Nasi Goreng Campur Ayam KFC

Ada lebihan ayam goreng KFC yang tak habis beli sekali dengan burger banjir. Sengaja ditinggalkan seketul dua untuk masak nasi goreng kfc viral masak dalam periuk nasi. Tapi tak teringin pulak nak makan nasi goreng masak kaedah macam tu.

Masak nasi goreng dengan kaedah menumis lah. Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Tumis sampai garing sikit, masukkan isi jagung. Kemudian masukkan potongan Ayam KFC, masukkan nasi dan kacau rata. Akhir sekali masukkan kobis dan taburkan garam. Siap!



Saya terpotong banyak pulak sayur kobis. Dah jadi macam kobis goreng pulak. Tapi takpe, saya suka sayur lebih. Suka letak akhir akhir sebelum tutup api dapur, baru lah rangup. Tak suka makan sayur layu sangat. Rangup rangup baru sedap.

Hidangan ringkas dan mengenyangkan. Hilang masalah tak tahu nak masak apa. Goreng kan nasi je lah.

58 comments:

  1. Ya Allah kakkk
    Rabiaaa dahlah craving nkk mkn nasi goreng kedai tu
    Nak masak puas dah 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..boleh olah ikut resipi lain pulak Rabia macam kat kedai.

      Delete
  2. Sedap! dlm keadaan skrg ni kita makan apa yg boleh je. Janji kenyang dan ada mknan. Pssst! comel sangat icon gambar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul! Icon mana tu? Sidebar ke? Terima kasih :)

      Delete
  3. Betul itu selesai masalah lebih an ayam KFC. Nasi pun kalau lebih buat nasi goreng atau bubur.
    Oh Fiza suka banyak sayur kobis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. A ah, suka sayur extra. Suka makan sayur lebih :) Kobis buat ulam cicah sambal pun sedap.

      Delete
  4. Senang kan! Simple dan ringkas menu dia.. Campak2 dh siap nasi gorebg ayam kfc hhehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, campak campak siap dah. Lagi sedap ada ayam KFC tu haa :)

      Delete
  5. Senang je..akak kalau ada left over nasi putih, ada ayam ke udang ke ikan ke..memang jadikan rencah utk nasi goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang macam tu tak membazir makanan. Olahkan je mana yang sesuai :)

      Delete
  6. minggu ni ank2 request jga kfc so mama belanja sorang 2 ketul
    he hee ok jgak kan lebih blh gorzng jd nasi goreng
    good idea ni

    ReplyDelete
  7. Ni tengah gigih plak ni nak beli set kulit ayam KFC hehehehe.. yang Banjir dah beli, memang sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yang baru tu. Ramai kata masin pulak chicken skin tu. Selamat mencuba :)

      Delete
  8. makin lama PKP, makin tak tau nak masak apa. hehe.

    ReplyDelete
  9. nasi goreng ni boleh dianggap menu lengkap selaian nasi kerabu. Sebab boleh masuk sayur, ayam, daging atau seafood. lagi satu sesuai di makan bila-bila masa.

    ReplyDelete
  10. Memang selalulah sarapan nasi goreng ni
    sebab nasi asyik tak habis aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..biasalah tu kadang ada selera nak makan nasi, kadang tidak. Bagus juga buat nasi goreng. Taklah membazir nasi.

      Delete
  11. Haa..betul, nasi goreng selalu jadi penyelamat bila buntu atau bosan nak masak lauk apa.
    Kalau beli ayam kfc, bahagian yang tebal isi ayam tu memang tak laku…kena buat campur dalam nasi goreng atau mi jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, biasanya macam tu lah yang bahagian isi tak laku buat rencah gorengan masakan je lah.

      Delete
  12. Lapar lah plak tengok memalam ni..wahduhhhh..gawatt..kena tidurrrr ar gini~

    ReplyDelete
  13. Baru tadi makan KFC order dengan grab food. Bebudak le yang nak makan. Nak beli nasi diorang tak mahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali nak makan KFC tu. Takpe, layankan je selera anak anak :)

      Delete
  14. Nasi goreng penyelamat bila tak tahu nak masak apa dah.. Buntu nak masak lauk apa.

    ReplyDelete
  15. pernah buat jugak...sedap je layan. yum yum!

    ReplyDelete
  16. Betul tu, sayur rangup tu menyelerakan, berlauk kfc lagi la hingga menjilat jari, ringkas dan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam goreng KFC bagi tambahan rasa nasi goreng yang sedap.

      Delete
  17. YaAllah nasib goreng simple macam ni pun memang sedap !

    ReplyDelete
  18. Sedap tu bubuh sayur kobis banyak. Rasa rangup tu yang tak boleh berhenti mengunyah!

    ReplyDelete
  19. sedap kalau boh apa pun ayam kfc tu hehehe... dah lama tak boh kobis dalam ns goreng mcm fizah share nih, teringat lak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak. Letak ayam KFC ada perencah tambahan sedap. Hihi pasni boleh masak nasi goreng campur kobis pulak kak. Jangan lupa tau!

      Delete
  20. Sedap tu . Sambil makan , makan kunyah ayam yg rangup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ayam tak berapa rangup dah. Sayur kobis yang rangup :)

      Delete
  21. sedap tu byk sayur. nasi goreng mmg manu lengkap yg senang masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya jenis suka letak extra sayur. Baru sedap 😋

      Delete
  22. sedapnyaaa! Ni yang rasa nak beli KFC ni, dok craving pulak lepas cucuk vaksin haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, letak ayam KFC jadi extra sedap. Lepas cucuk vaksin lapar dan craving lain macam kan.

      Delete
  23. nampak simple, tp yg penting mesti lah sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Syu, simple simple je. Sedap tu ikut selera masing masing 😊

      Delete
  24. Semlm mkn nasi goreng juga, gigih msak nasik semta2 nk buat nasi goreng, sbb nk hbiskn baki lauk. Klau xbuat cmtu mmg sape pun xsentuh lauk2 semlm. Pastu goreng keropok ikan, licin terus semua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul CikTimm. Menghabiskan lauk yg ada campur dalam nasi goreng. Ada keropok ikan goreng lagi laju makan cepat habis 😁

      Delete
  25. yang penting kreatif dan bijak menggunakan bahan-bahan yang sedia ada

    ReplyDelete
  26. nk sikitttt����
    sy pn mcm tu jg. x kira laa ayam ke daging ke ikan ke... x abis lauk buat nasi goreng. x bazir perut pn kenyang��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, habis dah lah. Lambat sampai. Kann..ada lebihan lauk kita campurkan je mana sesuai atau panaskan je lauk makan dengan nasi goreng.

      Delete
  27. Simple tapi kenyang perut. Tak sakit kepala nak fikir nak masak apa or nak makan apa kan kak fiza hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalkan kenyang. Menu paling selamat dikala tak tahu nak masak apa.

      Delete
  28. Naah kita samaaa, kalo ada lebih ayam KFC, biasanya dah tak crispy kan utk esok. Tapi kalo digoreng lagi dah tak sedap. Makanya diiris2 lah dagingnya trus campur buat nasi goreng :D. Anak2 lagi sukaaaa :). Duuh lapar lah liat foto di atas hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sama cara kita. Elakkan pembaziran. Kena beli ayam goreng cepat cepat kalau lapar :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.