Header Ads

Nasi Kerabu Ayam Bakar Tanpa Solok Lada Pun Sedap!


Harini cuti masak, minta encik suami beli nasi kerabu je lah. Dapat juga rehat masak. Macam biasa beli nasi kerabu ayam bakar kedai favourite, depan Masjid Kariah Sikamat. Tadi beli pukul 10 lebih macam tu. Rezeki saya masih ada lagi nasi kerabunya. Biasanya pukul 9 dah tak ada dah.

Encik suami beli nasi kerabu untuk saya dan nasi dagang untuk dia. Nasi dagang tak dapat nak dipotretkan sebab awal awal dah suruh encik suami makan dulu sementara saya potretkan nasi kerabu.

Tapi pernah dulu ambil gambar nasi dagang yang dibeli dikedai yang sama. Begitulah seorang blogger, kamera makan dulu. Kan?

nasi kerabu ayam bakar sedap

Encik suami beli nasi kerabu ayam bakar tanpa solok lada. Ada ikan bakar ni pun dah cukup untuk saya selain condiments yang patut ada.

Jarang sekali pilih ikan atau daging. Ayam je yang selalu jadi favourite. Ayam bakar lagi sedap, cukup rasa perapan rempahnya.

Dulu murah juga RM5 sebungkus. Sekarang jangan hairan kalau harga makanan naik. Harga ayam pun dah naik harga, inikan ayam yang dah siap masak.

Semua makanan yang ada ayam, automatik naik harga. Naik RM1 kalau tak silap saya lah. Jadi RM6. Tapi masih berbaloilah pada saya. Dia masih mengekalkan saiz porsi dan rasa sedap menepati selera.

Rasanya kalau tambah solok lada kena tambah bayaran juga. Sama juga dengan sesetengah kedai kalau nak tambah sambal kena bayar. Air kosong pun ada harganya. 


18 comments:

  1. Alaaaa... takde solok lada tak lengkap lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalkan ayam sedap dan condiments lain ada okay dah tu uncle :)

      Delete
  2. Pernah beberapa kali saja makan nasi kerabu, sebenarnya ia tidak kena dengan tekak saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu. Tak semua orang suka. Suami saya pun bukan pemakan nasi kerabu juga :)

      Delete
  3. sedapnya..ayam bakar secukup rasa tapi sayur/ulam mcm sikit je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah ulam dia sikit disebalik bawah ayam. Tapi boleh je minta extra :)

      Delete
  4. ok je ada solok atau tak janji ada dia punya ulaman, sambal dia tu ayam atau telur masin pun dah sedap sangat kan

    ReplyDelete
  5. Sama lah dengan dekat sini dah naik harga. Kalau ada solok lada boleh cecah RM9

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah jadi normal hidangan lauk nak cecah RM10 dan ke atas kadang.

      Delete
  6. Rindu nak makan nasi kerabu. Tapi nak beli fikir dua tiga kali sebab lauk itu sahaja...sedikit campuran sayur dan ayam goreng serta sambal. Rasa budu memanglah tak ada langsung. Kalau ada lauk pilihan mau juga beli selalu. Sayang sekali sebab penjualnya memang asal dari negeri nasi kerabu, tapi tidak ketengahkan lauk-pauk yang lain selain ayam goreng, padahal banyak pelanggan datang membeli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam tu memang berfikir banyak kalilah nak membeli. Kalau boleh nak membeli tu biarlah berbaloi sikit harga dan rasa. Baru puas hati makan :)

      Delete
  7. sedapnya nmpk nasi kerabu ayam bakar ni. syu jarang2 mkn nasi kerabu, susah nak jumpa yg sedap dkt kk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap nasi kerabu ayam bakar ni Syu. Kedai favourite dah banyak kali membeli dah. Takpe, nanti balik semenanjung boleh cari yang sedap :)

      Delete
  8. Akak pun makan nasi kerabu, selalu tak ambil solok. Hehe.
    Nampak banyak nasinya, Fizah. Kenyang sampai ke petang ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak kalau dapat, ambil. Kalau tak ada kena add on tak add pun. Ada atau tidak okay je. Nasi dia memang banyak kak. Kalau makan pagi, lunch mesti tak makan dah. Petang tu rasa lapar dah. hihi...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.