Header Ads

Resipi Sayur Nangka Muda Masak Lemak Yang Mudah Mudah Je


Semasa jalan jalan membeli barang di Mydin, ternampak ada nangka muka dalam bungkusan plastik. Tak banyak, cuma 2 potongan panjang macam tu. Tanpa fikir panjang, ambil terus lah masuk troli. Sebab macam dah lama terasa nak makan sayur nangka muda masak lemak. Tapi tak dapat-dapat!

Teringat ingat sayur nangka mak mak kita masak. Sedapnya lah! Encik suami bukan pemakan sayur nangka. Bila dijual dalam kuantiti sikit dan senang dah siap potong, itu yang buatkan saya beli terus tanpa berkira kira. 

Sekali masak cukuplah untuk saya makan sorang. Siap ada lebihan untuk diratah lagi. Kira banyak jugalah untuk porsi 2 orang makan tapi saya makan sorang 2 kali makan. Seingat saya harga lebih kurang RM2 lebih kot.

Sayur nangka masak lemak selain rencahnya nangka, sedap juga kalau masak sayur nangka masak lemak ikan masin. Tapi ikan masin tak ada, kita buat cara masak sayur nangka masak lemak yang mudah mudah je lah.

sayur nangka masak lemak cili api

Rebus sayur nangka sampai empuk. Toskan dan ketepikan. Masukkan santan dan air secukupnya bersama cili api dan kunyit yang ditumbuk kasar. Leburkan je semua masuk dalam periuk. Masukkan sekeping asam keping dan garam secukup rasa.

Reneh sehingga mencapai kepekatan kuah yang diingini. Masukkan nangka yang telah dimasak tadi. Biarkan sebati dalam kuah dan reneh seketika.

Begitulah cara masak sayur nangka masak lemak campak campak versi saya. Mudah je sebab diri sendiri nak makan. Tapi kalau nak versi untuk masak banyak dan lebih sedap bolehlah cuba resipi sayur nangka masak lemak cili api di bawah.

Resipi sayur nangka masak lemak cili api

Bahan-Bahan
1 setengah kg nangka muda, potong kecil, cuci dan rebuskan bersama sedikit garam
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 btng serai (dititik)
1 helai daun kunyit (disiat2)
Garam secukup rasa
Sedikit gula
1 keping asam gelugor
Air secukupnya utk merebus nangka

Bahan Kisar
1/2 cawan ikan bilis, buang kotoran dan cuci
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
6 tangkai cili padi
1/2 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus

Cara masak sayur nangka masak lemak

  1. Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk
  2. Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu
  3. Masukkan bahan2 kisar kedlm periuk. Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih
  4. Masukkan santan cair dan masukkan nangka yang telah direbus tadi
  5. Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugor, garam, gula dan gaul rata
  6. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana
  7. Rasa, dan kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan
  8. Sedap dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng dan ikan masin

sumber : miran qishaika

6 comments:

  1. Akak pun suka lauk ni, Fizah. Sedap! :)

    ReplyDelete
  2. dulu-dulu kat tempat saya kalau kenduri kahwin masak kari daging + nangka muda...juga nangka muda dijadikan kerabu bersama santan dan kerisik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga tu masak kari campur daging campur nangka muda. Kerabu nangka tu saya tak pernah jumpa, macam sedap juga buat kerabu. Kalau jumpa mesti cuba!

      Delete
  3. Cantik betulkejadian sayur nangka muda masak lemak tu Fizah. Sedapnya tuang kuah panas-panas atas nasi putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan panas panas tu yang sedap kak Amie. Saya suka ratah sampai lupa nasi. hehehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.