Doa, Ucapan Dan Quotes Jumaat

Azhafizah MN
By -
4
Hari Jumaat adalah hari istimewa bagi umat Islam. Jika dalam satu tahun, ada bulan Ramadan sebagai bulan penuh berkah. Maka, dalam satu minggu hari Jumaat menjadi hari yang penuh berkah. Hari Jumaat adalah hari yang paling mulia dan penuh berkah. 

doa ucapan quotes salam jumaat

Kemuliaan Hari Jumaat sebagai Penghulu Segala Hari. Hari Jumaat dipanggil sebagai sayyidul ayyam atau penghulu segala hari kerana hari tersebut mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri.

Seperti mana yang dinyatakan dalam satu hadis bahawa Rasulullah SAW :
Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri.
Padanya ada lima perkara iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah mematikan Adam dan padanya juga ada satu detik apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat." - (Riwayat Ibnu Majah)

Sesungguhnya dalam tujuh hari itu, tidak ada yang lebih mulia selain hari Jumaat kerana banyak kelebihan yang terkandung dalamnya. Sebab itu, Hari Jumaat dijadikan sebagai hari pelepasan bagi umat Islam.

Di hari Jumaat yang indah penuh berkat ni. Banyakkan berbuat amal kebaikan dan hidupkan sunnah
Rasulullah. Ucaplah dan doakan yang baik-baik. 

Doa, Ucapan Dan Quotes Jumaat

Salam Jumaat.
Semoga semua pintu-pintu segala kebaikan akan terus terbuka luas untuk kita semua pada hari ini dan pada hari-hari yang mendatang.
InshaAllah, Aamiin...
Rasulullah SAW bersabda dengan maksud : Sesiapa yang membaca selawat sebanyak sepuluh kali pada waktu pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang, maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari Kiamat.
Salam Jumaat yang barakah.
Ubah apa yang kita pilih untuk lakukan pada setiap hari. Nescaya hidup kita akan berubah pada suatu hari nanti.
Semoga dipermudahkan urusan kita hari ini, dibukakan pintu rezeki yang luas dan segala pintu kebaikan buat diri kita, keluarga, sahabat handai dan semua orang yang kita hormati. Sayang dunia akhirat.
Aamiin...
Salam Jumaat yang penuh barakah.
Bersyukur itu nikmat, sabar itu indah. Semoga Allah memberikan segala kemudahan untuk segala hal yang kita lakukan demi sebuah kebaikan.
Rahmat Allah SWT Maha luas. Seseorang hambaNya yang bersabar dengan sebarang musibah maka akan diampuni segala dosanya, apatah lagi dosa seseorang hamba yang sentiasa memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun.
Assalamualaikum dan selamat pagi.
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat. Maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat pada hari Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli pada saat itu yang sedemikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya."
Rezeki akan melimpah jika dibahagi, ilmu akan bertambah jika dikongsi, kasih sayang akan bercambah jika diberi. Jangan kedekut, jangan tamak dan tak perlu bimbang kerana segalanya hanya dari Allah SWT. Itu yang pasti.
Salam Jumaat Yang Barakah.
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT.
Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah SWT akan menyinarinya dengan cahaya di antara dua Jumaat.
BERBUAT BAIK ITU TIDAKLAH SIA-SIA. Sebenarnya, orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya. - Surah Al-Kahfi Ayat 30.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah pernah bersabda: "Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat kerana pada hari itu Nabi Adam diciptakan. Hari itu jugalah beliau dimasukkan ke dalam Syurga dan dikeluarkan semula dari situ."
Salam Jumaat yang barakah dan terindah.
Ya Allah aku mohon kepada mu, ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal ibadah yang diterima.
Ya Allah, di hari Jumaat yang mulia ini, aku bermohon agar Engkau ampunilah dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku, saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku dan seluruh ahli keluargaku. Tunjukkanlah kepada kami ke jalan yang benar. Berkatilah hidup kami di dunia dan akhirat.
Di hari Jumaat terdapat suatu waktu di mana jika ada seorang hamba yang memanjatkan doa kepada Allah bertetapan dengan waktu tersebut, Allah akan memberi apa yang dia minta. Waktu itu adalah waktu ASAR.
Salam Jumaat. Semoga dipermudah urusan kita hari ini. Dibukakan pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kita semua. Aamiin...
Jumaat yang berkat. Perbaiki ibadahmu, maka Allah akan memperbaiki rezekimu.
Salam Jumat. Jangan lupa banyak berdoa, banyak sedekah dan lebihkan senyuman.
Salam Jumaat. Semoga doa-doa yang kita panjatkan hari ini, akan Allah kabulkan suatu hari nanti. Percayalah, tidak akan ada doa yang sia-sia selama kita percaya, bahawa Allah adalah segalanya.
Allah berikan kita matahari untuk kita gembira. Suatu hari, Allah datangkan kita hujan dan petir. Kita sedih dan tertanya-tanya. Dimana matahari yang selalu menerangi? Rupanya Allah nak datangkan pelangi yang indah untuk kita.
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Ya Allah, Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.
Salam Jumaat. Marilah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Semoga kita mendapat syafaat dan keberkatan daripadaNya.
Semoga Hari Jumaat yang penuh KEBERKATAN ini menghadirkan sinar KEBAHAGIAAN untuk kita semua. Insyaallah.
Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Allah merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar berprasangka baik.. berusaha yang terbaik, bersyukur dan bersabar.
Pagi yang indah. Hari yang mulia. Jumaat yang berkat. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Jadikan kami orang-orang yang mengasihi dan dikasihi. Hanya keranaMu.
Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Dunia ini cuma persinggahan. Akhirat jualah yang kekal abadi. Maka kejarlah dan perbanyakkanlah bekalan di akhirat sana. Semoga hidup kita diberkati.
Alhamdullilah. Dhikr. For we have reached another blessed Jummah
Jumma Mubarak. Don’t forget me in your prayers, May Allah SWT bless you all
It’s Friday again! All praise is due to Allah subhanahu wa ta’ala
Alhamdullilah for everything I have and for everything I’ve been blessed with

Waktu mustajab berdoa pada hari Jumaat

  1. Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat. Pendapat ini disokong dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.
  2. Waktunya adalah selepas asar sehingga terbenamnya matahari.
  3. Waktunya adalah ketika solat didirikan sehingga ia selesai.
  4. Waktunya apabila imam keluar sehingga selesainya solat.
penerangan lebih lanjut rujuk : https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1456-irsyad-al-hadith-siri-ke-126-waktu-mustajab-pada-hari-jumaat

sumber : quotesofislambukitbesi |  denniszill

Tags:

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment