Telemovie Holiday Aji Tom

Holiday Aji Tom, sebuah telemovie berkisarkan tentang kekeluargaan lakonan Jalil Hamid, Syafiq Kyle, Bunga Isme, Safwan Nazri, Syuhaida Abraz (Dottie), Imran Aqil, Tengku Zara dan ramai lagi.

Telemovie Holiday Aji Tom lokasi penggambarannya di extreme park Biluthills @Bilut Extreme Park Bentong Pahang. Satu tempat Holiday Aji Tom seisi keluarga yang menarik. 

Telemovie Holiday Aji Tom Awesome TV

TELEMOVIE HOLIDAY AJI TOM

Waktu siaran : Ahad, 29 Ogos 2021, jam 9:30 malam
Siaran TV : Awesome TV
Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yunos
Produksi : Tsar Asia Sdn Bhd

SINOPSIS HOLIDAY AJI TOM

Aji Tom (Jalil Hamid) seorang bapa tunggal yang garang dan tegas. Oleh sebab itu, hubungan dia dengan anak anaknya iaitu Jamil (Syafiq Kyle), Safuan (Safwan nazri) dan Sofia (Bunga Isme) menjadi renggang.

Aji Tom mendapat idea untuk merapatkan kembali hubungan mereka sekeluarga sama seperti semasa isterinya masih hidup. Dia memerintah anak-anaknya pulang ke kampung sekiranya mahu menjadi pewaris harta Aji Tom. 

Setibanya mereka di kampung, Aji Tom mengajak seluruh ahli keluarganya untuk pergi bercuti. Percutian yang dirancang itu bertukar menjadi huru-hara. Bermacam-amcam insiden lucu tak diingini berlaku. Kemudian anak-anak Aji Tom pulak menghadapi konflik masing-masing.

PELAKON DAN WATAK

  • Jalil Hamid sebagai Aji Tom
  • Syafiq Kyle sebagai Jamil
  • Bunga Isme sebagai Sofia
  • Safwan Nazri sebagai Safuan
  • Imran Aqil
  • Syuhaida Abraz (Dottie)
  • Tengku Zara  

LAGU TEMA (OST) HOLIDAY AJI TOM

Lagu : Mereng
Penyanyi : Bunga Isme

22 comments:

  1. Jalil Hamid kalau berlakon, memang best..

    ReplyDelete
  2. Tak tengok malam kelmarin. Tunggu kat Youtube jika ada..

    ReplyDelete
  3. Tengok iklan memang nampak gamat anak-anak Aji Tom bergaduh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam Muzik Video Mereng pun dah nampak kecohnya family Aji Tom ni :)

      Delete
  4. Wahh bunga pun berlakon dah sekrng. Bunga yang rapper tu kan>

    ReplyDelete
  5. Unik juga Jalil Hamid berlakon komedi. Selalu beliau terkenal dengan watak bapa yang tegas dan serius

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tegas dan garang biasa biasa. Pernah juga tengok dia berlakon dalam cerita komedi joyah tong gas kot dulu.

      Delete
  6. hhhaha macam best je baca sinopsis...
    bole try cari online ni nnt

    ReplyDelete
  7. Citer ni la yg akak nak tgok..banyak kali keluar iklan dia kan..terlepas laaa....kena cari online ni

    ReplyDelete
  8. Tengok tak sampai 10 minit, kakak saya tukar channel lain adoii >.<
    Tak berkenan dengan jalil hamid katanya

    ReplyDelete
  9. woooooo jalal hamid berlakon selalunya best

    ReplyDelete
  10. Suka lahhhh cerita holiday holiday ni.. Haha.. Rindu nak holiday jugakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok nanti nona. Ambik feel dulu. Boleh gak pergi tempat yang sama nanti.

      Delete
  11. Boleh la terjah ke Bilut Extreme Park, itula kena lalu karak highway..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam menarik kan Bilut Extreme Park tu. Aktiviti ATV tu nampak best pulak. Itulah tu, seram nak lalu Highway Karak. Jarang benar nak pergi ke Pahang. Mungkin faktor jauh dari rumah kot.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.