Semangat blog dah dikutip sikit-sikit. Writer's block masih on off. Kejap muncul kejap tenggelam ibarat chipsmore! Letih lah kalau hari hari macam ni.
Hujung bulan September barulah dapat kembali membalas kunjungan rumah ke rumah kawan-kawan blogger. Maaf ye lambat sampai. Tertinggal keretapi sejak beberapa bulan ni.
"Tenang, ribut jiwaDah beralih ke bulan Oktober ni kita pakat tengok calendar Oktober 2022. Tengok ada cuti ke tidak. Boleh merancang awal nak kemana hujung minggu.
Tapi sekadar tengok je lah. Kadang elok merancang, kita yang lalai. Hujung hujung, duduk rumah je sudahnya. Malas punya pasal.
Bila ada masa, duit tak ada. Bila ada duit, masa pulak tak ada. Begitulah kehidupan...Kita mengharapkan yang baik-baik. Jangan risau keterlaluan. Allah sebaik-baik perancang. Tenang...
Bila ada masa, duit tak ada. Bila ada duit, masa pulak tak ada. Begitulah kehidupan...Kita mengharapkan yang baik-baik. Jangan risau keterlaluan. Allah sebaik-baik perancang. Tenang...
Tiup awan minda
Dan bentangkan senja
Telantanglah tanya
Biar saksikan syurga
Walau masih di dunia
Langit tak selalu cerah, kadang tuk berserah
Hujan tanda ada brita untuk kita semua"
- bait lirik lagu Tentang Siang, Malam dan Romantis (Part II) - Ainina Hasnul & Eidi Teman Lelaki
Haa..kan dah termenyanyi pulak. Hiburkan diri sendiri. Sekarang ni dengar berita yang kurang menyenangkan, cepat triggered. Ambil masa bertenang dan pejam mata. Tarik nafas, hembus perlahan dan istighfar.
Page 274/365
Chapter 10
Chapter 10
You’re an orchid among weeds
Be yourself and embrace your uniqueness
Today you are you that is truer than true
No one is you that is ‘youer’ than you
Cuti Umum Oktober 2022/ Cuti Sekolah 2022
1 Oktober (Sabtu) - Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah)8 Oktober (Sabtu) - Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak)
9 Oktober (Ahad) - Maulidur Rasul (Semua Negeri)
10 Oktober (Isnin) - Maulidur Rasul (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)
24 Oktober (Isnin) - Hari Deepavali (Semua Negeri kecuali Sarawak)
October's Event
- Happy International Coffee Day (1 Oktober)
- Breast Cancer Awareness Month (1 Oktober - 31 Oktober 2022)
- Maulidur Rasul (8 oktober 2022 - 9 Oktober 2022)
Ya ada sahaja berita kurang seronok.
ReplyDeleteTenang sahaja hadapi.
InshaAllah..semoga kita terus kuat. Aamiin...
DeleteSelamat masuk bulan baru
ReplyDeleteYe, dah masuk bulan oktober.
DeletePermulaan October saya agak meresahkan. Moga semuanya baik-baik sahaja nanti. Doa yang baik-baik untuk Fizah jugak
ReplyDeleteSemoga Allah keluarkan kita dari keresahan yang melanda. Semoga Sal baik-baik juga. Aamiin...
DeleteTerima kasih untuk doanya :)