Kek Mini Ferrero Rocher Untuk Hari Kita Ke-8

Untuk meraikan 8th Wedding anniversary which is "Hari Kita Ke-8". Saya  rancang nak beli kek je lah sebagai tanda ingatan meraikan hari kami. Cari punya cari terkenan dengan mini kek ferrero rocher.

Pilihan kek coklat bukanlah pilihan yang biasa saya gemari walaupun suka je makan coklat. Saya akan pilih cheesecake atau red velvet. Tahun ni lari dari kebiasaan pilih perisa coklat pulak.

baca juga : korean kek 7th wedding anniversary 

Decoration topping Kek mini forrero rocher yang comel. Disaluti dengan coklat. Serba serbi luar dalam mewah dengan coklat lah senang cerita. Saya beli kek mini saiz 5 inci je sebab nak makan berdua je pun. Itupun dah petang petang baru nak membeli.

Kek Mini Ferrero Rocher

Dari keratan rentas sepotong kek, boleh nampak saiznya tak lah sebesar mana. Comel je sepotong kek. Lapisan tengah kek ada lapisan coklat dan bahagian atas toppingnya juga coklat. Kek coklat dia jenis moist sebenarnya. Sedap!

Ada rasa kopi sikit tapi tak tahu bahagian mana. Rasa coklat yang sangat pekat macam dark chocolate. Tak manis sangat. Sedap! Tapi bila dia rasa terlalu pekat rasa melekat kat tekak. Kena makan sepotong sekali je. 

Kena makan berulang ulang untuk dihabikan.

ferrero rocher cake

Harga kek mini ferrero rocher RM49. Mewah dengan chocolate sebab tu harga dia begitu. Saya beli di sarasofeyacakes.com. Tempting tau tengok segala jenis kek kat dalam website tu. Semua cantik cantik dan banyak pilihan. Ada harga sekali senang nak buat pilihan dan tempahan.

Ikutkan hati nak je pergi bercuti celebrate anniversary. Nak vitamin-sea! Tapi selagi ada COVID-19 yang jahat tu masih berleluasa, terpaksalah simpan niat tu dulu. 

Apa-apapun Terima kasih untuk segala doa. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaaminn...

53 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Aduh ini kira kek jenis akak suka. Coklat pekat tidak manis sangat dan ada kopi. Lagilah suka ferrero Roche. Hehe alhamdulillah rezeki makan kek.
    Harap gembira. Apapun sabar sahaja buat masa ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap rasa coklat pekat dan ada rasa kopi sikit tu kak. Alhamdulillah
      Itulah sabar je buat masa ni.

      Delete
  2. Replies
    1. Memang sedap tapi kena makan berulang ulang lah. Tak boleh hadap makan banyak sekaligus.

      Delete
  3. Happy Anniversary ke 8. Semoga sentiasa bahagia bersama pasangan :) Sedap sangat nampak kek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminn...
      Terima kasih untuk doanya.
      Ye, sedap kek ni.

      Delete
  4. comel nya kek dia....alaaa kita br klik alamat dia kt seremban hahaha...
    sengal tul laa, nmpk kek sedap je mesti nak beli.. igt kat KL :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang comel saiz mini. Hihihi..Mudah terpengaruh rakan blogger ni. Haa kat Seremban je ada. KL lagi pilihan kek sedap KakRet.

      Delete
  5. Harap2 hari annibersarri ke-9 nanti dah boleh terbang ke mana2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap haraplah dapat terbang jauh sikit negara orang.

      Delete
  6. Selamat ulangtahun ke 8. Sama dgn sy, suka makan coklat tapi jarang memilih kek coklat. Tapi kek coklat yg mewah begini, rugi jika ditolak 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak SK. Hihi..tulah kan. tak tahu kenapa jarang memilih kek coklat. Jemu makan coklat agaknya atau dah biasa sangat. kek macam ni jangan ditolak.

      Delete
  7. Cute je. Mewah dengan rasa coklat semoga lebih manis dan nikmat rumahtangga Fiza dan suami ya. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cute dengan saiz mini. Semanis ucapan dan doa akak. Aaaminnnn...
      Terima kasih Kak.

      Delete
  8. Sedapnya kek mini ferrero rocher!
    Rasa coklat yang tak manis sangat itulah yang sedap kan Fizah. Kalau Kak Amie pun memang makan sikit-sikit tapi ulang-ulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Kak Amie. Tak manis sangat tu best. Kena makan ulang ulang. Tak boleh hadap makan sekaligus. Melekat kat tekak. huhu

      Delete
  9. Happy Anniversary buat sis dan suami, moga dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat. Cantik kek dan nampak tebal coklatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminnn...
      Terima kasih kak doakan kami.
      Ye cantik dan tebal keknya. Puas makan even mini size.

      Delete
  10. Sedapnya kek tu. Mmg nampak kaya dengan coklat.. Memang puas hati la makan dan sesuai dgn harganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, kaya dengan rasa coklat. Ye, sesuai lah dengan harganya

      Delete
  11. jadi lah tu tanda ingatan. makan dua org jer pon kan, kalau tak kerana covid, kami sure datang celebrate..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, sepotong kek saiz standard tu pun okay jugak sebenarnya. Tapi saja teringin beli extra. Jadi pilih mini size. Heheh..kena buat majlis kalau nak jemput orang datang. tak kan makan kek je kan.

      Delete
  12. alaaa cutenyee.. sedap nampakkkk. akak kalau snap pic x prnah mngecewakan,, sumpah lawa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cute kan kek ni. Sedap!
      Alhamdulillah..Terima kasih Busyra.

      Delete
  13. Happy Anniversary to you and ur hubby! Moga kekal selamanya sampai syurga Allah . Amin.. Sedap wooo dalam coklat ada lagi coklat... Lagi sedap kalau kek tu moist... Ngamm di tekak... Cantik la kek ni.. nak terjah sana jugak la..... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminnn..Terima kasih Nona doakan kami.
      Sedap serba serbi coklat. Cantik dan sedap tu seiring. Tapi area sini je nona. Area JB kena terjah tempat lain.

      Delete
    2. Yaaa. behtul.. sedih pulakk .. Hahaa

      Delete
  14. Nengok fotonya aja aku jadi lapar. He he .. Salam kenal dari jauh.

    ReplyDelete
  15. Celebrate di rumah sahaja lah kan buat masa ni. Nampak mewah kek nya. Sesuai untuk acara istimewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah Sal. Tak ada pilihan lain. Mewah dengan rasa coklat. Pahit manis coklat untuk anniversary ke-8 gitu.

      Delete
    2. Macam kehidupan berumahtangga la, ada pahit manisnya. Ewah, memandai je

      Delete
    3. Hahaha...betul dah tu Sal. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Waahhh keluar dah peribahasa.

      Delete
  16. ade rs kopi tu buat sy tertarik! coffee lovers la katakan.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tapi tak kuat sangat rasa kopi dia. Sipi sipi je. hihi..but still okay je sedap

      Delete
  17. Hepi aniberseri sis...semoga kekal bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih kak atas doanya
      Aaaminnn...

      Delete
  18. Moga moga tahun depan dah boleh meraikan anniversary kak fiza dan husband yang ke - 9 dengan pergi bercuti. Nampak mewah sungguh kek tuuu, kira berbaloi la dengan harga kan kak fiza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah.
      Aaaminnn...
      Kira berbaloi jugalah Atiqah harga dan saiz tu.

      Delete
  19. Replies
    1. Itu yang tergoda tengok lalu terbeli cerita dia. Hihi

      Delete
  20. Fiza beli kat Sara Sofeya Cakes eh..akak baru order mini cake nak test..esok akak puasa ngan Dania so konon- konon nak buat dessert masa berbuka la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Beli mana satu tu? Try yang RM25 macam best je tengok flavour dia. Selamat berpuasa kak.

      Delete
  21. harga coklat dia pun dah mahal inikan pula buat kek. Happy Anniversary :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul.coklat 3 ketul pun dah mahal kan.
      Terima kasih :)

      Delete
  22. Saya tak minat chocolate tapi bila tengok macam fuhhhhhh. Kecik2 mcm ni saya mhu seminggu jugak baru habis hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, walaupun saiz kecik tapi lambat juga nak menghabiskan tu

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال