstriman Disney+ Hotstar.

drama sentuhan najwa

DRAMA SENTUHAN NAJWA

Mula siaran : 26 Oktober 2022
Waktu Siaran : Rabu-Sabtu, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3 | Disney+ Hotstar
Penulis Skrip : Aizad Zaidi
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Produksi : Nuansa Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

  • Afifah Nasir sebagai Najwa
  • Ryun Ryry sebagai Raihana
  • Alif Muhaimin sebagai Arman
  • Faiz Izzat sebagai Yazi
  • Jasper Supayah sebagai Easther
  • Aleza Shadan sebagai Mak Jenab
  • Zila Bakarin sebagai Datin Kamala
  • Roy Azman sebagai Datuk Marzuki
  • Ako Mustapha sebagai Zakaria
  • Zack Zabhas sebagai Judi
  • Zul Helmy sebagai Redz
  • Ady Mohammad sebagai Damier
  • Sri Idrina sebagai Mia
  • Zati Nizam sebagai Rin
  • Ayu Ayuni sebagai Tami

SINOPSIS SENTUHAN NAJWA

Kisah tentang Najwa (Afifah Nasir), seorang gadis remaja yang mengidap HIV sejak dilahirkan. Dia meneruskan kehidupannya tanpa pernah meratap atau merungut tentang kisah hidupnya yang selalu menjadi bahan buli di sekolah dan berdepan diskriminasi rakan-rakan di kolejnya.

Najwa yang telah kematian ibu dah ayahnya sejak kelahirannya dijaga oleh ibu saudaranya, Mak Jenab. Mak Jenab menjaga Najwa dengan penuh kasih sayang. Najwa sering menjadi bahan hinaan Raihana kerana kemiskinan dan juga penyakit dihadapinya.

Namun, Najwa selalu dibela oleh ketua pengawas iaitu Arman yang mempunyai perasaan terhadapnya. Selepas mendapat keputusan yang baik dalam SPM, Najwa meneruskan pengajiannya.

Nasibnya kurang baik apabila Najwa mendapat tahu bahawa Raihana rupanya rakan sebiliknya di kolej. Tanpa disangka, Arman juga turut melanjutkan pelajarannya di kolej yang sama dengan Najwa dan Raihana.

Raihana masih meneruskan tabiat lamanya yang selalu mendiskriminasi Najwa tentang penyakit yang dialaminya sejak lahir itu.

Mampukah Najwa menempuh segala badai ujian yang mencabar dalam kehidupannya?

Post a Comment

10Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. ish..tak boleh kah kalau Najwa yang minta tukar roomate tu...
    Eeii jangan kata Raihana pun suka kat Amran dah la🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..in realiti pun kadang susah nak tukar bilik..tapi dalam drama selalunya boleh je kan..haha..Nak dijadikan cerita, begitulah. Mungkin jugak tu, yelah Raihana kan saja dengki kat Najwa.

      Delete
  2. hampir tak cam muka afifah dlm poster tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab pakai tudung kot. Lain sikit rupa dia. Lepas tu poster editing pulak

      Delete
  3. ada tengok sikit semalam...geram je tengok masa Raihana buli Najwa, mak saya pun geram...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Kesian kan jadi mangsa buli yang tiada penghujung macam ni.

      Delete
  5. Alahai kesiannya. Teringat drama Natasya yang Fasha Sandha berlakon dulu-dulu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama Natasya macam tak pernah tengok pulak Sal. Memang kesian orang yang asyik kena buli ni.

      Delete
Post a Comment