Telefilem Jerat

Jerat, sebuah telefilem ulang siaran akan ditayangkan di Slot Cerekarama TV3 Sabtu ini 14 Ogos 2021. Telefilem Jerat menampilkan lakonan Adam Lee, Mona Alen dan ramai lagi di bawah arahan Sharidan Popeye.

Telefilem Jerat Cerekarama TV3

TELEFILEM JERAT

Waktu tayangan : 14 ogos 2021 (Sabtu) , jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Sharidan Popeye
Produksi : Electrovision Sdn Bhd

SINOPSIS JERAT

Mengisahkan tentang tiga sahabat Iris, Najihah dan Angie yang berusia sekitar 30-an. Mereka semua rapat atas dasar kerja. Iris, anggota polis berpangkat inspektor. Angie seorang wartawan. Najihah pula seorang peguam hebat. 

Tiga padanan profession ni secara tak lansung sentiasa saling bekerjasama menyelesaikan banyak kes jenayah terutama pemerdagangan manusia. Dalam masa yang sama, Iris sibuk dalam membuat persiapan perkahwinananya dengan Faris seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Selepas berkahwin dan pulang dari berbulan madu, Iris dikejutkan oleh berita kematian dua sahabatnya iaitu Angie dan Najihah. 

Kehilangan mereka membuatkan Iris bangkit untuk mencari pembunuh sahabatnya dengan bantuan Faris. 

Iris yakin kes pembunuhan Najihah dan Angie ada kaitan dengan kes yang sedang dalam disiasatnya. Siasatan tersebut membawa Iris kepada suspek utama.

PELAKON DAN WATAK

  • Adam Lee sebagai Faris
  • Mona Allen sebagai Iris
  • Julia Farhana Marin
  • Nina Kho
  • Ridzuan Hashim
  • Lan Siro
  • Cha Oi

28 comments:

  1. Tajuknya mendebarkan, bermisteri jalan ceritanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita misteri ni buat penonton tak senang duduk tengok nak tahu ending

      Delete
  2. dah lama tak tgk telefilem melayu. pelakon pon semua tak kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham syu. Bila sibuk memang tak sempat nak tengok cerita. Rehat paling penting. Sekarang pun dah ramai pelakon baru

      Delete
  3. Terkejut saya baca nama Najihah hahaha, berangan jap saya jadi peguam yang hebat hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..tersama pulak kan. Okaylah tu berangan kejap

      Delete
  4. Nak kena tengok ni nanti. Sinopsis pun dah best..

    ReplyDelete
  5. waaahhh, sabtu ni yek? save date jap. Macam best je..

    ReplyDelete
  6. Rasa macam suami Iris itu terlibat sekali.

    ReplyDelete
  7. best sinopisisnya fiza... lama x nmpk mona alen ni berlakon.. adam lee ni best.. boleh pegi jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua best berlakon. Tapi rasanya first time dorang berlakon sama ii.

      Delete
  8. Nak kena tgk..menarik jalan cerita dia fiza!

    ReplyDelete
  9. Wah gandingan yang sangat rare dan baru adam lee & Mona allen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gandingan pertama kali mungkin. Boleh tengok chemistry lakonan dorang

      Delete
  10. Wow.. Walaupun ulangan, x pernah tengok pulak.. Nak kema tgk ni. huhh

    ReplyDelete
  11. baik baik. kalau free mlm esok (sbb esok game EPL start����) boleh laa lyn kejap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Clash pulak kan. Hihi.. citer ni tengok ulangan atau online pun okay. Terlepas game bola tak syok tengok ulangan.

      Delete
  12. uu, adam lee dgn mona allen, rasanya 1st time berkolaborasi ni..

    ReplyDelete
  13. Okay malam ni kita cuba utk stay depan tv haha. Selalu 10 malam ni mood nak buat kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan leka tengok sampai tak siap kerja pulak tau 😅

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.