Senarai Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022)

Azhafizah MN
By -
6
Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022) diadakan malam tadi 30 Oktober 2022, pukul 9:00 malam secara lansung (live) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Malam Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022) bertemakan Kemuncak Kecemerlangan ASA 2022 seiring dengan sambutan Jubli Emas.

Pengacara Anugerah Seri Angkasa 2022 menampilkan Awal Ashari bersama Jeed Zulkefli. Sebanyak 38 kategori dipertandingkan termasuk kategori TV dan radio. ASA 2022 turut memperkenalkan lima kategori Media Baharu iaitu :
  1. Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
  2. Sketsa Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
  3. Video Klip Hiburan Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
  4. Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
  5. Drama Bersiri Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
Senarai Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022)

Drama bersiri premium Astro Original iaitu Dukun Diva tayangan Astro Citra telah dinobatkan Drama Bersiri TV Terbaik. Astro Gempak pula berjaya merangkul Anugerah Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik menerusi Drama Kampung Malar (Deepavali) yang diarahkan oleh Ezrie Ghazali.

Manakala Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik dimenangi oleh Hilal Azman menerusi drama Amanat dan Nabila Huda memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik dalam drama Jeti. Pelakon Komedi TV Terbaik dimenangi oleh Noorkhiriah dalam drama Madu.

Penyampaian Anugerah Seri Angkasa 2022 dimeriahkan lagi dengan persembahan artis Adam, Hazami, Akim Ahmad, Stacy, Idayu, Nikki Palikat, Salma Asis, Naqiu, Azlan & The Typewriter dan Lah Ahmad.

Anugerah Seri Angkasa

Anugerah Seri Angkasa (ASA) mula dianjurkan pada tahun 1972 . ASA merupakan acara pengiktirafan Kerajaan dalam memartabatkan penggiat seni dan para karyawan dalam industri kreatif tanah air.

Senarai Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022)

  1. Anugerah promo radio terbaik — Promo Pentas (BestFM)
  2. Pengulas Radio Terbaik — Rosdi Omar (Nasional FM)
  3. Penyampai Berita Radio Terbaik — Tan Xin Rui (988)
  4. Buletin Radio Terbaik — Utama Waktu Ini (Bernama Radio)
  5. Liputan Berita Radio Terbaik — Lintas Langsung Tinjauan Pasca Banjir Sungai Telemong (BernamaRadio)
  6. Drama Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik — Kampung Malar Deepavali (Astro Gempak)
  7. Sketsa Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik — Syawal Pertama (Asyik FM)
  8. Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi YouTube Rasmi Terbaik — YouTube Buletin TV3
  9. Majalah Radio Terbaik — Untukmu Malaysia (Nasional FM)
  10. Dokumentari Radio Terbaik — Cabaran Pendidikan Norma Baharu (Nasional FM)
  11. Bicarawara Radio Terbaik — Mukjizat Terangung (Salam FM)
  12. Rancangan Interaktif Radio Terbaik — Dondang Sayang Warisan (Melaka FM)
  13. Rancangan Agama Radio Terbaik — Tanyalah Ustaz Suffan (Sandakan FM)
  14. Pelakon Pembantu Lelaki Radio Terbaik — SoFi Jikan (Nasional FM)
  15. Pelakon Pembantu Wanita Drama Radio Terbaik — Kuna Muzani. Drama: Prihatin Tandanya Sayang (Selangor FM)
  16. Set TV Terbaik — Mohamad Izwan Munshid - Halaqah 2020 (TV3)
  17. Tatarias TV Terbaik — Azri Haji Seman - Yang tersembunyi (TV Okey)
  18. Grafik TV Terbaik — Muhammad Aqil Aiman -Imbauan 2020 (TV9)
  19. Kesan Khas TV Terbaik — Tuan Nazraififie Abdul
  20. Rahman — Halaqah 2021 (TV3)
  21. Pengulas TV Terbaik — Rasdi Jumaat - Laporan Harian Sukan Olimpik Tokyo 2020 (TV Okey)
  22. Liputan Berita TV Terbaik — Faris Izzat Shahrudin & Andy Reza Rohadian (RTM)
  23. Laporan Khas Berita TV Terbaik — Kajang Bypas : Lebih Raya Atau Pusara - Mohammad Hilmi Hj. Ab Malik (Astro Awani)
  24. Promo TV Terbaik — Lagu Cinta Kita 3 - Ahmad Shahril Osman (TV3)
  25. Montaj TV Terbaik — Fatkhul Aarif Hilaluddin - Berita Perdana (RTM)
  26. Suntingan Rancangan TV Terbaik — Izhar Masuri - Capa Rengat Gulai Rawo (TV1 RTM)
  27. Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik — Ustaz Kartun Dan Robojim (TV Al-Hijrah)
  28. Animasi Tempatan TV Terbaik — The Five Elves: A New World (Astro Xiao Tai Yang)
  29. Candawara (Gameshow) TV Terbaik — Panggung Memori (Astro Warna)
  30. Rancangan Realiti TV Terbaik — Hijrahkan Laguku (TV Al Hijrah)
  31. Bicarawara TV Terbaik — Lambaian Tidak Kesampaian (TV3)
  32. Rancangan Agama TV Terbaik — Al Qariah (TV Al Hijrah)
  33. Rancangan Sukan TV Terbaik — Aksi -Episod 1 (TV1)
  34. Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik — Phua Chandler-Howdy My Friends (Astro Xiao Tai Yang)
  35. Pelakon Komedi TV Terbaik — Noorkhiriah -Madu (TV Okey)
  36. Pelakon Pembantu Lelaki TV Terbaik —Hilal Azman -Amanat (TV3)
  37. Pelakon Pembantu Wanita TV Terbaik — Nabila Huda Jeti (TV3)
  38. Drama Bersiri TV Terbaik — Dukun Diva (Astro Citra)
  39. Anugerah Khas Juri — Halaqah (episod 7) : Bencana Muahasabahkah kita?

Tahniah untuk semua pemenang Anugerah Seri Angkasa 2022.

Post a Comment

6Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Tahniah kepada pemenang.
    Wak dah lama tak nonton tv r dengar radio

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tengok sambil buat kerja lain wak. Tengok online je senang. TV pun jarang bukak..semua serba online. hehe...Radio tu lagi jarang. Dalam kereta je baru on radio.

      Delete
  2. Tak tengok. Tengok klip-klip pendek yang orang kongsi di media sosial je

    ReplyDelete
  3. tak tgk tv pun fiza.. tahniah bt pemenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tengok sikit sikit je. Tahu tahu dah habis umumkan pemenang. hehe...

      Delete
Post a Comment