Cucur Udang Rangup Dan Kurang Berminyak

Cucur udang ni bukan buat sendiri ye tapi beli. Bagitahu siap-siap, takut nanti ada terlepas komen" sedapnya cucur udang fiza buat", "pandai fiza buat cucur udang". Risau ada orang puji kita melambung lambung. Padahal beli!

Ke sebenarnya takde pun orang nak komen macam tu. Kita je beria fikir bukan-bukan. Eh, taklah! Sebenarnya ada je yang komen macam tu. Asal ada gambar makanan je ingat kita yang masak, bukan tak bagitahu dalam entry kita beli je.

Biasalah tu, out of topic kadang.

Sebelum ni encik suami pernah beli cucur udang rangup dan kurang berminyak dekat satu gerai ni. Rangup diluar lembut didalam gitu. Lepas tu bila nak membeli lagi dan lagi kedainya memanjang asyik tutup je.

Kebetulan encik suami keluar petang semalam, dia nampak kedai tu buka terus belilah walaupun tak dikirim.

Semasa masukkan dalam pinggan, saya bertanya "Berapa ringgit ni?" RM3 jawab encik suami. Banyak betul!
 
cucur udang rangup dan tak berminyak

Berbaloi juga beli RM3 dapat banyak macam ni, penuh satu plastik!. Mana nak dapat cucur udang murah, banyak dan sedap menepati citarasa. Kan?

Tengok pada rupa paras tu rencah dia boleh tahan banyak juga bukan tepung semata-mata. Walaupun udang beberapa kerat je nampak tapi sebab dia banyak sayur dan cukup rasa, dah bagus dah tu. Jenis cucur udang rangup di luar lembut di dalam. 

Cucur udang rangup dan kurang berminyak pada saya lah. Kadang ada yang jenis berminyak banyak tu tak boleh nak habiskan. Boleh jadi pening kalau makan makanan bergoreng minyak terlebih.

Baguslah berniaga harga selari dengan rasa dia. Cucur udang ni makan panas panas baru sedap. Sos cucur udang pun sedap, cukup rasa manis pedasnya. 

Warung KakChik Diah, sebelah warung Ppak Tam
Lorong Desa Kiara 3/1, Taman Desa Kiara, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Setakat ni saya belum mencuba lagi buat cucur udang sendiri. Kalau ada kerajinan barulah cuba mana-mana resepi cucur udang dari carian google yang mudah.

14 comments:

  1. susah nak buat... selalu sangat masuk minyak...hahaha

    ReplyDelete
  2. lama tk mkn cucur udang....suka yg cicah kuah kacang

    ReplyDelete
  3. Sedapnya 😍 lama tak makan. Nak buat sendiri pun tak reti yg rangup2 and cantik kejadian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, kita beli je senang mana yang ikut selera.

      Delete
  4. mkn cucur udang siram ngn pencicah dia.. fuhh sedap..

    ReplyDelete
  5. saya pula suka yang lembut.. yg jenis tak rangup tu.

    ReplyDelete
  6. semoga bisnes penjual ni maju jaya. kalau sedap pasti orang akan repeat beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...
      Betul Sal, sedap mesti repeat. Inipun dah beli beberapa kali dah :)

      Delete
  7. Harga RM3 begitu banyak cucurnya, memang puas hati tu Fizah. Tak payah susah-susah buat sendiri. Memang sangat berbaloi. Sudahlah sosnya pun sedap! Moga tambah ramai pelanggan datang membeli di warung itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn...
      Betul kak Amie. Berbaloi beli. Sos dan cucur sama sedap!

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.