Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 5 November (Sabtu) sebagai hari penamaan calon, diikuti 19 November (Sabtu) sebagai hari mengundi bagi PRU15. Manakala, pengundian awal ditetapkan pada 15 November (Selasa).
Ramai pengundi muda yang masih belum daftar, silalah daftar untuk PRU15 akan datang. Untuk semakan daftar pemilih, semakan calon pilihanraya dan semakan keputusan pilihanraya boleh buat semakan laman sesawang : https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan.
PRU15-Pilihan Raya Umum Ke-15
PRU15 melibatkan sebanyak 222 kerusi Parlimen dan sebahagian sahaja kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan empat negeri sudah melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini selain itu, ada negeri tidak membubarkan DUN.
Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan untuk tidak membubarkan DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Pada masa sama, Pas juga kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan DUN melibatkan Terengganu, Kelantan, dan Kedah.
Mari lah kita pergi mengundi 19 November 2022 nanti. Rasa macam baru je lagi pergi mengundi 12 Mac 2022 hari tu, PRN Johor. BN Menang besar. Haritu mengundi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). PRU15 nanti kita cuma undi untuk Ahli Parlimen je lah kan.
Lirik Lagu Mari Mengundi
Marilah mariPergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi
Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Lagu tu selingan je sebagai iklan. Ye, jangan lupa tunaikan kewajipan pada Negara. Jom mengundi! Undi dengan sebijak bijaknya. Jangan buat undi rosak ye.
Dah ada tarikh mengundi, lega jugaklah. Senang nak atur urusan lain.
ReplyDeleteYe, dah ada tarikh rasmi. Betul tu kak. Senang nak merancang.
Deletesy tgk data hari tu. ramai jg pengundi muda lbh2 lg yg umur 18 dah boleh mengundi
ReplyDeleteOh ye? Baguslah begitu. Bertambah pengundi.
Deleteselamat mengundi Fizah! Semoga dapat buat pilihan yang tepat
ReplyDeleteSelamat mengundi juga Sal. Marilah kita membuat pilihan yang tepat!
DeleteNmpknye wak kene undi pos la kalini.. huhuhu
ReplyDeleteTerpaksalah kan wak undi dari jauh.
Delete