Header Ads

Muhammad Bilal, Persis Wajah Ummi Neelofa


Scroll media sosial semua penuh dengan gambar Muhammad Bilal. MasyaAllah, comelnya Muhammad Bilal anak Neelofa dan PU Riz ni. Rata-rata netizen memuji kecomelan Muhammad Bilal. Dari pandangan mata saya persis wajah umminya Neelofa dan ada sikit sikit rupa abahnya PU Riz, Haris Ismail.

Biasanya anak lelaki iras wajah ibunya. Kan? Begitu juga anak perempuan akan iras wajah ayahnya. 

Muhammad Bilal bin Muhammad Haris lahir pada 29 Januari 2022. Umur Bilal anak Neelofa dah 6 bulan lebih usianya. Ada rupa sepupu dia Jebat Jayden pun ada, sekali imbas macam Afwa anak TokTi pun ada. Apa apa pun bayi tetap comel.

muhammad bilal neelofa

Apa yang menarik perhatian saya adalah caption Neelofa dalam post video Muhammad Bilal dari kecil sehingga terkini. 

Cinta dan sayang pada anakku Bilal
Antara kecintaan tertinggi & teragung ummi di dalam hidup ini…

Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti,
pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil

Bilal anak ummi sayang..
Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.

Jika keselesaan yang ditaruhkan
Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu.
Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku
Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah

Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam
Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami…

Semoga Afiyyah sentiasa untuknnya
Semoga fakih dia dalam agama…
Semoga doanya adalah seperti disebut nabi :ولد صالح يدعو له
Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya
الهم امين

sumber : ig neelofa

Setiap ibu bapa pasti mahu yang terbaik untuk anak-anaknya. Anak adalah harta yang paling berharga. Semoga ada kesempatan menulis sebegini untuk anak sendiri dan semoga ibu ibu terus kuat dalam membesarkan anak-anak.


6 comments:

  1. tu la.. sana sini muka comel anak neelofa ni...

    ReplyDelete
  2. hehhehe kecoh semua nk tgk anak dia ni... akhirnya terjawab sudah :D

    ReplyDelete
  3. Sebelum ini hanya tayang kaki, tayang rambut belakang, sekarang semua sudah nampak jelas wajah Bilal.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.